CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday 15 January 2013

Abang Azeem is 6!

Alhamdulillah..Tabarakallah..masih dipinjamkan anak ini..Muhammad Azeem Hariz sehingga ke hari ini..6 tahun lamanya..

Sabtu lepas genap umur Abang 6 tahun..Pertama kali adakan sedikit majlis untuk meraikan anak ini..just a simple one..initially thought of having only small family gathering, tapi disebabkan tok mama dan tok abah berada di luar kawasan, kami jemput kawan-kawan terdekat  a.k.a kawan- kawan baik Abang bersama-sama. Lagi pula dah lama kami tak menerima tetamu di rumah..jadi ini satu peluang untuk bawa masuk barakah ke teratak kecil kami. 

Bercakap pasal menu..macam2 bermain di kepala asalnya..tapi of course la yang simple2 sahaja yang mampu dipikirkan..nak buat bombastik loba-loba adalah bukan kepakaran cik asz yang tak berbakat memasak ini..hehe. Lagi pula harus la nak jimat tenaga untuk nak buat keje-keje rumah yang dah menjadi rutin setiap hujung minggu..Akhirnya, dengan bantuan kakak dan adikku, dan juga buah pikiran en suami..ini lah hasilnya..



Terima kasih pada chef import saya yang sampai-sampai je terus masuk dapur menggoreng..saya percaya sebab keikhlasan anda, habis licin nasi goreng hari tu..:D

Ni pula kek harijadi yang akhirnya berjaya ditempah khas daripda yatipruzz@blogspot.com. Dah bertahun mengidam nak tempah kek ngan Yati..last time die tak ambil tempahan sebab ada baby kecik..Alhamdulillah tahun ni ada rezeki..Hasilnya memang tak menghampakan..saya suka sebab just nice..tak terlalu manis! 

Abang suka kartun boboi boy..:D. Siap minta ngan Ucu nak kek dengan  gambo boboi boy
Peak of the day of course la acara potong-potong kek..Seperti biasa banyak pelakon-pelakon pembantu... Kids are just kids..:D. Kali ni Mama minta kawan-kawan nyanyikan lagu "Allah Selamatkan Kamu" instead of lagu Happy Birthday..setidak-tidaknya lagu itu ada unsur doa untuk Abang..

Di kelilingi sahabat-sahabt baik..semoga bersahabat hingga ke syurga..
Ini lah masanya kanak-kanak riang ribena menghabiskan masa bermain sama-sama..Mainan yang menjadi kegemaran budak-budak lelaki skang ni..Musti abang sangat bersyukur dapat hadiah ni daripada auntie..harapkan Mama, memang tak de dalam list pun nak beli..Hadiah2 lain tak sempat nak snap gambo..yang pasti Abang simpan kemas semua hadiah-hadiah dia...
Si kenit pun join sekali,,pemerhati je dulu...
Posing dengan best cousin die..Nazif. Hadiah daripada Kakak...Kakak mmg sangat thoughtful
All in all, it was just a simple event for my boy Azeem Hariz. How time flies..dah 6 tahun anak Mama ni. Which means hanya tinggal setahun saje lagi untuk Mama nak tanamkan semua unsur-unsur baik dalam diri Abang supaya menjadi "blue print" pada imej diri Abang..Sentiasa ada perasaan bersalah dalam diri ini bila dikenangkan apakah saya berjaya meluangkan masa untuk diri Abang tatkala sibuk dengan kerenah Kakak  dan adik yang sangat menagih perhatian. Abang anak yang sangat baik...jarang sangat demanding. Sangat-sangat independant dan terasa seperti Abang lebih suka memendam daripada meluahkan apa-apa perkara pada Mamanya ni. Jadi rasa takut itu ada, takut secara tidak sengaja Mama terabaikan Abang..yang seringkali berlaku pada anak kedua atau anak tengah. Apa pun, Mama sentiasa doakan kesejahteraan Abang dan adik beradik yang lain..semoga sentiasa mendapat perlindungan daripada Allah sebagaimana Allah memelihara hamba-hambanya yang soleh. Mama doakan cita-cita Abang akan tercapai..<nak jadi Ustaz doktor? ;)> Semoga Abang membesar menjadi anak yang soleh, yang taat pada Allah dan rasul serta Mama dan Ayah..

p/s: Your greatest achievement so far Abang is that you started perform your Subuh prayers since you reach your age 6. Good work Abang!..Mama doakan Abang istiqamah supaya sentiasa mendapat redha daripada Allah

No comments: