CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, 11 August 2011

12 Amalan di Bulan Ramadhan

Last Monday, syarikat kami menjemput penceramah yang tak asing lagik, iaitu pasangan suami isteri yang mengacarakan program di tv9 - Semanis Kurma. Alhamdulillah, Allah beri peluang pada saya untuk bersama-sama mendengar tips2 amalan di bulan puasa walaupun masa tu kurang sihat.. Ada 12 amalan semuanya yang Ustazah Norbahiyah & Ustaz Akashah sentuh. Saya ringkaskan saja di sini ek, cause I believe most of us dah pun tahu apa amalan2 yang patut kita amalkan di bulan barakah ni..hari ni dah pun masuk hari ke - 11 puasa kan?

1. Berpuasa dengan tingkatan takwa - puasa bukan sekadar lapar dan dahaga, tetapi anggota2 badan yang lain seperti mata, lidah, tangan, kaki, telinga juga turut puasa. Juga puasa dengan rasa takut pada Allah 

2. Solat sunat tarawikh

3. Bersahur - berkat sahur adalah pada makan bersama, pada makanan yang kita makan dan pada waktu sahur itu sendiri

4. Segerakan berbuka puasa apabila tiba waktu berbuka puasa - yang ni mmg senang nak buat kan? kan? :D

5. Waktu mustajab berdoa adalah waktu berbuka puasa - so jgn sibuk nak buka puasa aje..luangkan beberapa saat juga berdoa pada Allah ye..

6. Memperbanyakkan tadarus Al-Quran - sebaik-baiknya bukan sekadar membaca, lebih elok kalo fahami jugak ayat2 yang di baca..hmm..nak baca bole nak buat, nak cuba faham ni tak sempat nak khatam satu Al-Quran ni..ada tak org buat kelas taddabur Al-Quran ek bulan Ramadhan ni...? Kalo ada kasitau ek..

7. Banyak lakukan kebajikan

8. Banyakkan doa kepada Allah dengan khusyuk - sebab bulan Ramadhan ni Allah buka semua pintu2 syurga, dan tutup pintu2 neraka..so byk2 la berdoa pada Allah..ada beberapa doa yang ustazah share yang dipetik daripada Al-Quran. Next entry saya share ek..

9. Hidupkan malam lailatulqadar - alang2 bangun nak sediakan sahur..buat la solat sunat 2 rakaat. Ini lah masa kita nak berdoa pada Allah kan?

10. Banyakkan iktikaf di masjid - yang ni saya sendiri mmg tak terbuat..:(

11. Tunaikan zakat fitrah..

12. Memperbaiki hubungan silaturrahim sesama manusia..

Jom kita cuba sedaya upaya tahun ni ek..mengingatkan diri sendiri jugak ni..

<tp cemana ek awal2 lagi rasa tak mampu nak buat sume 12..dan2 rasa nak minta doa pada Allah minta bertemu Ramadhan lagi lepas ni..uwaa..sudah putus asakah saya? baru hari ke-11 ni...>

No comments: