Diam tak diam Ramadhan sudah sampai ke penghujungnya..Syawal bakal menjelma..bertanya pada diri sendiri, adakah terasa sedih untuk kehilangan Ramadhan tahun ini, atau gembirakah untuk menyambut Syawal yang bakal menanti..jawapannya..entah..perasaan tahun ini tak sama dengan tahun lepas..sukar untuk sendiri hendak menafsirkan..biarlah Dia sahaja yang Mengetahui
Insya-Allah, besar harapan yang Ramadhan tahun ini lebih baik dari sebelumnya..namun masih banyak ruang untuk diperbaiki. Sentiasa berharap tidak mensia-siakan Ramadhan kali ini, namun akur ada waktunya tertewas. Memang sukar untuk istiqamah, namun menyerah kalah jangan sekali..terus-terusan la berusaha selagi hayat dikandung badan..semoga amalan sepanjang Ramadhan diteruskan di 11 bulan yang akan datang, sehingga insya-Allah kalau diberi rezeki bertemu semula dengan Ramadhan yang akan datang..ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami, terimalah amalan kami dan temukan lah kami dengan Ramadhan yang akan datang..
Sempena Syawal yang akan menjelma, disamping bergembira, rupanya ada amalan-amalan yang boleh kita amalkan sebagai ibadah..alhamudillah tahun ini Allah beri peluang untuk timba sedikit ilmu. Amalan ini tidak asing sebenarnya..yang sudah acap kali ustaz sebut, jadi memang wajib dikongsi. Terima kasih pada sahabat yang berkongsi..semoga menjadi ilmu yang bermanfaat
Amalan pertama tu, satu zikir yang ringan dibibir tapi berat ditimbangan, serta disukai Allah. Zikir-zikir ini bukan malam raya sahaja boleh diamalkan..jadikanlah amalan harian kita..insya-Allah
Sempena bulan Syawal yang bakal menjelma, saya petik kata-kata yang dinukilkan oleh seorang sahabat, yang sangat bertepatan dengan apa yang ingin saya sampaikan pada semua..
Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa
Dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata
Dalam gurau dan senda tentu ada khilaf dan dosa
KU POHON AMPUN & MAAF DI ATAS SEGALANYA
Taqabballahu minna wa minkum..:)