CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, 29 August 2011

Eid Mubarak 2011

Alhamdulillah..syukur pada Allah kerana diberi kesempatan pada tahun ini untuk bertemu dengan bulan Ramadhan sehingga ke hari terakhirnya..insya-Allah hari ini..syukur pada Allah kerana diberi kesempatan untuk berpuasa dan beramal selama 29 hari tahun ini..berdoa agar segala amalan diterima..dan semoga Ramadhan tahun ini adalah yang terbaik daripada tahun-tahun sebelumnya..dan saya berdoa agar diberikan saya kekuatan untuk terus istiqamah biar pun di luar bulan Ramadhan..juga saya berdoa agar ditemukan lagi dengan Ramadhan pada tahun hadapan..belum puas dan belum optimise sepenuhnya Ramadhan tahun ni..

Tahun ni beraya di kampung suami..untuk elakkan kesesakan lalulintas, hari Khamis lepas lagi dah bertolak pulang. So, tau la ye kenapa saya menyepi seribu bahasa..hihi..bila dah balik kampung, mmg tak fikir yang lain selain keluarga..Ini lah peluang yang saya ambil untuk meluangkan masa terutamanya dengan anak2..walaupun hakikatnya anak2 lagi sibuk main dengan sepupu-sepupu mereka..:D

Dikesempatan ini..saya pohon ampun dan maaf pada suma sahabat handai, di alam maya ini ataupun tidak andai ada kata-kata, tulisan atau perbuatan yang mengguris hati secara sengaja mahupun tidak sengaja..Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin..


No comments: