CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday 14 February 2013

Teknik Nabi Muhammad dalam Mendidik Anak

Assalamualaikum semua,

Momentum menulis di blog makin lama makin hilang..hehe..walaupun kadang kala ada terfikir topik-topik menarik, tapi tiada kudrat mencari sedikit ruang masa untuk berblog..Alhamdulillah..hari ni bertekad juga nak menulis..biarlah tulisan ini menjadi satu ilmu yang bermanfaat

Sudah lama sebenarnya saya ingin berkongsi ilmu yang tidak seberapa ini dengan semua pembaca. Biarpun tak ramai, biarlah sedikit daripada tak ada langsung kan..pada adik beradik dan sahabat terdekat serta suami, ada saya juga saya sebutkan sedikit-sedikit..sebenarnya apa yang saya tahu sangat sedikit pasal teknik nabi Muhammad ini. Dalam banyak-banyak teknik ada satu sahaja yang melekat di kepala ni..dan insya-Allah saya cuba amalkan..sudah pun amalkan sebenarnya cumanya kurang konsisten..Saya percaya kalau konsisten..mesti hasilnya lebih menyerlah..

Asalnya saya terjumpa dengan teknik ni melalui satu blog Ustazah Siti Khadijah..link ustazah ada kat sebelah kiri blog ni bawah topik "Soul Nourishment". Dapat tahu pasal blog ni masa dengar rancangan Prof Muhaya di radio ikim. Jadi tergerak hati nak baca tulisan-tulisannya..memang sangat suka baca apa yang dikongsikan oleh USK dan memang mudah sangat nak faham kaitan antara satu hadith dengan apa yang USK praktikkan pada anak-anak muridnya. Hasilnya anak-anak murid kelas corot Ustazah ni ramai yang berjaya dan dpt banyak bilangan A untuk peperiksaan mereka.

Sambil-sambil baca dan ambil ikhtibar, saya cuba ambil mana-mana contoh yang boleh saya aplikasikan untuk anak-anak saya. Contohnya teknik pujian, sesuai bukan sahaja untuk guru aplikasi pada murid, tapi pastilah sesuai jugak untuk ibu aplikasikan pada anak-anak kan? Satu lagi yang saya suka..teknik untuk menyelesaikan pergaduhan..boleh baca di link ini..memang sangat sesuai untuk kita contohi sebab anak-anak kan memang selalu sgt bergaduh..biasa la budak-budak kan? Ada banyak lagi contoh-contoh yang best..so sila la layari laman web ustazah siti khadijah ni ye..ralit membaca kisah-kisah dia..

Barulah tersedar, rupanya saranan ahli psikologi untuk selalu memuji kanak-kanak rupanya dah lama ditunjukkan oleh nabi junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Subhanallah..terasa teruknya diri ini kerana selama ni terlalu agung-agungkan cara didikan barat..sedangkan banyak yang kita boleh pelajari daripada hadith-hadith nabi kita yang sememangnya mendapat ajaran secara langsung daripada Allah s.w.t melalui Jibrail. Pastilah ajaran daripada Allah yang terbaik sebenarnya untuk kita hambaNya betul tak?

Mungkin dah ramai yang tahu pasal teknik Nabi Muhammad ini, namun saya coretkan di sini secara ringkas sebagai peringatan buat diri ini di kala alpa..sedikit yang saya coretkan setakat pemahaman saya, yang terperinci boleh la kawan-kawan ke blog USK atau sahabat-sahabatnya seperti Pn Khairulaniza yang juga seorang guru dan mempraktikkan teknik ini kepada anak-anaknya. Blog Pn Khairulaniza pun ada saya link kan di bawah topik "Parenting" atau kalau nak senang klik aje di sini. Jadinya inilah sedikit ringkasan daripada saya, setakat pemahaman saya:

1. Tidak menyiasat atau bertanya soalan-soalan seperti kenapa, mengapa dan seangkatan dengannya
2. Tidak menegur kesalahan yang dilakukan sebaliknya beri penerangan..dengan kata lain buat ayat penyata..bukan ayat teguran..
3. Cukup sekadar dengan memek muka, tp tidak menegur andai kita mahu mereka tahu kesilapan mereka
4. Berilah pujian dan diikuti dengan impaknya..dengan kata lain terangkan pujian+impak. Berhati-hati bila beri pujian mestilah pada kelakuan atau sikapnya bukan pada orangnya
5. Apabila berlaku pergaduhan, jangan memihak pada sesiapa. Sebaliknya alihkan fokus mereka pada kebaikan masing-masing
6. Kalau kebaikan dibuat secara terbuka, berilah ganjaran dan pujian secara terbuka juga. Namun mestilah tidak spesifik pada individu tertentu..buat ayat general saja..Ganjaran yang sering saya beri adalah pelukan dan ciuman. Anak-anak sangat suka
7. Tidak membandingkan antara satu dengan yang lain

Alhamdulillah setakat sedikit-sedikit yang saya cuba, memang nampak benar hasilnya. Kakak, abang dan Aisy makin rajin tolong saya di rumah. Cukup dengan sedikit pujian, ringan saja mereka nak tolong saya. Adakalanya tanpa disuruh, terus saje mereka tolong. Abang dan kakak sekarang suka tolong saya basuh pinggan lepas makan. Kadangkala mereka bergilir, kakak tolong kemas dan lap meja, abang tolong basuh pinggan di dapur..Aisy pulak, lepas main bila minta kemas, dia akan mengemas. Memang adakalanya mereka tidak konsisten, saya percaya kita yang kena konsisten dulu..baru mereka akan ikut..

Satu pengajaran penting bila saya mencuba teknik Nabi Muhammad s.a.w. ini ialah, kita sebagai ibu lah yang terlebih dahulu kena ubah cara kita berfikir dan didik diri kita supaya sentiasa lihat kelebihan anak, bukan kelemahan mereka. Secara tidak langsung, kita ajar diri kita bersikap positif. Sebabnya, untuk beri pujian, kita mestilah cari ciri-ciri yang baik pada anak-anak kita kan? Selain itu, kita juga belajar untuk lebih sabar dan jaga mulut kita supaya tidak cepat aje nak menegur salah anak-anak. Jadinya bagi saya, teknik ini bukan sahaja baik untuk anak-anak, tapi sebenarnya baik untuk diri kita.

Sesungguhnya Nabi Muhammad itu lah guru kita yang paling baik dan ajaranya sahajalah yang paling tepat. Allahummasolliala Muhammad wa'alaalihiwasohbihi wassalam..


No comments: