CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, 26 December 2012

Kem Smart Solat

Hampir sebulan rupanya dibiar blog ni sepi...dah lama jugak entri ni terperam dalam draft..hari ni Alhamdulillah ada sedikit kelapangan selepas selesaikan kerja-kerja yang patut..sambil menunggu-nunggu jawapan daripada yang lain..saya ambil peluang habiskan entri ni. A must jot down entry for kakak..

--------oo------------------oo----------------------oo------------------oo----------------oo-------------

Cuti sekolah tahun ni, saya memang ada simpan hajat nak hantar anak untuk sebarang aktiviti yang berfaedah. Rata-rata iklan yang terjumpa kurang sesuai dengan umurnya. Mak dia ni berangan-rangan nak hantar anaknya ke program yang Ustaz Ebit Liew anjurkan, tapi umur anak tak cukup lagi..lagi pula bermalam..takut jadi 'culture shock' plak untuk si kakak yang belum pernah sertai mana-mana program sebelum ni..sungguh Allah itu Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui..dibuka jalan, hasil dari sembang-sembang Mamanya ni dengan kawan-kawan, dapat tahu ada satu kem smart solat dianjurkan di taman perumahan mereka. Memang satu peluang ke-emasan..tak boleh dilepaskan! Ehehe..


Satu permulaan yang baik untuk kakak sebenarnya kerana kem ni tak perlu bermalam..dan mudah dapat persetujuan kakak sebab ada kawan-kawan baiknya bersama. Kalau tak payah juga nak pujuk dia..maklum la pengalaman pertama..:D. Syukur..dalam hati memang yakin kem ni satu permulaan yang baik untuk kakak..lepas ni dah ada pengalaman..harap tak susah nak minta dia sertai program lain pula..

Didoakan semoga anak-anak ini menjadi muslimah solehah..
solat no. 1 itu pesanan saya pada anak-anak..
 Hari pertama kami sendiri hantar kakak ke program tersebut. Petangnya, minta jasa baik sahabat untuk tolong ambil dia. Malam tu kakak bermalam di rumah kawannya Nadea...pengalaman pertama sebenarnya bermalam di umah kawab..biarpun asalnya kakak keberatan, tapi sebab dengar kawan dah kemas bilik bagai..kakak mengalah..setuju jugak akhirnya..harap-harap kakak belajar nak bawa diri di rumah orang..Syukur mengikut auntie kakak pandai bawa diri..:D. Esoknya petang, kami ambil dia pulang. Nampak sangat excited sebab dapat main lompat-lompat (tak pasti apa namanya mende alah yang budak2 boleh main lompat-lompat tu..) lepas habis program. Minta nak pulang lewat sebab nak main punya pasal..

BFF..sahabat hingga ke syurga in sya Allah..

Program ni satu revision sebenarnya untuk kakak. Dah belajar pun di sekolah..tapi tak apa..saya hantar dia ke sana dengan harapan biar dia selalu dengar agar terdetik dalam hati dia nak amalkan apa yang dia belajar.  Ada penilaian praktikal di hari terakhir dan direkodkan untuk tatapan ibu bapa. Satu ingatan buat diri saya kerana kakak masih belum menguasai sepenuhnya bab solat. Kebanyakannya dinilai sebagai sederhana..maksudnya masih perlu diperbaiki. Bab solat memang sepatutnya tanggungjawab ibu bapa..satu peringatan buat diri untuk luangkan masa untuk periksa bacaan dan pergerakan solat kakak..

Saya pasti kakak seronok belajar sambil bermain-main..kakak beri tahu "Mama..tahun depan cuti sekolah kakak nak pegi kem smart solat lagi boleh?" heheh..seronok dengar..tahun depan kakak pergi kem lain yang lagi best plak eh...:D


Wednesday, 28 November 2012

Bila dah lama tak bersenam

Bila dah lama tak bersenam, badan pun mula jadi manja..bila lama tak bersenam, cuci umah sendiri sedikit pun, letihnya sampai berhari-hari..sakit-sakit badannya..tak payah cakap la..macam lari beribu-ribu kilometer lagaknya..

Masya-Allah..baru diri ini tersedar..sudah lama saya memanjakan diri..Semat dalam kepala, saya tak larat nak cuci satu umah sendirian..pikir je dah penat..heheh..syukur Allah izin, kurniakan kami seorang pembantu yang kerjanya mencuci calat rumah kami..datangnya tak selalu, sebulan sekali selalunya, namun sejak akhir2 ini, jadual saya seringkali tidak bertembung dengan jadual yang dia sediakan untuk mencuci rumah kami..natijahnya, sudah 2 bulan lebih rumah kami tak bercuci..boleh bayangkan betapa kotornya rumah..berhabuk sana sini..bilik air tak payah cakap lah. Itu lah akibatnya terlalu berharap pada orang, rumah sendiri dah jadik tongkang pecah!

Syukur, Allah beri saya sedikit pengajaran hujung minggu lepas. Memang terasa pedihnya semasa melalui saat-saat itu..namun saya paksa diri untuk melihat pengajaran yang saya boleh dapat daripada peristiwa itu, semoga pedihnya berkurang..juga paksa diri daripada mengadu pada orang lain..biarlah hanya mengadu pada yang Esa..namun terkeluar juga pada kakak dan mama..hmm..cakap soal hati, memang payah nak kawal..walaupun kepala kata tidak, hati tetap kata hendak..akhirnya mulut berkata-kata jua..namun saya harap kata-kata saya tidak membawa dosa..sekadar melepaskan apa terbuku di hati..

Apa peristiwa itu? Dipendekkan cerita, disebabkan janji saya dengan dia terbatal..dengan cara yang tidak menyenangkan, saya ambil keputusan untuk mengemas dan mencuci rumah sendiri. Syukur ada teknologi vakum..kerja dipermudahkan. Semasa bekerja-kerja itu, otak tak henti-henti berfikir, mencari-cari hikmah di sebalik peristiwa ini kerana tahu, setiap yang Allah tetapkan, pasti ada sebabnya..dan pastilah itu yang terbaik untuk kita. Terngiang-ngiang kata-kata Ustaz Muein, "apa yang Allah beri, tapi kita suka..itu bukan nikmat tapi ujian buat kita, tapi apa yang Allah beri, tapi kita tak suka..itu lah sebenarnya nikmat andai kita redha.." Jadinya saya tahu, hari tu saya diberi nikmat oleh Allah, kerana saya tidak suka, sangat tak suka dengan cara terbatalnya janji kami. Justeru, saya mencari-cari apa pengajaran yang saya peroleh..

Saya akui, dengan membuat kerja-kerja mencuci ini, Allah ingin ajar saya untuk menundukkan ego sendiri. Siapalah kita hendak meletakkan diri lebih baik daripada orang lain..Pernah terdengar tentang seorang yang alim (saya tak ingat siapa) yang akan membuat kerja-kerja mencuci bilik air bila terasa ada perasaan ujub dalam diri..apa salahnya kita ambil pengajaran sepertinya. Tidak boleh kita memandang rendah pada orang-orang yang pekerjaannya seperti mencuci ini. Biar pun nampak seperti kelas rendah, hakikatnya kerja itu sangat mulia, kerana dia memberi kemudahan pada orang lain yang secara tidak langsung memberi kegembiraan pada orang. Andai dia bekerja dengan ikhlas, pasti banyak ganjaran yang Allah berikan..kerana janji Allah, andai kita mudahkan kerja orang, pasti Allah akan mudahkan kerja kita..yang pastinya, kita semua adalah hamba Allah, sama saja kita semua ini di sisiNya..yang membezakan kita hanyalah tahap iman kita padanya..

Bila membuat kerja-kerja mencuci umah sendiri, barulah terasa sangat betapa bersyukurnya saya pada dia kerana banyak membantu kerja-kerja saya. Kerjanya selama ini memang tip top, sedangkan diri sendiri pun tak berjaya nak cuci rumah sendiri seperti dia. Sungguh hebat kudratnya yang Allah beri demi mencari rezeki..Terasa sendiri, selama ni saya tidak cukup menunjukkan rasa terima kasih pada dia. Selama ni bila pelawa dia makan dan minum, hanya sekadar "courtesy", sebab tahu itu adatnya, tapi tak cukup datang dari dalam hati. Kalau diberi peluang oleh Allah untuk dia datang cuci rumah saya sekali lagi, saya berhajat untuk mengubah cara saya mensantuni dia. Tak mahu saya fikir kalau kita terlalu baik pada orang, orang boleh pijak kepala kita. Sebab saya hanya mahu yakin, what we give, we get back. Kita mungkin tak akan dapat balik secara terus, kalau bukan daripada dia mungkin Allah berikan daripada cara yang lain..mungkin dari yang lain. Saya hanya mahu yakin Allah pasti membantu saya.
 
Antara pengajaran paling penting, sekali lagi yang Allah beri peringatan pada saya, jangan berharap dan bergantung harap pada manusia, kerana sifat manusia itu tidak kekal. Yang kekal hanyalah Allah, jadinya hanya padaNya tempat kita bergantung harap, memohon segala bantuan. Manusia tiada kuasa, sedangkan Allahlah yang Maha Berkuasa. Setiap ketentuaNya adalah yang terbaik untuk kita, biarpun pada padangan mata kita, sesuatu itu tidak baik untuk kita. Tapi pasti selalu kita tempuhi kan, setelah beberapa lama, mahu tak mahu kita pasti mengakui setiap apa yang Allah tetapkan untuk kita, adalah yang terbaik untuk kita..betulkan? Syukur, Allah berikan saya kudrat dan kekuatan, memberi ingatan pada saya, yang saya sebenarnya mampu..dengan izinNya selagi mana kita letakkan niat yang benar..semata-mata untuk mencari redhaNya
 
Saya juga belajar, untuk memaafkan orang lain biar betapa pedih hati kita disakiti. Saya terfikir, mungkin Allah izinkan orang sakiti hati kita kerana kita pasti ada sakiti hati orang lain. Saya tak sedar selama ini, entah siapalah sudah saya sakiti hatinya hingga saya sendiri disakiti. Yang pasti, ramai yang sudah saya sakiti..jadinya saya tidak mahu terus menerus sakitkan hati orang lain.. membuat saya berpesan pada diri sendiri..untuk lebih berhati-hati, terutamanya dengan kata-kata dari mulut saya ini bak kata pepatah "Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata membawa binasa". Teringat kata Prof Muhaya..hiduplah dengan penuh kesedaran.
 
Barulah saya sedar, segala teori2 yang saya dengar dari corong radio, yang saya baca-baca di laman-laman web dan facebook, Allah beri saya peluang untuk aplikasikannya. Andai tidak, pasti la ia tinggal hanya sebagai informasi, bukan ilmu selagi mana tidak kita amalkan. Alhamdulillah, syukur ya Allah, saya terima ini sebagai satu ujian. Juga ini sebagai satu ketukan dan teguran, bila saya sudah mula mendengar bisikan-bisikan syaitan sedikit demi sedikit..syukur Allah masih sayang..Allah tegur kita..syukur Alhamdulillah..
 
"Ya Allah bantulah aku untuk sentiasa mengingatiMu, mensyukuri nikmatMu dan memperbaiki amalanku.."

Wednesday, 21 November 2012

Bercakap dengan budak kecik Aisy

Anak Mama sorang ni makin petah bercakap..somehow this boy byk amik traits kakaknye masa kecik..dah le rupa pun ada iras as compared to Abang nye, perangai pun sangat2 dekat dengan cara kakaknya masa kecik2 dulu..sebab tu dia n kakak sangat close as compared to die ngan Abg..tapi Aisy lagi suke main dengan Abg dan sangat suke tiru gaya Abangnya..Apa Abang dia buat..itu la dia nak ikut..

Sejak akhir2 ni kepetahan dia bercakap memang sangat2 tak tahan di dengar..music to our ears actually. Perkataan-perkataan yang dia pilih kekadang buat kami terkedu..heheheh..so I decided to jot something down here..tho it will not reflect his intonation..takpe la cukup untuk dibuat kenangan..

1. Satu hari ayahnya baru pulang daripada masjid..Aisy tanya
   " Ayah..ayah dah solat?" Kebetulan ayah tak dengar sebab sibuk di dapur buat air. Jadi Aisy tanya lagik
   " Ayah..ayah dah solat?" mujur ayah dengar akhirnya..so ayah pun jawab
   " Daah.."
   Aisy: " Baguuuuss" hehehe Ayah sambung lagik..
  " Aisy dah solat?"
   Aisy: Dah! Aik masa bila awak solat sayang...? heheh

2. Sedang bersantai di dalam  bilik..tetiba ayahnya kata..
    "Aisy..tido lah.."
    Aisy sambil nyanyi2 melodi ciptaan sendiri.." Aisy tak boleh tido..Aisy tak bole tido.."
    dan seterusnya dia bersambung dengan lirik ciptaan sendiri..Mama berjaya record separuh jalan aje..

3. Di dalam kereta on the way nak pergi kenduri, Aisy sibuk nak duduk kat bahagian tengah kereta..rebut dengan kakaknya..terkodek-kodek bontot die adjust tempat duduk dengan kakak yang tak mau ngalah..somehow dia puas ati dengan position die tu..terus cakap.."Haa..macam ni baru la betul.."

4. Sempena cuti sekolah ni, Mama ada peluang nak hantar Aisy pergi taska dengan ayah. Selalunya ayah aje yang hantar Aisy..so dalam keta yang tak sampai 5 minit tu, sempat pesan ngan dia nak hantar dia pegi taska ni..takut karang dia tak mau pegi plak..
Mama: Aisy..nak pegi mana ni?
Aisy: Nak pegi jalan lah
Mama: Tak lah..Aisy nak pegi taska ni..
nampak je kelibat taska..trus Aisy cakap
"Haa..dah sampai.."

Ooh..intonasi nya memang sangat sedap didengar..comel sangat..subhanallah..syukur Alhamdulillah Allah masih pinjamkan dia untuk kami..Allah beri peluang untuk kami rasa terhibur dengan keletahnya yang sangat mencuit hati..Semoga Aisy membesar menjadi anak yang soleh..amiin..

Monday, 29 October 2012

Aidiladha 1433

Salam Aidiladha kepada semua..Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk merayakan Hari Raya Qurban pada tahun ini bersama-sama dengan keluarga tersayang. Tahun ini syukur perjalanan pergi dan balik ke kampung berjalan lancar..sebab hanya balik ke Seremban..kalau ke Kelantan, harus kena harung kesesakan yang luar biasa (ke dah jadi biasa untuk orang-orang Kelantan..hihi) setiap kali musim perayaan..
 
Syukur Alhamdulillah, Aidiladha tahun ini memberi makna yang tersendiri untuk keluarga kecil kami..Subhanallah! Segala puji bagi Allah berkat doa saudara mara dan sahabat handai semua, anak kami yang seorang ini, yang belum pernah menjamah sebutir nasi pun sebelum ini, akhirnya dibukakan hati oleh yang Maha Esa untuk mencuba dan makan nasi! Subhanallah..syukur ya Allah pada nikmat yang Engkau berikan ini..sangat-sangat bermakna untuk kami sekeluarga kerana di petang hari Arafah, beberapa minit sebelum menjelangnya Maghrib, Allah kurniakan ilham untuk En Suami memujuknya untuk mencuba nasi berlaukkan sup daging yang sedang saya suapkan untuk adiknya. Biarpun pada asalnya pujukan itu lebih berunsurkan paksaan, namun strategi itu berhasil juga..:D. Syukur ya Allah padaMu yang Maha Memberi..doa hamba-hambaMu dimakbulkan pada saat yang cukup2 berkat..yang cukup-cukup istimewa..Subhanallah.Nikmat mana satu yang hendak kami didustakan ya Allah..
 
Muka budak kena paksa makan nasi..bukan tak boleh telan pun sebenarnya..psycho aje selama ni..:D

Sejak hari tu, Abg Azeem tak miss lagi makan nasi, diitambah pula dengan motivasi nak dibelikan hadiah kereta kontrol..Biarpun tetiap hari nasi berlaukkan sup daging/tulang + kicap sempena Raya Haji ni, kami layankan saja dulu buat masa ini. It's already a big achievement for him, and I know he's proud of himself as we also did..Kata-kata pujian tak lekang di mulut kami, terutamanya Mama dia ni. Bila pakai baju, terus puji dia sebab seluar dah tak longgar..pastu konon-konon nampak dia dah besar, lepas ni musti cepat tinggi dan sebagainya. Kanak-kanak memang sangat suka dipuji..and yes, pujian adalah satu terapi yang sangat mudah dan sangat-sangat berkesan untuk menaikkan self confidence pada kanak-kanak. It works well on him..semalam buat pertama kalinya Abang ajak sepupunya makan nasi.."Nazif, jum makan nasi..Abg dah makan nasi dah!"..:D. So sweet..
 
Just want to jot down here few words from him for my remembrance:
"Mama..abang rasa abang dah besar skit sebab abang dah makan nasi"
"Mama, kakak mula makan nasi umur berapa? Abg makan nasi umur 5 tahun kan Mama?"
"Mama, lepas ni selipar abang ni musti dah tak muat, lepas ni abang cepat besar la sebab dah makan nasi"
 
Alhamdulillah, segala pujian hanyalah padaMu ya Allah. Mohon agar abang akan berterusan nak makan nasi..lepas ni pelan-pelan, kena introducekan dia dengan lauk2 lain plak. Kalau tak hari-hari mama die kena buat sup..ehehe. Nak kena carik resepi pelbagai jenis sup plak nampaknya..Terima kasih ya Allah..segala puji hanya untukMu..

Wednesday, 24 October 2012

Terima kasih Allah..

Syukur Alhamdulillah, segala pujian hanya milik Allah..Terima kasih Allah kerana masih meminjamkan sedikit lagi waktu untuk hambaNya yang seorang ni hidup di muka bumi..masih bernafas dengan kesihatan yang sangat baik Insya-Allah..masih diberi kudrat untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri, anak dan ibu..Inilah peluang yang sepatutnya digunakan untuk menuai sebanyak-banyaknya tanaman untuk dikutip di sana kelak..insya-Allah seringkali mengingatkan diri sendiri biar ada waktunya saya lupa dah alpa..
 
Bangun saja dari tidur pagi semalam, saya mengucapkan syukur kerana Allah masih beri peluang untuk saya bernafas genap satu tahun lagi tambahan pada umur yang Allah pinjamkan. Syukur masih dipinjamkan mama dan abah serta adik beradik, lebih-lebih lagi bersyukur masih berpeluang untuk hidup bersama dengan suami yang sangat-sangat memahami serta anak-anak yang menceriakan hidup dengan keletah mereka. Juga sangat-sangat bersyukur Allah temukan saya dengan sahabat-sahabat yang sangat-sangat best..tak kira jauh atau dekat, yang seringkali bertanya kabar atau tidak..sangat-sangat berterima kasih atas ucapan dan juga doa-doa yang dipanjatkan untuk saya. Syukur Alhamdulillah, sangat-sangat berterima kasih terutamanya pada mereka yang sudah lama tak saya tanya kabar berita tetapi masih sudi mengirim ucapan. Terima kasih pada Allah kerana dikurniakan ilham pada manusia untuk mencipta facebook sebagai jalan untuk mengeratkan silaturrahim..insya-Allah.
 
Buat pertama kalinya selama 9 tahun berumah tangga, suami mengajak saya bercuti sempena hari lahir saya. Tak semena-mena sebulan yang lepas suami kirimkan satu image - paparan skrin cuti yang telah dipohon pada 23 Oktober. Jadinya saya pun ambil cuti sama..tapi tiada perancangan apa aktiviti hari itu. Rupa-rupanya suami dah ada perancangan tersendiri..pagi-pagi lagi dah bersiap-siap uruskan perhantaran anak-anak ke sekolah dan taska, kemudian terus bersarapan di McD. Tak penah-penah breakfast di McD..semalam baru pertama kali..heheh.
 
Kemudiannya menguruskan hal-hal berkaitan dengan bank. Syukur Alhamdulillah saya sudah bebas daripada perbankan konvensional insya-Allah. Lama dah sepatutnya dilunaskan hutang-hutang seperti ini tapi tetap bersyukur di hari yang istimewa ini Allah izinkan ia berlaku..Alhamdulillah terima kasih Allah
 
Seterusnya suami bawa saya ke Petaling Jaya, kononnya mahu beli memory card telefon bimbit dia. Kebetulan ada panggilan daripada Mama, saya tidak masuk terus ke dalam kedai. Perbualan dengan Mama di luar kedai santai-santai sahaja, berkisar tentang Raya Haji yang bakal menjelma. Di belakang Mama terdengar suara Abah berbisik, "Selamat Hari Jadi"..hehe baru Mama teringat hari tu hari apa..hehe..It's OK Mama, dimaafkan sebab banyak lagi perkara lain yang Mama kena fikirkan, nak nak raya dah nak dekat ni..:D. Selesai perbualan telefon, saya terus masuk ke kedai, dan terus suami tanyakan mana satu pilihan hati..Subhanallah, rupanya nak belikan telefon baru untuk saya. Ok lah..menjadi surprise awak Yang..tak sangka awak ada plan cemni..saya ingatkan nak belikan jam tangan aje..sekarang ni hidup tanpa jam tangan sebab semuanya dah tak boleh pakai lagik..padanlah malam sebelumnya sibuk berwassup sana sini, tapi tak kasitau pasal apa..:P. Terima kasih Yang..syukur dengan rezeki yang Allah beri melalui awak..
 
Sementara menunggu si pemilik kedai set up kan telefon baru, saya perasan ada satu message daripada Abah..ucapan daripada Abah rupanya..entah kenapa hati saya tersentuh dengan kata-kata Abah..bergenang air mata, cepat-cepat saya sapu sebelum yang lain perasan. Terima kasih Abah, Abah jarang lupa harijadi anak-anaknya..dan yang paling saya hargai doa yang Abah titipkan untuk saya. Biarpun ringkas, tapi cukup bermakna..anak mana yang tak mengharapkan doa daripada emak dan ayahnya..
 
Kami kemudiannya ke Sogo..niat asal nak habiskan voucher yang rasanya sudah hampir tamat tempoh yang bernilai lebih kurang RM 100+ lagi hasil membeli belah untuk Aidilfitri yang lepas. Bila tiba waktu membayar, baru tersedar rupanya sudah pun tamat tempoh 9 hari lepas..Ya-Allah..tak perasan langsung. Ye saya dipersalahkan sebab tidak ambil pusing sebelum ni..namun kami sedar, itu bukan rezeki kami..sedikit sahaja yang Allah ambil semula sedangkan sudah banyak yang Allah beri. Syukur Allah ambil semula kerana yakin Allah bersihkan bahagian mana yang mungkin tanpa kami sedari tidak kami peroleh dengan cara yang baik..Setelah dapatkan perfume untuk en suami, kami terus ke sini untuk makan tengah hari..
 
Gambo pertama snap dengan phone baru..:D..hmm apesal tak snap gambo si yang membeli phone tu eh? heheh
 
Walaupun perut sangat-sangat lapar..hidangan yang diorder tak mampu nak dihabiskan. Tak sangka pulak yang diorder itu datang dengan sangat banyak..memang kami berdua ni perut Melayu..tak mampu nak abihkan
 
Ada lagi satu hidangan roti belum sampai waktu ni. Bila dah sampai tak ingat plak nak snap..heheh..lapor!
 
Hidangan ni akhirnya terpaksa ditapau..syukur Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah bagi ni, dapat jugak berkongsi dengan anak-anak yang tak dapat bersama dengan kami di restoran. Pulang rumah saya suapkan kakak makan, memang berselera sungguh la dia kalau mama yang suapkan..si kecik Aisy tak mahu makan, puas dikejar satu rumah tak mahu..lagi suka susu formula dia daripada nasi ni.
 
Itulah destinasi terakhir kami sebelum pulang ke rumah..biarpun simple..saya rasakan cukup-cukup bermakna. Maklumlah bukan tradisi kami untuk bercuti sempena hari jadi sesiapa..sangat bersyukur kerana dapat habiskan waktu sehari bersama suami.
 
Jadinya haruslah saya catatkan di sini semoga ingatan ini kekal..dan buat bekalan untuk saya sentiasa ingat apa yang pernah en suami berikan pada saya yang saya tahu sebagai tanda terima kasih dia pada saya. Terasa dihargai dan rasa syukur ini saya pulangkan pada yang Esa, kerasa sesungguhnya dia lah yang menggerakkan hati suami untuk bercuti dan ingin menghabiskan waktu sehari bersama saya. Benarlah kalau kita laksanakan tanggungjawab kita sebagai isteri, sebagai ibu di rumah dengan ikhlas kerana Allah (saya tahu memang sangat susah..memang kena paksa diri..ye saya memaksa diri saya untuk ikhlas), Allah akan berikan balasan yang sangat-sangat tak disangka-sangka. Biar pada pandangan yang lain nampak simple, tapi di hati saya cukup-cukup bermakna. Terima kasih Allah atas nikmatMu yang tak terhingga ini..
 
Malamnya pula, kakak berikan saya hadiah yang dibalut kemas ini..
 
 
 
Maklong dan Ucu..sila teka apa isi kandungan hadiah ini..cer teka cer teka..hehehehe

 
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 



Ini lah hadiah favourite kakak untuk Mama dan Ayah..Ayah hari tu dapat buku dan pen warna biru..hehe..Terima kasih sayang..Mama hargai sangat usaha kakak nak belikan Mama hadiah..You are such a thoughtful kiddo..thanks to Allah you inherit this from Ayah..kalau ikut Mama..memang fail..:P 
 
 
Akhirnya sebelum menutup tirai, kepada en suami..terima kasih daun keladi..ada rasa bersalah di dalam hati ini sebab saya tak mampu nak rancangkan sesuatu yang dapat menyentuh hatinya pada hari jadi yang lepas. Saya berharap dengan diri saya sendiri atas bantuan daripada Allah, saya dapat terus laksanakan tanggungjawab saya sebagai isteri dengan lebih baik daripada sekarang. Saya mahu redha suami kerana redha Allah adalah pada redha suami..
 
TERIMA KASIH YA RABB!
 


Friday, 19 October 2012

Isteriku Bukan Bibik

Topik menarik Semanis Kurma semalam..untuk para isteri dan suami..tapi malangnya tak de rezeki nak nengok sendiri..sebabnya semalam hujan, puas ditune sana sini tetap dapat "Service not available". TV1 boleh plak kuar gambo dan suaranya, maka tengok je lah Forum Perdana semalam. Tapi rasanya lagi banyak TV tu tengok saya daripada saya tengok dan dengar dia..hehehe..
 
Anyway, berterima kasih sangat2 pada sahabat FB yang kongsi isi-isi penting topik ni..jadinya saya catatkan di sini serba sedikit yang ada kaitan untuk kita2 yang sudah pun bergelar isteri..
 
1.   Membantu isteri adalah salah satu daripada perlakuan Nabi, berbuat baik dengan isteri adalah tuntutan agama..
 
2.   Suami perlu rasa dirinya bertuah dan bangga apabila membantu isteri kerana Rasulallah pun membantu isteri baginda..
     cik asz - teringat satu hadith popular ni: "Al-Aswad bin Yazid berkata, aku bertanya kepada Aishah r.a, Apakah yang dilakukan oleh Nabi s.a.w. di rumahnya? Aishah menjawab: Beliau membuat tugas keluarganya, iaitu membantu kerja keluarganya, maka apabila masuk waktu sembanhyang beliau pun keluar untuk bersembanhyang
 
3.  Banyak daripada kita tak mensyukuri apa yang kita miliki tapi sering menyesali apa yang belum kita miliki..- kata-kata Ibnu Abbas
4. Suami yang membantu isteri dapat mengurangkan kadar perceraian. Suami yang membantu isteri lebih panjang umur
        
5. Biasakan meminta bantuan dan pertolongan daripada suami. Jangan terlalu manjakan suami. Kalau dah susah sangat, minta tolong anak-anak atau cucu-cucu
 
6.       Tips untuk isteri:
a.       Menghormati suami
b.      Bila nak minta tolong, guna bahasa yang baik
c.       Berterima kasih
d.      Puji hasil pertolongan suami
e.      Gurau senda..

Dalam rumah tangga, it takes two..suami ada peranannya, isteri pun sama..jadi kita isteri-isteri bila nak minta tolong, biarlah dengan bahasa yang baik..dan yang lebih penting ringankan bibir ni ucapkan terima kasih bila suami tolong, dan musti rajin puji-puji..takde kos pun kalau nak puji kan..air liur je..itu pun Allah yang beri..:D. Dan yang penting, bersyukur ada suami yang baik dan beriman..kalaupun dia tak rajin menolong kita, sekurang-kurangnya dia bukan jenis suka keluar malam. Kalau sekali kala dia nak keluar dengan kawan-kawan, izinkan lah dia pergi dengan redha. Kalau niat dia keluar tu nak erat kan silaturrahim apa salahnya..
 
Catatan hari ini lebih kepada peringatan untuk diri sendiri sebenarnya..perlu banyak motivasi ibu-ibu yang dah ada anak tiga dan tiada bibik..heheh..apa-apa pun, kalau semua kerja-kerja kita di rumah niat kerana Allah, nescaya ganjaran daripada Allah itu lebih berharga daripada penghargaan manusia..saya tutup catatan hari ini dengan satu hadith yang diriwayatkan oleh Alu bin Abi Talib bermaksud:
 
“Rasulullah SAW bersabda: Lelaki yang paling baik ialah yang amat baik terhadap isterinya, dan aku adalah yang paling baik terhadap isteriku. Tidak ada seseorang yang memuliakan wanita, kecuali dia seorang yang mulia. Tidak ada yang menghina wanita, kecuali orang yang rendah pekertinya.”(Riwayat Abu Daud).
 
 

Thursday, 18 October 2012

Doa Mati dalam Islam

Dah lama niat nak share pasal doa ini..tapi asyik2 terbengkalai..:D. Doa ini seperti biasa dapat daripada facebook..Facebook ni kalau pandai kita uruskan insya-Allah banyak manfaat kita akan dapat. Yang penting pasang niat yang betul, seperti untuk menjadi medium menambah ilmu atau memperbaiki diri..insya-Allah apa yang kita hendak dan focus itu yang kita dapat..


Doa ini petikan daripada ayat Al-Quran..yang pertama tu, ustaz kelas saya yang ajar..tapi sampai sekarang tak hafal lagik..heheh..so kekawan, sila hafal ye..jangan ikut cik asz ni..
 
Doa yang kedua ini, ada sedikit sentuhan hati secara peribadi... sebabnya jumpa sendiri masa baca Al-Quran di bulan Ramadhan. Masa baca terjemahannya, terasa macam kena sangat dengan diri saya yang sangat-sangat kurang bab sabar ni..terus niat nak amalkan..lepas tu bila digodek2 dalam pc ni, terjumpa, baru perasan doa ini juga untuk minta dimatikan dalam Islam..
 
Bagus doa2 ni kan kalau dapat kita amalkan..mesti la kita semua hendak mati dalam Islam kan? So jom kekawan kita hafal doa ni dan amalkan..kepada yang dah memang amal doa2 ni..you all memang best!