CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, 29 August 2011

Eid Mubarak 2011

Alhamdulillah..syukur pada Allah kerana diberi kesempatan pada tahun ini untuk bertemu dengan bulan Ramadhan sehingga ke hari terakhirnya..insya-Allah hari ini..syukur pada Allah kerana diberi kesempatan untuk berpuasa dan beramal selama 29 hari tahun ini..berdoa agar segala amalan diterima..dan semoga Ramadhan tahun ini adalah yang terbaik daripada tahun-tahun sebelumnya..dan saya berdoa agar diberikan saya kekuatan untuk terus istiqamah biar pun di luar bulan Ramadhan..juga saya berdoa agar ditemukan lagi dengan Ramadhan pada tahun hadapan..belum puas dan belum optimise sepenuhnya Ramadhan tahun ni..

Tahun ni beraya di kampung suami..untuk elakkan kesesakan lalulintas, hari Khamis lepas lagi dah bertolak pulang. So, tau la ye kenapa saya menyepi seribu bahasa..hihi..bila dah balik kampung, mmg tak fikir yang lain selain keluarga..Ini lah peluang yang saya ambil untuk meluangkan masa terutamanya dengan anak2..walaupun hakikatnya anak2 lagi sibuk main dengan sepupu-sepupu mereka..:D

Dikesempatan ini..saya pohon ampun dan maaf pada suma sahabat handai, di alam maya ini ataupun tidak andai ada kata-kata, tulisan atau perbuatan yang mengguris hati secara sengaja mahupun tidak sengaja..Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin..


Tuesday, 23 August 2011

Rezeki di Bulan Ramadhan

Alhamdulillah..syukur pada yang maha Esa, walaupun tidak seusaha mana, diberi juga rezeki tambahan di bulan Ramadhan ini..:D..

Rezeki apa ye agak-agaknye? :D...hee..senyum lebar semlm lagi..hingga pagi ni sebab...akhirnya setelah tiga kali percubaan, Allah bagi rezeki saya menang giveaway daripada blog tinidewi..yeehaaa! Entry saya sebelum ni pasal giveaway ni kat sini


..Alhamdulillah..satu rezeki yang tidak disangka-sangka..benar cakap ustazah semlm semasa ceramah, katanya yang saya petik..bukan sebijik tp lebih kurang lah isi kandungannya..

 "..berdoalah, terutamanya di bulan Ramadhan ni, nescaya Allah akan makbulkan..nikmat Allah ini cukup luas..cukup2 luas, jadi minta la padaNya..Allah akan beri pada kita rezeki yang tidak kita sangka.." sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih lagi Maha penyayang..

Ala cik asz ni, menang giveaway pun nak kecoh eh? dah le menang tempat ketiga jek..

Bukan itu yang saya nak kabarkan..yang saya nak kongsi di sini ialah betapa bersyukurnya saya..sebab saya tak minta doa pun secara spesifik nak menang giveway ni..tp Allah bagi rezeki jugak kat saya..nak nak plak bulan Ramadhan ni..saya memang terasa sangat kebesaran Allah..rasa saya sangat kerdil, sangat lemah sedangkan Allah itu yang Maha Berkuasa..Subhanallah..Allahamdulillah..

Nota: Oh dok sonok2 ni kang lupa plak nak email, nak tuntut hadiah..:D

Friday, 19 August 2011

Kisah Iqbal Fahreen

I got an e-mail about arwah adik Iqbal Fahreen somewhere last week from a friend..first time reading it, mmg menyayat hati..tak dapat nak tahan air mata..I guess most of you must have read about him..but it's Ok, I just thot that this would be good for me to jot down it here, more for my own rememberance..

Dunno why, sejak2 dah jadi mommy ni, hati mmg mudah tersentuh bila membaca perihal anak2 yang sakit..I love reading it, sebab banyak pengajaran boleh kita ambil dari kisah2 begini..If we reflect them back to our own, I believe most of us akan lebih menghargai anak2 kita yang Allah kurniakan.also banyak2 bersyukur kerana Allah kurniakan anak2 yang sihat untuk kita..TQ ya Rabb.

I found the compilation of arwah Iqbal Fahreen from this blog..a good effort indeed from this young lady. Feel free to terjah blog die..Khidmat masyarakat daripada asz..atas alasan malas nak copy paste..:D

Thursday, 18 August 2011

Chit Chat with Kakak

One night, just after our solat prayers kakak suddenly asked me this question about aurat. I assume she must have just learnt it from school, but needs further explanation or perhaps some of my views in regards to women's aurat. So here goes our chit chatting..a simple one but I found it difficult to give her the most appropriate answer in the most appropriate way..

Kakak: Mama, kenapa budak-budak perempuan sekolah SS 20 dieorg tak pakai tudung pergi sekolah mama? Kan ke aurat perempuan semua kecuali muka dan tapak tangan? Cikgu dieorg tak marah ke mama?

To be honest, no immediate answer came from my mouth. I just didn't know how to answer this, because I didn't want her to look down on people who don't wear hijab..and on the other hand, I didn't want her to think that it is OK not to wear  hijab which implies that it is OK to choose whether or not to wear them even when Allah clearly stated that it is wajib.

I guess Allah must have given me some guidance, it just came out from my head..so I answered like this..

Mama: Kakak, mungkin ada dua sebab orang tak pakai tudung. Satu, die belum belajar, so die tak tau..sebab tu die tak buat..macam kakak, kakak dah tau, so kakak pakai la kan? Kedua, orang tu mungkin dia dah belajar, tapi dia tak yakin dengan balasan Allah, jadi dia pilih tak mau pakai. Itu antara dia dengan Allah..biar la..

Well, until today I kept on thinking whether I have given her the most suitable and correct answer, because I know whatever came from me, will be kept deep inside her, because this is the time she started building her believes..thus, am so afraid if I had given her the wrong perception..what do you think? Is it Ok to answer her like this? What about you guys? What would be your answer if your children question you like this? Lets share your views yah..

Wednesday, 17 August 2011

Worldless Wednesday #2

Tuesday, 16 August 2011

Half of Ramadhan

Alhamdulillah..syukur pada Allah kerana diberi peluang untuk berpuasa di bulan Ramadhan, bulan yang penuh berakah ini. Alhamdulillah sudah tamat separuh perjalan pertama Ramadhan..nak kena buat tracking la skit kut setakat mana pencapaian kita setakat ni kan..semoga the rest 15 days would be much2 better than the last ones..amiinn

As for me..saya masih tidak mencapai ke tahap yang saya imipikan...cewaah..iye perjalanan saya masih jauh..saya masih berdikit2, tidak mahu terlalu memaksa diri, takut nanti saya rasa cepat penat dan mengalah! Apa yang penting, teringat kata Ustaz Hasrizal semasa ceramahnya di sini, you must have self control! Utk berkata TIDAK apabila TIDAK lebih dekat pada kebenaran..saya masih belajar mengawal diri..terutama bab sabar..:D. <baru sat tadi ilang saba ngan bos..aduss> Saya terasa..sedikit mudah nak kawal diri di bulan Ramadhan ni, mungkin sebab syaitan dirantai..serious, rasa lebih seronok and mmg terlintas di hati kalaulah setiap hari pun bulan Ramadhan..alangkah bestnya!

As for my daughter, Alhamdulillah syukur sangat2 pada Allah sebab so far kakak never miss a single day pun puasa..and tambah2 saya gembira sebab kakak tak tinggal solat..ooppss..actually ada satu waktu saje die tertinggal..gara2 mamanya ni tak ingat nak call umah and pesan solat zohor hari Jumaat lepas. Kakak tak solat Zohor di sekolah sebab setiap hari Ahad Jumaat sekolah habis pukul 12 thg hari. But it's OK..it was a great achievement indeed utk kakak yang sebelum ni memang selalu tinggal solat Asar. Lepas ni kita cuba solat betul2 plak ek..skang ni byk kakak terganggu waktu solat..sbb teringat TV la..tak pun adik kacau kan?

Mama doakan Kakak membesar jadi anak yang solehah..amiin

Saya dah start pesan2 pada kakak, kena teruskan tabiat ni even dah abih bulan Ramadhan..sebab puasa hanya sebulan setahun yang wajib, tapi solat sepanjang masa..Kakak pun nampak behave sgt bulan Ramadhan ni..lebih mudah mendengar kata..selalu tolong mama even bila mama tak suruh..sebab kakak tau..puasa bukan aje tahan lapar, tapi kena tahan perangai..kena tahan marah2.. Ini antara sebab2 kenapa saya suka sangat Ramadhan tahun ni..memang banyak berkatnya..Syukur Ya-Allah kerana masih diberi kesempatan melalui Ramadhan tahun ni..syukur Ya-Allah kerana diberi jalan untuk mendidik anak sulung, yang bakal menjadi contoh pada adik-adiknya kelak..Syukur Ya-Allah pada nikmat mu yang tak terhingga..

Monday, 15 August 2011

Aisy First Haircut

Yesterday marked another history to our little khalif Aisy Hakimi - he had his first hair cut in conjunction to the coming Raya of course..hihi As per Abang, En Hubby is the one who cut his hair...:D. Thanks Hubby!

How did it go? It went well..very2 well indeed. I would say he co-operate more as compared to his brother, when he was at his age..Or is it because my patience increased over time..(ahaks..nak jugak kredit to myself tu!) or maybe because En. Hubby has developed additional skills after few years of practice? Thot of snapping his photo, but didn't manage as I had to hold him most of the time, distracting him so Hubby can easily cut his hair..

The results? Marvellous despite the crooked line behind if you observed it carefully! He look really cute! Of course la to my eyes, my son is the cutest isn't it? Hihhi....kemontelan pipi itu semakin teserlah! I'll put in some photo later la ek..

Friday, 12 August 2011

Doa

As promised, I'm sharing with you 2 doas which Ustazah shared..actually there were 3 altogether but the last one kind of not got it..and tak confident nak share..kang salah kang tak pasal plak kan? so here goes....


Doa Mohon ketika berada di dalam keadaan sangat memerlukan rezeki dari Allah.

Menurut ustazah doa ini elok diamalkan bila mana kita ingin memohon pada Allah yang mana hajat kita diperlukan dalam masa yang terdekat.



Doa untuk melembutkan hati anak/suami/isteri

Yang ni ada caranya..utk anak2 baca doa ni, pastu tiupkan pada ubun2 anak-anak masa dieorg tengah tido..untuk pasangan kita plak..tiup kat tengkuk ye..bukan kat ubun2..:D


Thursday, 11 August 2011

12 Amalan di Bulan Ramadhan

Last Monday, syarikat kami menjemput penceramah yang tak asing lagik, iaitu pasangan suami isteri yang mengacarakan program di tv9 - Semanis Kurma. Alhamdulillah, Allah beri peluang pada saya untuk bersama-sama mendengar tips2 amalan di bulan puasa walaupun masa tu kurang sihat.. Ada 12 amalan semuanya yang Ustazah Norbahiyah & Ustaz Akashah sentuh. Saya ringkaskan saja di sini ek, cause I believe most of us dah pun tahu apa amalan2 yang patut kita amalkan di bulan barakah ni..hari ni dah pun masuk hari ke - 11 puasa kan?

1. Berpuasa dengan tingkatan takwa - puasa bukan sekadar lapar dan dahaga, tetapi anggota2 badan yang lain seperti mata, lidah, tangan, kaki, telinga juga turut puasa. Juga puasa dengan rasa takut pada Allah 

2. Solat sunat tarawikh

3. Bersahur - berkat sahur adalah pada makan bersama, pada makanan yang kita makan dan pada waktu sahur itu sendiri

4. Segerakan berbuka puasa apabila tiba waktu berbuka puasa - yang ni mmg senang nak buat kan? kan? :D

5. Waktu mustajab berdoa adalah waktu berbuka puasa - so jgn sibuk nak buka puasa aje..luangkan beberapa saat juga berdoa pada Allah ye..

6. Memperbanyakkan tadarus Al-Quran - sebaik-baiknya bukan sekadar membaca, lebih elok kalo fahami jugak ayat2 yang di baca..hmm..nak baca bole nak buat, nak cuba faham ni tak sempat nak khatam satu Al-Quran ni..ada tak org buat kelas taddabur Al-Quran ek bulan Ramadhan ni...? Kalo ada kasitau ek..

7. Banyak lakukan kebajikan

8. Banyakkan doa kepada Allah dengan khusyuk - sebab bulan Ramadhan ni Allah buka semua pintu2 syurga, dan tutup pintu2 neraka..so byk2 la berdoa pada Allah..ada beberapa doa yang ustazah share yang dipetik daripada Al-Quran. Next entry saya share ek..

9. Hidupkan malam lailatulqadar - alang2 bangun nak sediakan sahur..buat la solat sunat 2 rakaat. Ini lah masa kita nak berdoa pada Allah kan?

10. Banyakkan iktikaf di masjid - yang ni saya sendiri mmg tak terbuat..:(

11. Tunaikan zakat fitrah..

12. Memperbaiki hubungan silaturrahim sesama manusia..

Jom kita cuba sedaya upaya tahun ni ek..mengingatkan diri sendiri jugak ni..

<tp cemana ek awal2 lagi rasa tak mampu nak buat sume 12..dan2 rasa nak minta doa pada Allah minta bertemu Ramadhan lagi lepas ni..uwaa..sudah putus asakah saya? baru hari ke-11 ni...>

Tuesday, 9 August 2011

Kisah Budak Penjual Kuih

I got this from my e-mail today...a good tazkirah indeed..thot of sharing with you guys..byk pengajaran drpd kisah ini terutamanya dalam bekerja mencari rezeki yang halal..

------------------------------------------------------oooooo----------------------------------------------------------

Hari itu selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesam makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul di hadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyu,. Tangannya segera menyelak daub pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya

Tak apala dik...Abang dah pesan makanan," jawab saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kakak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu sahaja.



"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya? katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, dia meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pakcik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Sya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta.Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang," katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih
 dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet dan menghulurkan sekeping not merah RM 10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur, Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM 10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

" Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak,  pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa harga semua kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" Dia bertanya dah saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM 25 saja bang."

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya ke dalam plastik, saya hulurkan RM 25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatim kah? Siapakan wanita mulia yang melahirkannya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi atas rasa kagum dengan sikapnya yang menjadikan kerjanya satu penghormatan.

Sesunggunya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!







Saturday, 6 August 2011

Tinidewi Giveaway Aug 2011

Yea..tinidewi giveaway datang lagik..ye kekawan, cik asz ni mmg suke join GA cik tinidewi sahaja buat masa ni..hihi..

Kali ni hadiah nampak lebih menarik..disponsor oleh Tenun Kapas. Yang bestnye bole pilih sendiri hadiah apa nak..of course le ada limit die kan bape..tuk lebih lanjut sila2 lawat blog cik tinidewi kite ye.

Kalo masuk giveway tak sah kalo tak letak banner kan..so here goes..bole click utk details of the giveaway..

Friday, 5 August 2011

Puasa & Kakak..

Sekadar berkongsi apa yang saya cuba ajarkan pada anak saya yang sulung untuk Ramadhan kali ini.Tahun ini Kakak sudah berumur 7 tahun, jadi bagi saya ini lah masanya kakak dah boleh mula berlatih puasa seiring dengan solat..Ini antara perbualan kami anak beranak sebelum tiba Ramadhan tempoh hari..

  "Kakak, nanti bulan Ramadhan sume org puasa, kakak nak puasa tak?"
  " Nak..Cikgu kata sume org dlm kelas kakak kena puasa. Budak sekolah agama lagi la kena puasa.. tak bole lagi macam masa sekolah tadika dulu..tadika dulu tak apa la..bole ada yang puasa, ada yang tak puasa"

Ada perasaan lega bila dengar kakak jawab macam itu..

  "Tapi kakak, puasa kalo tak solat tak guna tau..solat musti kena penuh jugak. Kalo tak solat, tak guna susah payah puasa..nanti dpt lapar & dahaga je.."
  " Tau..." dan menangguk..
  " Solat tak bole tinggal tau bila puasa nanti..."
Angguk lagi..

Saya nasihatkan dia begitu, kerana saya tau, sebelum Ramadhan jarang kakak solat penuh 5 hari sehari semalam..selalunya solat Asar akan terlepas. Puncanya saya tidak ada di rumah, dan hampir setiap hari saya akan solat di pejabat sebelum pulang. Subuh, Mahgrib & Isyak, mmg dlm pantauan kemas saya kerana saya ada di rumah dan kami anak beranak selalunya berjemaah.Zohor pula, saya pasti setiap hari guru2 kelas akan bawa mereka solat di surau sebelum sambung sekolah agama petangnya..Saya selalu terlepas pandang bab solat Asar, sebab bila pulang dari pejabat, sibuk masuk dapur nak sediakan makan malam..Jadi saya bertekad, Ramadhan tahun ni, saya akan cuba bawa anak saya berpuasa dan solat penuh seiring..

Hari ni baru hari ke - lima puasa..mungkin terlalu awal utk saya katakan, bahawa nasihat saya di atas berhasil..dan tertanam kemas dlm hati anak saya. Namun Alhamdulillah, syukur pada Allah, setakat semalam, kakak puasa penuh..dan saya pasti, Insya-Allah solatnya juga penuh 5 kali sehari. Mengambil kesempatan pulang awal ke umah sempena Ramadhan ini, sampai je rumah terus ajak kakak solat..Mudah? Tidak mudah sebab dia sudah biasa tidak solat Asar..namun saya tekankan juga, dan ulangi nasihat yang sama pada dia..biar la dia solat main2 pun (ye kadang2 dia main2 bila dtg niat tak ikhlas solat), asalkan dia tau, masuk waktu musti kena solat, dan kalo puasa, solat tak bole tinggal.

Sudah masuk hari ke-5, dah nampak tanda2 keletihan dengan rutin hari2 kena bangun awal sahur, puasa & solat hari2. Pagi tadi, agak sukar nak kejut kakak..dia sedar aje, terus geleng2 kepala..saya faham die letih..tp saya pujuk juga dengan lembut..akhirnya dia bangun setelah saya pujuk die tak perlu makan nasi..sahur sebelumnya kakak dah tunjuk reaksi tak bole nak telan nasi..saya biarkan die makan skit, yang tak abis saya biarkan..pagi ni kakak cuma jamah sebiji kurma, ratah lauk ikan, biskut 2 keping dan air milo. Saya tak mahu memaksa, tp saya sudah bagi amaran lembut, kalo hari ni rasa lagi letih dari semlm, kakak tau sebab apa..biar dia faham sendiri melalui pengalamannya..
Dari kecil lah kita nak tanamkan nilai2 ni kan..bak kata pepatah, melentur buluh biar dari rebungnya. Lebih mudah mendidik anak2 kecil, jangan tunggu dah besar baru mahu tekankan..waktu tu lagi payah mereka nak mendengar kata..lagi pula sudah lama berdamping dengan bisikan syaitan..hati pun dah keras, payah nak dilembutkan..Wallahualam..

Bukan niat nak berbangga-bangga, sekadar berkongsi pengalaman, moga-moga boley dijadikan panduan mommy2 yang lain..Saya berdoa pada Allah, agar dimudahkan urusan kakak berpuasa pada tahun ini..dah mudah-mudahan Kakak dapat bertahan sehingga hujung Ramadhan ini..amiiin.

Thursday, 4 August 2011

Puasa & Solat

Ada terbaca status kawan2 di FB pasal puasa & solat..yang mana lebih utama dan perlu kita dahulukan dalam mengajar anak2 kita..rasa terpanggil plak nak share pendapat saya yang tak seberapa ni di sini..buat renungan kita bersama.

Saya bukanlah org yg pandai sgt bab2 ilmu ugama ni..tp dari apa yg saya belajar di sekolah, dan didikan ibu bapa saya, yang saya faham solat lah yang lebih utama. Kebanyakan kita, mungkin secara tidak sengaja, bila tibanya bulan Ramadhan, kita tekankan pada anak2 supaya berpuasa..tapi seringkali aspek solat kita kurang tekankan seiring dengan puasa itu..

Seawal anak berumur lima tahun, dah kita mula ajar anak supaya berpuasa..biarla tak ckop sehari penuh pun buat permulaan sekerat hari pun tak apa..sikit2 kita bawa anak2 kita supaya dpt puasa satu hari penuh..tapi terlintas tak pada diri kita untuk sama2 tekankan soal solat seiring dengan puasa itu? Bagi saya, itu lebih cantik dan lebih bernilai..kerana semua sedia maklum, solat rukun islam kedua manakala puasa pula rukun ke tiga. Dari sini saja kita dah nampak, solat itu lebih utama..lagi pula sering kita dengar solat itu tiang agama..bila solat kita sempurna, insya-Allah ibadat2 yang lain lebih bermakna..betoi dak?

Ada terbaca pendapat sahabat di FB, katanya puasa itu lebih mudah, sebab melibatkan aspek fizikal dan mental, walhal solat lebih kepada spiritual yang lebih payah nak diamalkan..apa salahnya kita ajar anak perkara yang mudah dahulu, baru lah yang susah..? Apa pendapat anda? Bagi saya, dengan ilmu saya yang cetek ini, puasa bukanlah sekadar menguji kita menahan diri dari lapar dan dahaga..lebih dari itu. Puasa juga melibatkan aspek spiritual, bukan fizikal dan mental semata-mata. Contoh mudah, kalo kita tidak yakin dengan Allah, adakah kita akan berpuasa dengan iklas, tidak makan dan minum walaupun tiada manusia yang nampak?

Ooppps..serius plak bunyinya asz hari ni ek?..ok la cukup la tu, kang tak pasal jadi kontroversi..ilmu pun tak ckop, nak cakap lebih2 plak ek..tp apa pula pendapat anda? Meh la kongsi kat sini..

Wednesday, 3 August 2011

Happy Belated Birthday Sista!

In continuation to my last weekend activities (another weekend is approaching, asz ni sibuk dok cite last weekend punye cite..hihi), once I reached our home sweet parents home, I smell nice chocolate cake aroma..oo yes you are right, my lil sis bake a cake..specially for my big sista..it was her birthday..

Guess it's not too late to wish her Happy Belated Birthday Sista! eh..this doesn't mean I haven't wish her yet aa..early in the morning of 31 Jul already wished her..skang kan canggih..sms pun hokey..FB lagi..:P

Here are some of the photo manage to be captured from my phone. simple cake but nice taste I tell you..<promote adik sendiri skit..hihih>. Enjoy the piccas yer folks!

The home made cake..yummeh! Don't judge the books by its cover ya..

Besday gurl with da kids..

Biasa la anak I mmg suke je nak manja2 ngan mak long die

Potong cake..mmg tak saba le tu nak makan budak2 tu..

Monday, 1 August 2011

Marathon Weekend

It was indeed a marathon weekend, starting from unplanned shopping at Sogo in the morning..we then went back home, pick up the kids and went straight to Giant for groceries shopping..tak abih2 shopping ek cik asz ni..hehe..yup, another plan for Ramadhan..nanti malas nak singgah2 kedai beli barang2 tuk nak masak..save time..kan?

Penuh satu troli membeli belah groceries, all together 6 shopping bags..target nak buat stock tuk sebulan..hihi..but of course la cannot..don't think so can last that long. Reached home at 4 pm, straight masuk dapur masak2 Spagetthi Olio for BBQ that nite at a friend's house. Percubaan cik asz yg pertama setelah tgk Master Chef a.k.a kakak saya pun buat kat kampung ari tu..entry nye adik ku ada letak kat blog die kat sini..Tak sempat nak snap a photo..nak rushing punye pasal..Janji 5 pm at her house, last2 after siap masak sume, kemas2 barang dlm pukul 5.30 pm baru gerak to her house.

It was a planned occasion for our geng of four..sempena nak sambut Ramadhan..:D. I brought over fruits consisting of watermelon, green grapes and buah mata kucing.nyum2 nyum2 my favourites..abih licin sume..sebab tunggu bara api lambat sgt nak siap..so org melantak fruits first..and the oilio..kids love it! dah sebab BBQ nye daging kambing & ayam, not to forget udang & sotong tak siap lagik, we all melantak Olio dulu..so Olio pun almost abis..Alhamdulillah..kalo niat iklhlas masak nak bagi org makan..insya-allah berkat..and tak berlebihan..it was just nice for all of us..After maghrib prayer, baru start membakar..that was daddies' jobs..so mommies lepak2 je dlm umah..prepare in house apa2 yg patut sambil borak2..

Mmg tak sah kalo tak stay lama at this friends house, after makan2 cuba2 plak Unifi kat sana..since ada Unifi tu, ada la yg mendownload movies apa2 yg patut..hihihi..lepas tu dah cuba2 Unifi, cuba2 plak TV baru die yg bole tgk 3D..last2 tutup acara dengan review balik gambo2 that nite from Mr N new DSLR..hihihi..so the nite was off around 12.30 am..oopss nite ke? morning la jadiknye plak kan?

The next day, bangun awal sebab nak tuju ke pasar plak...sebab semlm dah lewat tido, letih skit, kul 8.30 baru kuar rumah..so kat pasar pun shopping2 ala2 marathon nak cepat sebab nak hujan..balik umah, let my maid basuh2 all the lauk, while I attending my baby's food for the week..then start kemas2 barang nak balik kampung sambut Ramadhan..

Did it sound like a marathon to you? Maybe not eh..but for me..yup it was..maybe because of the 2 days shopping kat Sogo tak hingat..drained down all my energy for the weekend!

Sogo Members Card Day


We were on leave last Friday, for a purpose to settle all raya shopping before this coming Ramadhan. Yes I know, we should be preparing more towards Ramadhan as I jotted down previously..should have planned what to do during Ramadhan isn’t it? Actually to me this is part of my preparation towards Ramadhan. Better settle all the raya2 thingy before Ramadhan so I would be free minded on all those things, and just focus on Ramadhan activities..insya-Allah..

So where did we go shopping? For us Sogo is just good enough to get all the kids wear and also ours..and for the first time ever, I joint the hassle of shopping during Sogo members card day, which last for only 2 days..so you can imagine the crowd! Masya-Allah, ramai nye manusia! We reached Sogo half past , I went in first while hubby searched for parking. During that time, the basement parking was already full, so hubby went for alternative parking outside near Semua house..so now you know how many people were up there already?

I had a shocked of mylife time seeing so many people at the kids department..my gosh! I just didn’t know where to start..it was really hard to make a move and couldn’t even find a basket to put in our shopping material. Hubby got to wait at the casher to get one!

By the time we finished with the kids clothes, including some for our nieces and nephews, it was about time for Jumaat prayers..so I got to take the responsibility to queue for payment, while hubby perform his prayer. Guess hong long was the queue? I would say there were about 50 people in front of me! I remembered I started queuing around 12.45 pm. By the time I could see the counter, well since I didn’t see the counter when I first line up, the asst casher made an announcement that this counter is only for cash payment! Ya Allah! I’ve queued for one and half hour already!

Immediately crafted a plan B in my head..it was already , hubby must have finished his prayer. So I called him up..to reach him is another hassle you see. The network is really congested. I got to make few attempts until I got him. So I suggested him to cash out some money. Deep down in my heart I prayed hard to Allah..”Ya Allah please help me..I leave all this to you, and please make my hubby able to cash out money and reach me on time..ya Allah please help this servant of yours..”

Allah Maha Besar..Allah heard me! Yes Allah heard me..hubby arrived just in time before my turn to pay. Ya Allah..syukur ya Allah..syukur..! I kept on saying..syukran…syukran..

From there, we made a move for lunch, then hubby continued shopping his clothes while I went for Zohor prayer and also my pumping session. It was already by the time we queued for hubby’s clothes, so we decided that we should return home. Because, to line up for voucher would take another half an hour at least. Hahaha..so again, I queued for the vouchers considering hubby got to face the traffic jam later on..waa..I deserve a medal for that day! All together I line up for 2 and half hours for the day. Not to mention the hours scouting around finding the clothes matches my taste! Hihi..ooh yes, I didn’t get the chance for my shopping, so we decided to make a come back the next day!

And yes we did! Lesson learnt, we got to reach the store before it was opened. Alhamdulillah, we manage to get the basement parking, and manage to end our day#2 shopping by . We were the first customer at the payment counter at kids department (yes, another round for our nephew’s clothes that we didn’t manage to grad on day #1). I finally got my shares, so did hubby for a second round! Hihihi..so folks, that was my first ever shopping experience on Sogo Members Card Day! It was worth it! I learnt a lot from this experience, and I’m sure will come back next year! Hihi..the key is..to reach the store before it is opened!