CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, 29 November 2011

Sejernih Sinar Matamu

Hari ni tetiba tergerak hati nak tengok kat youtube ulangan siaran yang tak sempat nak tengok masa Raya Aidiladha yang lalu..Niatnye memang nak tunggu siaran tu, tapi akhirnya tak ingat..so melepas..Alhamdulillah, Allah Maha Mendengar bisikan hati..hari ni diberi peluang dapat link kat youtube..Alhamdulillah sambil2 session pumping pagi tadi, telinga dan mata diisi dengan siaran "Sejernih Sinar Matamu" melalui handphone saya..tak sesia En Hubby belikan phone ni kat saya..:D

Ya Allah, tak tau kenapa, siaran ni sangat-sangat menyentuh hati saya..sejak akhir-akhir ni senang sangat nak rasa syahdu..melihat seorang doktor yang mukmin seperti Prof Muhaya, membuatkan saya terfikir dan munasabah diri, di mana kedudukan saya sekarang ni..ya Allah..bahagianya menjadi Prof Muhaya. Saya yakin saham akhiranya sangat banyak..dan saya kagum sangat dengan cita-cita dia..hendak mati pada hari Jumaat dan di bulan puasa..tak pernah terpk dek fikiran saya yang jahil ni..dan yang paling best dan saya hendak simpan kemas-kemas dalam otak saya ni ialah kata-kata dia yang satu ini..

   " Sentiasa mencari redha Allah, bukan penghargaan manusia.."

Saya yakin, kalau kita berpegang pada kata-kata ini, hidup kita lebih tenang, diri kita menjadi kuat..dan kita boleh menjadi lebih sabar..saya sedang berusaha untuk terus pegang dengan kata-kata ini..sangat susah..memang susah tp mesti terus cuba hingga ke akhir hayat..

Thursday, 24 November 2011

Nasi Arab

This is a definitely a delayed post..but feel like jotting them down somehow..why? Because our adik kicik was supposed to put this entry but seems that she must have forgotten about it! :P.

It was the last month if I'm not mistaken where our complete family went for lunch at Damsyik Nasi Arab in Seremban. It was our adik kicik's treat for the family on her first salary! Caiyok! Dah keje adik kicik sorang ni....semoga mendapat rezeki yang halal..elok la tu belanja selalu..:D. Lepas ni dpt promotion haruslah belanja lagik ye..:D

The rice was OK..but I love the one I always have at this office more..which I didn't get the brand names..It is actually one of our GM's brother's nasi arab..Lepas ni harus nak pekena Syaba' pulak ek..dengar macam sedap tapi tak penah plak dpt peluang nak merasa..sungguh ketinggalan cik asz ni ek..

Ok la jom la kite layan gambo2 yang sempat dicapture..selebihnya harapkan kakak & adik kecik ku capture..selamat dlm camera masing-masing aje la jawabnye tu..

Yang sebenornye nak tunjuk air jus ni memang best!


Kan betoi cakap..si kecik ni sekali dah dapat air, nasi pun dah tak mo makan..minum ngan straw pun tak cekap lagik..:D

My little boys..adik badik susuan..uih..apa yang menarik sangat tu?


OoOo..pasangan romantis ni ye..? Kasik can laa..

Wednesday, 23 November 2011

Quotes of the Day..

While driving to work this morning, as a norm saya buka radio ikim..skang ni pagi2 saya memang tertunggu-tunggu slot motivasi pagi..sebab terasa diri kurang motivasi..hehe..jadi harus diisi hati saya ini dengan kata-kata yang baik-baik dan positif..dengan harapan hari saya hari ni akan bermula dengan sesuatu yang baik..:D

Oh topic pagi pasal makanan hati..saya tak dpt tangkap siapa yang bercakap pagi ni..takpe, yang penting isi kandungan penyampaian tu kan? Sejak dua menjak ni, saya memang suka dengar bab-bab hati ni..terasa hati saya sangat lama dah tak dimaintain..entah bape tebal karatnye tak tau lah..jadi memang berminat sangatlah nak tau macam mana nak kikis karat-karat tu kan..Alhamdulillah, pagi ni Allah sampaikan pada saya melalui radio ikim..

Sebenarnya, tak byk yg lekat kat kepala otak ni..yang melekatnya satu 'quote' ni..daripada Allah s.w.t.

'Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi, silih pergantian antara siang dan malam, terdapat tanda-tanda bagi orang yang BERAKAL FIKIRAN. Siapakah mereka itu....merekalah yang sentiasa mengingati Allah dalam keadaan mereka berdiri...dalam keadaan duduk...dan dalam keadaaan berbaring, seraya mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi, lantas mereka berkata....'Maha Suci Allah, tidaklah Engkau menciptakan semua ini dengan sia-sia....Maha Suci Engkau, maka jauhkanlah kami dari azab api neraka' - Al Imran:191

Saya terpanggil nak share di sini sebab seperti biasa 'kebetulan' bila buka FB pagi ni, dari FB Mukmin Professional..ada jugak dishare quote ni. Bagi saya, ini bukan satu kebetulan sebenarnya. Saya ambil ini sebagai peringatan Allah pada saya, supaya saya hayati maksud ayat di atas. Saya ni memang, cakap sekali, dengar tp tak masuk..dua kali dengar..baru terasa eh..nak kena bagi perhatian ni..Jadinya, saya 'jot down' ayat ni di sini..senang saya nak refer nanti in case 'laluan' saya hampir terpelencong ke arah lain..heheh..

Baru terkesan dengan kata-kata ustaz kat radio tadi. Antara makanan hati ialah berzikir pada Allah dan berfikir tentang kesabaran Allah. Ustaz kata, sambil-sambil driving tu, apa yang kita dok buat? Eloklah kalau masa memandu tu, kita pandang alam..dan berfikir kaitkan dengan penciptaan Allah. Agar kita rasa betapa besarnya kuasa Allah dan nikmat yang Allah beri pada kita. Kita mampukah nak hidupkan pokok-pokok di tepi jalan? Kita mampukah nak bina bangunan tinggi dan hebat2 kalo bukan Allah beri ilham pada manusia? Inilah antara makan-makanan hati..jangan biarkan hati kita kosong kata ustaz..

Kalau dulu saya sangat tak suka driving..skang ni ikhlasnya saya tak kisah kalau saya kena drive sendiri pegi keje..Ini lah "me" time utk saya. Sorang-sorang dalam keta, dengar motivasi pagi, saya selesa dan bebas nak berfikir dan muhasabah diri..petang balik keje pun sama..another 'me' time utk saya sebelom saya punch card kerja no.1 di umah..:D. Sudahnya traffic jem tu adalah satu opportunity utk saya ada lebih "me" time..:D. Amacam positif tak pagi ni?

Tuesday, 22 November 2011

Cuti Sekolah

Finally, dah cuti sekolah..kejap nye masa berlalu..tup tup kakak dah abih darjah satu, nak naik darjah 2. Abang dah nak masuk tadika 5 tahun..budak kecik Aisy ni dah nak masuk 2 tahun..how time flies..

Cuti sekolah ni, takde perancangan nak pergi cuti-cuti..sebabnya, weekend sepanjang bulan 12 ni insya-Allah dah penuh..dengan wedding adik iparnya...dah cukup memenuhkan jadual..Lagipun, kakak dan abang dah di'eksport' balik kampung. Cuma si kecik je dengan kami...maknanya sepanjang mama & ayah keje, Aisy ke taska. Niat dihati, biar semua dengan kami, tapi Mama insist nak budak dua orang tu balik kampung. Aisy takde pilihan sebab Aisy still full breast feed..so boley kasi alasan susah nak bangun malam nak pump susu buat stock..hihi..

Maknanya semalam, was Aisy first day at nursery. Of course la die menangis sebab tak kenal kakak-kakak yang jaga die di nursery tu. Tho nursery tu, dia dah pernah duduk sebelum ni dari umur 3 bulan sampai 10 bulan, of course la die tak ingat. Lagipun, kakak-kakak yang dulu dia kenal semua dah takde. Sekarang sume kakak-kakak baru..

Mamanya semlm control macho..antar die terus je tinggalkan. Tak de patah-patah balik tengok die..aduss..padahal kat dalam ni ya Allah, robek juga rasa hati ni...satu hari semalam hati tak tenteram kat opis. Puas pikir apasal la susah hati sangat ni. Agaknya risaukan Aisy agaknye kut? Niat di hati nak balik seawal mungkin, kalau boleh sebelum hari gelap. Tapi, kita manusia merancang. Allah juga yang menentukan..semalam lambat jugak..En suami busy nak buat cemana..

Hari ni pagi, Aisy sonok sebab dia dapat ikut naik keta..selalunya pagi-pagi Aisy kena tinggal. Bukan main senyum lagik dia. Tapi sampai je depan nursery, terus peluk Mama. Ari ni peluk kurang kuat skit daripada semalam..and of course nangis lagik. Takpe, Mama tau anak mama sorang ni kejap je nangis. Kang dapat mainan, senyap la die. Aisy budak baik, tak susah jaga dia..sama macam Abang dia dulu. Insya-Allah hari ni Mama minta doa pada Allah, ayah kurang sibuk, boleh amik Aisy awal skit kay?

Kakak dan Abang mama kurang risau sebab tau dieorg dalam jagaan yang baik..Mak sendiri jaga, haruslah rasa senang hati kan? Cuma sian jugak kat Mama, tak dapat nak rehat dah tua-tua macam ni. Masih kena jaga cucu jugak. Tak dapat rasanya nak balas jasa Mama & Abah..Anak nya ni cuma dapat doakan Allah ampunkan dosa-dosa mereka dan semoga mereka ditempatkan di syurga Firdaus di sana..insya-Allah..amiin.

Argh..sunyi pulak di umah skang ni..bila anak-anak takda, sunyi..bila ada pening kepala..hihihi

Wednesday, 16 November 2011

SRAI SS19 School Carnival 2011

Besides Abang's Anugerah Cemerlang nite, last weekend was also Kakak's School Carnival day which begins from Friday up to last Monday. Perhaps, this was the first time her school organised such event which I personally see as a good effort from the school to generate additional income. There were lots of activities, which I didn't bother to take note..hahah..tho I got the letter with all the itemised schedule for each day..sungguh anti sosial cik asz sorang ni..

Nevertheless, untuk tak menghampakan kakak, we brought her to school on Saturday since she insisted to join a colouring class and contest on that day. I would say kakak is the creative type, she love drawing, colouring and invent things from recyle material etc..I support her interest tho it means a lot of mess at home..so I just to remind her to also clean and keep all her stuff once she's done with whatever activity she has in mind..

It was a session with Uncle Uneh..a good ones indeed..infact there was special appearance of Buzz mascot..understand it from TV2 kids' programme..<well..I didn't watch tv so much these days..mind my lack of awareness on tv shows..>



so here's the outcome..:D




Kakak looks not so happy with the results of her drawing and colouring..which to me is good enough for the first timer like her..she never been exposed to any art class before. I figure Kakak must have lost her confident that she decided not to join the colouring contest..which means the RM 5 we spent was donated to school just like that..<Allah bagi peluang buat amal..:) look at the bright side..> but it's OK kakak..for me your colouring is nice..believe in yourself..there's no right or wrong answer as far as art is concerned..keep that in your mind dear..we love you always..

Monday, 14 November 2011

Tadika Al-Husni Majlis Anugerah Cemerlang 2011

Last night was Azeem's first experience on Majlis Anugerah Cemerlang..he started early at 4yo instead of Kakak..since kakak tak abihkan sekolah masa umur 4 tahun..hihi..

Banner..wajib kena capture..:D

Alhamdulillah, this time around, he behaves well..unlike his first experience during sports day last time as wrote down here. This time around mama teringat nak pesan awal-awal yang dia kena berkumpul dengan teachers..that mama wouldn't be around to accompany him..and he understood that very well..die sendiri pergi berkumpul ngan kawan-kawan bila teacher panggil..

And the most important thing why I got to jot down it here is because, last nite was his first experience walking on the stage claiming his prize..Alhamdulillah! Mama is so proud of you son..it was so unexpected that you have reached this far..really!

My handsome boy..penyejuk hati mama..tho skang dah makin nakal..:D
I captured this for you as you remembrance..so jangan susah hati nak buka hadiah.


Oh of course abang ada buat persembahan malam tadik..abang berlakon jadi tentera Abrahah..siap pegang pedang bagai..lepas tu nyanyi ramai-ramai siap dengan aksi-aksi sekali..that was your first performance son..hari tu masa sports day malu-malu kan..? mama tak sempat nak capture dalam phone. Takpe, lepas ni kita bole tengok balik once teacher kasi vcd nanti eh? So proud of you sebab Abang dah tak malu-malu lagi nak perform on stage..

Ini la sebabnya kenapa mama tak sempat nak tengok anak mama ambik hadiah atas stage, and tak sempat nak capture gambo Abang perform..

Budak kecik yang tak reti duduk diam..habih satu dewan di tournye..:P
Oh..baru teringat ayah sempat snap gamba Mama, Abg, Kakak and Aisy kat depan dewan..Mama tak sempat nak transfer..tak saba-saba nak buat entry ni dah..:D. Nanti kalo rajin kita letak kat FB pulak eh...

Sampai je umah Abang terus minta susu and tido..hadiah pun tak mo bukak..mama tau..sayang la tu ek? Nak menikmati the moment bukak hadiah ek? Ayah and Kakak tak sabar nak tengok hadiah Abang..mama Ok je..:P.

All in all..was a great moment for the whole family..Mama doakan Abang jadi anak yang soleh, sentiasa solat 5 waktu sehari semalam dan mengaji Al-Quran..Kalau ada rezeki, sampaikan hajat Mama nak Abang jadi sorang tahfiz yang professional..Insya-Allah Amiinn...

Friday, 11 November 2011

11.11.11

Cantiknya tarikh hari ini...11.11.11..jadi musti la nak kena buat entry ye dak? Eventhough takdak isi kandungan sangat..konon2 nak buat kenang-kenangan..

Itu la saya ni, manusia biasa..tarikh dalam kalendar Masihi la yang nak kenang-kenangkan sangat..tertanya-tanya jugak pada diri kenapa tidak pada kalendar Hijrah..kalendar Islam..?
Bangun pagi-pagi tadi dah terpk..eh ari ni 11.11.11..cantiknya tarikh..pastu terpk..bape aribulan ek kalendar Hijrah..padahal baru lepas Raya Haji, harus senang la nak track iye dak? Tapi tak de initiatif pun nak pegi carik..biorkan aje sebab lagi suke 11.11.11.

Masa nak tulis entry ni, memang tak dak idea nak nulis ape..sambil2 tunggu page blogger ni loading..saya singgah blog saifulislam..dush..terkena sebijik di muka dengan entry ustaz..sila la baca di sini..ringkas tapi padat..Ya Allah, terasa sangat Allah nak sampaikan ini pada saya..saya percaya ini bukan satu kebetulan..ini lah perancangan Allah pada saya..saya terima dengan penuh kesyukuran..