Sekadar berkongsi apa yang saya cuba ajarkan pada anak saya yang sulung untuk Ramadhan kali ini.Tahun ini Kakak sudah berumur 7 tahun, jadi bagi saya ini lah masanya kakak dah boleh mula berlatih puasa seiring dengan solat..Ini antara perbualan kami anak beranak sebelum tiba Ramadhan tempoh hari..
"Kakak, nanti bulan Ramadhan sume org puasa, kakak nak puasa tak?"
" Nak..Cikgu kata sume org dlm kelas kakak kena puasa. Budak sekolah agama lagi la kena puasa.. tak bole lagi macam masa sekolah tadika dulu..tadika dulu tak apa la..bole ada yang puasa, ada yang tak puasa"
Ada perasaan lega bila dengar kakak jawab macam itu..
"Tapi kakak, puasa kalo tak solat tak guna tau..solat musti kena penuh jugak. Kalo tak solat, tak guna susah payah puasa..nanti dpt lapar & dahaga je.."
" Tau..." dan menangguk..
" Solat tak bole tinggal tau bila puasa nanti..."
Angguk lagi..
Saya nasihatkan dia begitu, kerana saya tau, sebelum Ramadhan jarang kakak solat penuh 5 hari sehari semalam..selalunya solat Asar akan terlepas. Puncanya saya tidak ada di rumah, dan hampir setiap hari saya akan solat di pejabat sebelum pulang. Subuh, Mahgrib & Isyak, mmg dlm pantauan kemas saya kerana saya ada di rumah dan kami anak beranak selalunya berjemaah.Zohor pula, saya pasti setiap hari guru2 kelas akan bawa mereka solat di surau sebelum sambung sekolah agama petangnya..Saya selalu terlepas pandang bab solat Asar, sebab bila pulang dari pejabat, sibuk masuk dapur nak sediakan makan malam..Jadi saya bertekad, Ramadhan tahun ni, saya akan cuba bawa anak saya berpuasa dan solat penuh seiring..
Hari ni baru hari ke - lima puasa..mungkin terlalu awal utk saya katakan, bahawa nasihat saya di atas berhasil..dan tertanam kemas dlm hati anak saya. Namun Alhamdulillah, syukur pada Allah, setakat semalam, kakak puasa penuh..dan saya pasti, Insya-Allah solatnya juga penuh 5 kali sehari. Mengambil kesempatan pulang awal ke umah sempena Ramadhan ini, sampai je rumah terus ajak kakak solat..Mudah? Tidak mudah sebab dia sudah biasa tidak solat Asar..namun saya tekankan juga, dan ulangi nasihat yang sama pada dia..biar la dia solat main2 pun (ye kadang2 dia main2 bila dtg niat tak ikhlas solat), asalkan dia tau, masuk waktu musti kena solat, dan kalo puasa, solat tak bole tinggal.
Sudah masuk hari ke-5, dah nampak tanda2 keletihan dengan rutin hari2 kena bangun awal sahur, puasa & solat hari2. Pagi tadi, agak sukar nak kejut kakak..dia sedar aje, terus geleng2 kepala..saya faham die letih..tp saya pujuk juga dengan lembut..akhirnya dia bangun setelah saya pujuk die tak perlu makan nasi..sahur sebelumnya kakak dah tunjuk reaksi tak bole nak telan nasi..saya biarkan die makan skit, yang tak abis saya biarkan..pagi ni kakak cuma jamah sebiji kurma, ratah lauk ikan, biskut 2 keping dan air milo. Saya tak mahu memaksa, tp saya sudah bagi amaran lembut, kalo hari ni rasa lagi letih dari semlm, kakak tau sebab apa..biar dia faham sendiri melalui pengalamannya..
Dari kecil lah kita nak tanamkan nilai2 ni kan..bak kata pepatah, melentur buluh biar dari rebungnya. Lebih mudah mendidik anak2 kecil, jangan tunggu dah besar baru mahu tekankan..waktu tu lagi payah mereka nak mendengar kata..lagi pula sudah lama berdamping dengan bisikan syaitan..hati pun dah keras, payah nak dilembutkan..Wallahualam..
Bukan niat nak berbangga-bangga, sekadar berkongsi pengalaman, moga-moga boley dijadikan panduan mommy2 yang lain..Saya berdoa pada Allah, agar dimudahkan urusan kakak berpuasa pada tahun ini..dah mudah-mudahan Kakak dapat bertahan sehingga hujung Ramadhan ini..amiiin.
Catatan Rehlah Haji 1436H – Siri 3
3 months ago
4 comments:
kak asz.
seronoknya dgr boleh sama-sama solat berjemaah.
anyway. semoga kakak menjadi anak yg soleh. insyaAllah :
alhamdulillah, Allah bagi peluang jemaah sama2..thanks for the doa' ye adik jiranmafiarussia..:D
alhamdulillah....syabas kakak n d whole family...
alhamdulillah anisah tahun ni pun puasa penuh, so far la...solat pun alhamdulillah cuma kene push sket compared to puasa..maybe bak kata ustaz hazrizal aritu, selalunya puasa anak2 ni nampak ganjarannya eg:makanan masa iftar, but solat, jarang parents bagi imbuhan walaupun setakat pujian...
Post a Comment