CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday 14 November 2013

UPSR oh UPSR..

Assalamulaikum semua,

Hari ini terpanggil nak berceloteh pasal UPSR..kebetulan keputusan keluar hari ni..

Sebenarnya jiwa saya ada sedikit terganggu sejak dua menjak ni..bila mana melihat-lihat di FB rata-rata ibu ayah..banyaknya para ibu lah yang berkongsi berita gembira keputusan cemerlang anak-anak. Patutnya menjadi fenomena biasa di hujung-hujung tahun ni banyak majlis-majlis anugerah cemerlang..so mmg ini menjadi topik hangat di FB. Tahun yang lepas-lepas tak pula saya ingat kecoh sana-sini mengupdate status dengan keputusan anak-anak..ke memang ada tapi saya tak amik port..hehehe. Entah kenapa tahun ni jiwa terusik..saya pun kurang faham..dan masih mencari-cari jawapan. Ada kala berperang perasaan dan fikiran..adakah ini perasaan cemburu atau apa? Kenapa kurang senang bila ramai yang berkongsi kegembiraan dengan keputusan anak-anak..Kenapa mesti timbul rasa mereka ingin menunjuk-nunjuk kelebihan yang mereka ada..kenapa mesti terasa kekurangan bila orang lain ada kelebihan..bukankah kita sepatutnya merasa gembira atas kegembiraan orang lain?Adakah ini tandanya hati sedang sakit..argh..itu yang paling ditakuti..takut hati ini makin hari makin sakit..isk..

Juga sedang berperang apa cara yang sebaiknya untuk saya hadapi keputusan anak sendiri andai tidak mencapai yang terbaik semua A..inilah masalahnya bila terlalu meletak harapan yang tinggi agar anak mendapat keputusan peperiksaan dengan cemerlang..sedangkan sendiri tahu..keputusan peperiksaan yang cemerlang bukan segala-galanya..bukankah akhlak A itu lebih utama dari A dalam akademik..bukankah iman A itu lebih utama? Hati oh Hati..engkau semakin sakit ni..isk isk..

Takdir Ilahi, coretan Ustazah Norhafizah tiba tepat pada waktu dan ketikanya..Subhanallah..sangat menyentuh hati..akhirnya saya mendapat jawapan yang dicari....menitis juga air mata ini bila membaca coretan ustazah..saya kongsikan di sini agar menjadi pengajaran buat diri ini untuk dirujuk kemudian hari..

"Salam sahabat FB semua,
Hari ini result UPSR diumumkan. Setinggi-tinggi tahniah dari ustazah untuk anak-anak dan para ibu bapa mereka yang telah berjaya cemerlang dan doa dipanjatkan kepada Allah agar anak-anak yang kurang cemerlang dan kurang berjaya terus mekar harapan dan usaha untuk menimba ilmu. Anak ustazah tidak terkecuali...pukul 11 pagi tadi, dengan ditemani abinya..ustazah lihat pemergiannya untuk mengambik keputusan upsr dengan wajah yang sangat ceria. "Ummi...takutnya..", tapi bibirnya mengukir senyuman. Ustazah menanti kepulangannya dalam debaran...selepas hampir satu jam masa berlalu, anak ustazah pulang dengan deraian air mata. Ustazah rasa seperti dapat mengungkap apa yang berlaku. Perlahan abinya kata "3A 2B". Luncur ustazah menyambutnya dengan Alhamulillah 'ala kullihal wa fi kulli hal. Anakanda ustazah terus menangis..dia mengharapkan result yang cemerlang seperti kakaknya supaya dapat bersekolah di sekolah yang sama. Ustazah biarkan dia menangis puas-ias...biarlah dia berseorangan dalam kamarnya, pasti saat dia menangis bermacam-macam yang terfikir di kotak ingatannya. Biarkan dia dewasa sebentar dengan kenyataan hidup. Kebetulan hari ini ustazah agak sibuk, ustazah teringat anakanda yang sulung akan pulang bercuti ke rumah malam ini. Ustazah hubungi si kakak, "kak long tolong belikan kad ucapan tahniah ya, sbb umi nak bagi kat adik". Jawab si kakak.,"bukan 5A kan ummi..nape nak berkad2". Respon ustazah "kak long, walaupun adik tak dapat 5A..tapi dia wajar menerima ucapan tahniah dari ummi..ummi nak menyanjung segala usahanya dalam menuntut ilmu sejak dari tadika kak long..8 tahun dia menuntut ilmu, berpagi2an bangun untuk ke sekolah. Pagi akademik, petang kelas agama..malam mengaji, macam2 pahit manis nyang adik harungi sesuai usianya dalam kehidupan seorang pelajar...andai ummi tak menyanjungnya..adakah lagi orang yang lebih hampir dengannya melihat ketabahnnya menuntut ilmu. Belikan kad yang cantiiik sangat untuk adik ya kak long, umi nak tulis begini atas kad tersebut...

"anakanda ummi...setulusnya ummi mengucapkan tahniah atas istiqamahnya anakanda ummi menuntut ilmu dari kecil. Jangan menangis lagi...belajar menyenangi keputusan Allah. Senyumlah sayang...melihat masa depanmu. ADA AL-QURAN MENANTIMU..MENGUBAT KESEDIHANMU..MEMEKAR KEMBALI HARAPANMU..MASA DEPANMU BERSAMA AL-QURAN JAUH LEBIH INDAH DAN GEMILANG..ALLAH TELAH ATUR TAQBIR YANG SEMPURNA BUAT ANAKANDA UMMI. Dengan keputusan tersebut, anakanda ummu mungkis tidak memenuhi syarat untuk belajar di samping kak long...namun Subhanallah,,ada yang lebih indah dari itu...barangkali dengan result tersebut, anakanda ummi akan menerima cadangan umi dan abi untuk memasuki sekolah tahfiz sepenuh masa..dan ummi berharap anakanda umi yang menangis teresak-esak di birai katil sepanjang hari ini..akan Allah berikan kesempurnaan kebahagiaan saat anakanda umi menepati syarat untuk memakaikan ummi dan abi mahkota di akhirat kelak..Anakanda ummi al-hafizoh..bangunlah sayang..sujud syukur kepada Allah, ini permulaan sebuah taqdir kehidupan yang diatut Allah Yang Maha Penyayang lagi Maha Bijaksana."

Sahabat semua...doa ustazah untuk anak-anak kalian...dan ustazah berharapppp sangat..doa kalian untuk kesemua cahayamata ustazah. Semoga kita jadi ibu ayah yang tabah dan setia di sisi anak2..berdiri di samping mereka saat mereka berjaya atau sebaliknya..kita sudah melalui asam garam kehidupan. Tenanglah memperbaiki anak-anak kita. Rahmat Allah Maha luas..dengan rahmatNya kita semua melangkah di dunia hingga ke syurga..aameen.

syukran kathiran pada kalian semua guru.

wassalam.

No comments: