CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, 4 October 2011

Terkesan

I want to remember this..thus I got to jot down it here..

Dah lama terfikir nak share kat sini, tapi tak tau macam mana nak tulis..hari ni saya nekad nak tulis, sebab takut tak ingat. Bak kata Prof Muhaya, ilmu ini licin, kalo tak dikongsi akan melepas begitu sahaja..biar pun skit, saya mahu ingat ini sampai bila2..

Masa kelas minggu lepas, Ustaz mulakan dengan satu cite..dia tanya pada kami, apa perasaan kita kalo ada orang pecahkan cermin kereta kita..dan dia tak minta maaf pun kat kita..? Kami sume jawab, musti lah marah kan..logik la kan? Musti la marah sebab org rosakkan harta kita..dah tu tak minta maaf plak tu..

Kemudian dia tanya, kalau org tu minta maaf, lepas tu dia siap gantikan balik cermin kereta kita..kita maafkan tak dia? Jadi kami ramai2 jawab, iye..musti la maafkan dia kan? dah die minta maaf, pastu siap gantikan plak..apa lagi yang kite nak kan?

Ustaz tanya lagik, lepas org tu dah minta maaf, kamu plak amik kunci, amik geran kereta, bagi pada org tu..agak2 kita buat tak cemtu? Apa pandangan org kat kita? Ish tak logik la kan, ada ke orang yang baik sampai cegitu..siap bagi kunci and geran keta plak dah org tu tolong gantikan cermin kereta kita yang pecah tu. Gila kalau kita buat cemtu iye dak?

Then ustaz explain, begitu lah umpamanya sifat Allah..Allah akan murka dan marah pada kita bila kita membuat dosa..tetapi, Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang..Allah akan ampunkan kita apabila kita pohon ampun padaNya..Allah akan terima taubat kita apabila kita bertaubat dan kita berusaha untuk membaiki kesilapan kita. Bukan setakat itu sahaja..tak cukup dengan ampunkan dosa-dosa kita..Allah akan beri pulak kita ganjaran syurga pada kita di akhirat kelak..Begitulah kasih sayang Allah pada hamba-hambaNya..

Terkesan..sungguh saya terkesan..sebak!

No comments: