Hampir sebulan rupanya dibiar blog ni sepi...dah lama jugak entri ni terperam dalam draft..hari ni Alhamdulillah ada sedikit kelapangan selepas selesaikan kerja-kerja yang patut..sambil menunggu-nunggu jawapan daripada yang lain..saya ambil peluang habiskan entri ni. A must jot down entry for kakak..
--------oo------------------oo----------------------oo------------------oo----------------oo-------------
Cuti sekolah tahun ni, saya memang ada simpan hajat nak hantar anak untuk sebarang aktiviti yang berfaedah. Rata-rata iklan yang terjumpa kurang sesuai dengan umurnya. Mak dia ni berangan-rangan nak hantar anaknya ke program yang Ustaz Ebit Liew anjurkan, tapi umur anak tak cukup lagi..lagi pula bermalam..takut jadi 'culture shock' plak untuk si kakak yang belum pernah sertai mana-mana program sebelum ni..sungguh Allah itu Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui..dibuka jalan, hasil dari sembang-sembang Mamanya ni dengan kawan-kawan, dapat tahu ada satu kem smart solat dianjurkan di taman perumahan mereka. Memang satu peluang ke-emasan..tak boleh dilepaskan! Ehehe..
Satu permulaan yang baik untuk kakak sebenarnya kerana kem ni tak perlu bermalam..dan mudah dapat persetujuan kakak sebab ada kawan-kawan baiknya bersama. Kalau tak payah juga nak pujuk dia..maklum la pengalaman pertama..:D. Syukur..dalam hati memang yakin kem ni satu permulaan yang baik untuk kakak..lepas ni dah ada pengalaman..harap tak susah nak minta dia sertai program lain pula..
Didoakan semoga anak-anak ini menjadi muslimah solehah.. solat no. 1 itu pesanan saya pada anak-anak.. |
BFF..sahabat hingga ke syurga in sya Allah.. |
Program ni satu revision sebenarnya untuk kakak. Dah belajar pun di sekolah..tapi tak apa..saya hantar dia ke sana dengan harapan biar dia selalu dengar agar terdetik dalam hati dia nak amalkan apa yang dia belajar. Ada penilaian praktikal di hari terakhir dan direkodkan untuk tatapan ibu bapa. Satu ingatan buat diri saya kerana kakak masih belum menguasai sepenuhnya bab solat. Kebanyakannya dinilai sebagai sederhana..maksudnya masih perlu diperbaiki. Bab solat memang sepatutnya tanggungjawab ibu bapa..satu peringatan buat diri untuk luangkan masa untuk periksa bacaan dan pergerakan solat kakak..
Saya pasti kakak seronok belajar sambil bermain-main..kakak beri tahu "Mama..tahun depan cuti sekolah kakak nak pegi kem smart solat lagi boleh?" heheh..seronok dengar..tahun depan kakak pergi kem lain yang lagi best plak eh...:D