CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Monday, 29 October 2012

Aidiladha 1433

Salam Aidiladha kepada semua..Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk merayakan Hari Raya Qurban pada tahun ini bersama-sama dengan keluarga tersayang. Tahun ini syukur perjalanan pergi dan balik ke kampung berjalan lancar..sebab hanya balik ke Seremban..kalau ke Kelantan, harus kena harung kesesakan yang luar biasa (ke dah jadi biasa untuk orang-orang Kelantan..hihi) setiap kali musim perayaan..
 
Syukur Alhamdulillah, Aidiladha tahun ini memberi makna yang tersendiri untuk keluarga kecil kami..Subhanallah! Segala puji bagi Allah berkat doa saudara mara dan sahabat handai semua, anak kami yang seorang ini, yang belum pernah menjamah sebutir nasi pun sebelum ini, akhirnya dibukakan hati oleh yang Maha Esa untuk mencuba dan makan nasi! Subhanallah..syukur ya Allah pada nikmat yang Engkau berikan ini..sangat-sangat bermakna untuk kami sekeluarga kerana di petang hari Arafah, beberapa minit sebelum menjelangnya Maghrib, Allah kurniakan ilham untuk En Suami memujuknya untuk mencuba nasi berlaukkan sup daging yang sedang saya suapkan untuk adiknya. Biarpun pada asalnya pujukan itu lebih berunsurkan paksaan, namun strategi itu berhasil juga..:D. Syukur ya Allah padaMu yang Maha Memberi..doa hamba-hambaMu dimakbulkan pada saat yang cukup2 berkat..yang cukup-cukup istimewa..Subhanallah.Nikmat mana satu yang hendak kami didustakan ya Allah..
 
Muka budak kena paksa makan nasi..bukan tak boleh telan pun sebenarnya..psycho aje selama ni..:D

Sejak hari tu, Abg Azeem tak miss lagi makan nasi, diitambah pula dengan motivasi nak dibelikan hadiah kereta kontrol..Biarpun tetiap hari nasi berlaukkan sup daging/tulang + kicap sempena Raya Haji ni, kami layankan saja dulu buat masa ini. It's already a big achievement for him, and I know he's proud of himself as we also did..Kata-kata pujian tak lekang di mulut kami, terutamanya Mama dia ni. Bila pakai baju, terus puji dia sebab seluar dah tak longgar..pastu konon-konon nampak dia dah besar, lepas ni musti cepat tinggi dan sebagainya. Kanak-kanak memang sangat suka dipuji..and yes, pujian adalah satu terapi yang sangat mudah dan sangat-sangat berkesan untuk menaikkan self confidence pada kanak-kanak. It works well on him..semalam buat pertama kalinya Abang ajak sepupunya makan nasi.."Nazif, jum makan nasi..Abg dah makan nasi dah!"..:D. So sweet..
 
Just want to jot down here few words from him for my remembrance:
"Mama..abang rasa abang dah besar skit sebab abang dah makan nasi"
"Mama, kakak mula makan nasi umur berapa? Abg makan nasi umur 5 tahun kan Mama?"
"Mama, lepas ni selipar abang ni musti dah tak muat, lepas ni abang cepat besar la sebab dah makan nasi"
 
Alhamdulillah, segala pujian hanyalah padaMu ya Allah. Mohon agar abang akan berterusan nak makan nasi..lepas ni pelan-pelan, kena introducekan dia dengan lauk2 lain plak. Kalau tak hari-hari mama die kena buat sup..ehehe. Nak kena carik resepi pelbagai jenis sup plak nampaknya..Terima kasih ya Allah..segala puji hanya untukMu..

Wednesday, 24 October 2012

Terima kasih Allah..

Syukur Alhamdulillah, segala pujian hanya milik Allah..Terima kasih Allah kerana masih meminjamkan sedikit lagi waktu untuk hambaNya yang seorang ni hidup di muka bumi..masih bernafas dengan kesihatan yang sangat baik Insya-Allah..masih diberi kudrat untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri, anak dan ibu..Inilah peluang yang sepatutnya digunakan untuk menuai sebanyak-banyaknya tanaman untuk dikutip di sana kelak..insya-Allah seringkali mengingatkan diri sendiri biar ada waktunya saya lupa dah alpa..
 
Bangun saja dari tidur pagi semalam, saya mengucapkan syukur kerana Allah masih beri peluang untuk saya bernafas genap satu tahun lagi tambahan pada umur yang Allah pinjamkan. Syukur masih dipinjamkan mama dan abah serta adik beradik, lebih-lebih lagi bersyukur masih berpeluang untuk hidup bersama dengan suami yang sangat-sangat memahami serta anak-anak yang menceriakan hidup dengan keletah mereka. Juga sangat-sangat bersyukur Allah temukan saya dengan sahabat-sahabat yang sangat-sangat best..tak kira jauh atau dekat, yang seringkali bertanya kabar atau tidak..sangat-sangat berterima kasih atas ucapan dan juga doa-doa yang dipanjatkan untuk saya. Syukur Alhamdulillah, sangat-sangat berterima kasih terutamanya pada mereka yang sudah lama tak saya tanya kabar berita tetapi masih sudi mengirim ucapan. Terima kasih pada Allah kerana dikurniakan ilham pada manusia untuk mencipta facebook sebagai jalan untuk mengeratkan silaturrahim..insya-Allah.
 
Buat pertama kalinya selama 9 tahun berumah tangga, suami mengajak saya bercuti sempena hari lahir saya. Tak semena-mena sebulan yang lepas suami kirimkan satu image - paparan skrin cuti yang telah dipohon pada 23 Oktober. Jadinya saya pun ambil cuti sama..tapi tiada perancangan apa aktiviti hari itu. Rupa-rupanya suami dah ada perancangan tersendiri..pagi-pagi lagi dah bersiap-siap uruskan perhantaran anak-anak ke sekolah dan taska, kemudian terus bersarapan di McD. Tak penah-penah breakfast di McD..semalam baru pertama kali..heheh.
 
Kemudiannya menguruskan hal-hal berkaitan dengan bank. Syukur Alhamdulillah saya sudah bebas daripada perbankan konvensional insya-Allah. Lama dah sepatutnya dilunaskan hutang-hutang seperti ini tapi tetap bersyukur di hari yang istimewa ini Allah izinkan ia berlaku..Alhamdulillah terima kasih Allah
 
Seterusnya suami bawa saya ke Petaling Jaya, kononnya mahu beli memory card telefon bimbit dia. Kebetulan ada panggilan daripada Mama, saya tidak masuk terus ke dalam kedai. Perbualan dengan Mama di luar kedai santai-santai sahaja, berkisar tentang Raya Haji yang bakal menjelma. Di belakang Mama terdengar suara Abah berbisik, "Selamat Hari Jadi"..hehe baru Mama teringat hari tu hari apa..hehe..It's OK Mama, dimaafkan sebab banyak lagi perkara lain yang Mama kena fikirkan, nak nak raya dah nak dekat ni..:D. Selesai perbualan telefon, saya terus masuk ke kedai, dan terus suami tanyakan mana satu pilihan hati..Subhanallah, rupanya nak belikan telefon baru untuk saya. Ok lah..menjadi surprise awak Yang..tak sangka awak ada plan cemni..saya ingatkan nak belikan jam tangan aje..sekarang ni hidup tanpa jam tangan sebab semuanya dah tak boleh pakai lagik..padanlah malam sebelumnya sibuk berwassup sana sini, tapi tak kasitau pasal apa..:P. Terima kasih Yang..syukur dengan rezeki yang Allah beri melalui awak..
 
Sementara menunggu si pemilik kedai set up kan telefon baru, saya perasan ada satu message daripada Abah..ucapan daripada Abah rupanya..entah kenapa hati saya tersentuh dengan kata-kata Abah..bergenang air mata, cepat-cepat saya sapu sebelum yang lain perasan. Terima kasih Abah, Abah jarang lupa harijadi anak-anaknya..dan yang paling saya hargai doa yang Abah titipkan untuk saya. Biarpun ringkas, tapi cukup bermakna..anak mana yang tak mengharapkan doa daripada emak dan ayahnya..
 
Kami kemudiannya ke Sogo..niat asal nak habiskan voucher yang rasanya sudah hampir tamat tempoh yang bernilai lebih kurang RM 100+ lagi hasil membeli belah untuk Aidilfitri yang lepas. Bila tiba waktu membayar, baru tersedar rupanya sudah pun tamat tempoh 9 hari lepas..Ya-Allah..tak perasan langsung. Ye saya dipersalahkan sebab tidak ambil pusing sebelum ni..namun kami sedar, itu bukan rezeki kami..sedikit sahaja yang Allah ambil semula sedangkan sudah banyak yang Allah beri. Syukur Allah ambil semula kerana yakin Allah bersihkan bahagian mana yang mungkin tanpa kami sedari tidak kami peroleh dengan cara yang baik..Setelah dapatkan perfume untuk en suami, kami terus ke sini untuk makan tengah hari..
 
Gambo pertama snap dengan phone baru..:D..hmm apesal tak snap gambo si yang membeli phone tu eh? heheh
 
Walaupun perut sangat-sangat lapar..hidangan yang diorder tak mampu nak dihabiskan. Tak sangka pulak yang diorder itu datang dengan sangat banyak..memang kami berdua ni perut Melayu..tak mampu nak abihkan
 
Ada lagi satu hidangan roti belum sampai waktu ni. Bila dah sampai tak ingat plak nak snap..heheh..lapor!
 
Hidangan ni akhirnya terpaksa ditapau..syukur Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah bagi ni, dapat jugak berkongsi dengan anak-anak yang tak dapat bersama dengan kami di restoran. Pulang rumah saya suapkan kakak makan, memang berselera sungguh la dia kalau mama yang suapkan..si kecik Aisy tak mahu makan, puas dikejar satu rumah tak mahu..lagi suka susu formula dia daripada nasi ni.
 
Itulah destinasi terakhir kami sebelum pulang ke rumah..biarpun simple..saya rasakan cukup-cukup bermakna. Maklumlah bukan tradisi kami untuk bercuti sempena hari jadi sesiapa..sangat bersyukur kerana dapat habiskan waktu sehari bersama suami.
 
Jadinya haruslah saya catatkan di sini semoga ingatan ini kekal..dan buat bekalan untuk saya sentiasa ingat apa yang pernah en suami berikan pada saya yang saya tahu sebagai tanda terima kasih dia pada saya. Terasa dihargai dan rasa syukur ini saya pulangkan pada yang Esa, kerasa sesungguhnya dia lah yang menggerakkan hati suami untuk bercuti dan ingin menghabiskan waktu sehari bersama saya. Benarlah kalau kita laksanakan tanggungjawab kita sebagai isteri, sebagai ibu di rumah dengan ikhlas kerana Allah (saya tahu memang sangat susah..memang kena paksa diri..ye saya memaksa diri saya untuk ikhlas), Allah akan berikan balasan yang sangat-sangat tak disangka-sangka. Biar pada pandangan yang lain nampak simple, tapi di hati saya cukup-cukup bermakna. Terima kasih Allah atas nikmatMu yang tak terhingga ini..
 
Malamnya pula, kakak berikan saya hadiah yang dibalut kemas ini..
 
 
 
Maklong dan Ucu..sila teka apa isi kandungan hadiah ini..cer teka cer teka..hehehehe

 
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 



Ini lah hadiah favourite kakak untuk Mama dan Ayah..Ayah hari tu dapat buku dan pen warna biru..hehe..Terima kasih sayang..Mama hargai sangat usaha kakak nak belikan Mama hadiah..You are such a thoughtful kiddo..thanks to Allah you inherit this from Ayah..kalau ikut Mama..memang fail..:P 
 
 
Akhirnya sebelum menutup tirai, kepada en suami..terima kasih daun keladi..ada rasa bersalah di dalam hati ini sebab saya tak mampu nak rancangkan sesuatu yang dapat menyentuh hatinya pada hari jadi yang lepas. Saya berharap dengan diri saya sendiri atas bantuan daripada Allah, saya dapat terus laksanakan tanggungjawab saya sebagai isteri dengan lebih baik daripada sekarang. Saya mahu redha suami kerana redha Allah adalah pada redha suami..
 
TERIMA KASIH YA RABB!
 


Friday, 14 September 2012

September

September datang lagi..dah nak setengah bulan baru nak cakap..:P. well as normal, Sep is month full of important events..buka dengan our anniversary as per my last post, then Abah's birthday yesterday..Happy Belated Birthday Abah! Tak sempat nak buat entry..hihihi..and then next coming up would be osmet's birthday and then Alysa's birthday..kalau tahun lepas letih makan kek coklat..tahun ni tak tau nak letih ngan ape plak..heheh. At the very least, we missed the part makan kek tuk anniversary..selamaaaat...:D

And this year so happen there's a lot of family activities every weekend..of course la with conjunction to Raya, ada few open houses..nak plak masa ni la banyak plak majlis walimah. This weekend would be a gateaway with close friends to Pangkor..it's been a while since we last manage to gather the whole 4 families for vacation. Last year we missed the boat to Langkawi..so don't wanna miss this year's then..kesian kat kekawan..

Next weekend would be week to clean out the house..nak kena panggil cleaner..and maybe will have to do some small celebration with the family for Alysa's birthday. Budak sorang ni dok sibuk minta Mama dia buat goody bags for her friends..maklum la belum pernah sekali pun Mama die ni rajin nak buat..tahun ni masih ada rasa malas..tak plan satu hape pun..but I know she must be very dissapointed if I couldn't make it..so Mama please ye..err..calling for Ucu and Maklong! Tolooong! Hik Hik..

Next next weekend will be going to Utara semenanjung plak for my sister in laws convo..then dengarnya macam nak singgah ke Langkawi dah alang2 dekat sana..syok jugak ni..

Memang sonok berjalan2 but doesn't it sound so tiring all the weekend is full?..I do feel that I need some "me" time..rasa macam nak duduk je atas katil for the whole day doing nothing..ape2 pun Syukur Alhamdulillah Allah gave us close family and good friends that fulfill our life..yang penting syukur! :D

Wednesday, 14 March 2012

Jalan2 Cameron Highlands

Sempena cuti sekolah ini, kami sekeluarga bersama2 family en. suami berjalan2 ke Cameron Highlands hujung minggu lepas..nak kata berjalan-jalan sangat itu idakle..byknye berehat2 dan acara makan2 di apartment 3 bilik saje..al-maklumlah..rakyat jelatanya ramai, nak nak plak ada baby 3 org..sudahnya lebih selesa berehat2 di apartment saje...the only places yang ktiorg gi visit hanyalah strawberry farm and mardi..tgk bunga2 pokok2 beraneka warna..cantik sgt bunga2 kat sana..indah sgt ciptaan yang Maha Esa..

Hari Isnin lepas, bertolak balik agak lewat..sebab sebelum balik tu, shopping2 la skit cenderamata nak bawa balik dan of course le sayur2an yang fresh nak bawa balik kan? Tp saya tak la beli sayur, cuma bawa balik jagung n sweet potato aje..itu je barang2 yang tahan lama..yang lain2 tak berani nak beli takut tak sempat nak masak..heheh..



Sebenarnya..itu hanyalah bunga2 cerita di sebalik kisah jalan-jalan cameron highland kami..ada satu kisah yang sangat berbekas di hati saya..dan memberi pengajaran yang sangat bermakna utk diri yang jahil ni..kisah ni berkaitan dengan kakak..

On the way balik, kitorg singgah di satu masjid just after turun dari cameron kat Tapah tu..en suami turun solat..saya dan budak2 tunggu dalam kereta..anak2 sumenye nyenyak tido keletihan..pada masa en suami turun itu, ada jugak terpk nak kejut kakak ke tidak utk solat..waktu tu agak lewat jugak..dah pukul 5 ptg, kalo berenti lama2 silap aribulan pukul 9 belom tentu sampai rumah lagik. saya pulak bercuti..malasnye rasa nak turun temankan kakak sebab sedang pangku si kecik yang tido. Kalau bertukar tangan nanti, konfem jaga budak kecik ni..ada gak terpk2 kalau saya tak kejut dia solat, nanti kakak tak rasa pentingnya solat ni dalam keadaan apa sekali pun..solat ni boleh ada exception bila susah nak solat..arghh..memang susah nak decide antara bisikan syaitan dan apa yang betol..akhirnya apa keputusan saya?

Iye..last2 saya tewas..saya termakan bisikan syaitan..tak payah la kejutkan die..die belom baligh lagik..tak de dosa..lagipun nak cepat ni..kang lambat payah..en suami nak sambung bekerja lagi malam nanti..bos dah berkali2 tipon suh buat keje..bila en suami masuk ke kereta kembali, saya tanyakan padanya..akhirnya kami sepakat tak payah kejut kakak..:(

Sampai di Shah Alam, singgah sekejap di Giant nak beli dinner..saya kuar beli dinner, yang lain sume tinggal saje di keta..kakak masa tu pun masih lagi tido..sekembalinya saya ke kereta setelah membeli makanan, kakak tengah menangis semahu-mahunya..saya tanya pada en suami, kenapa..rupa-rupanya kakak menangis sedih sebab tak kejutkan dia solat asar+zohor..ya Allah..bersalahnya rasa di hati..Allah sahaja yang tahu..menyesal tak sudah sebab tak kejutkan die..menyesal sgt sebab pentingkan diri sendiri...lagi remuk hati bila en suami bisik, die menangis sebab takut nanti masuk neraka..ya Allah..bergenang air mata..memang rasa nak nangis sangat!

Terus saya minta maaf pada kakak..saya ngaku ini salah saya..saya yang tak kejutkan dia..saya silap..balik nanti saya pesan kakak kena terus qado solat..dan minta ampun pada Allah sebab tinggalkan solat..saya katakan pada dia, kakak tak salah sebab kakak tidur..mama yang salah sebab tak kejutkan kakak..mama pun kena mohon ampun pada Allah sebab mama tak kejut kakak..:(. Memang sangat2 saya menyesal..sebab saya selalu pesan pada anak2 biar apa pun keadaan, solat tak bole tinggal..sakit pun kena solat..solat bukan di rumah sahaja..mana2 pegi pun musti kena solat..bila jadik macam ini..terasa sangat saya tidak berpegang dengan prinsip sendiri..:(

So kepada pembaca sekelian, saya share kisah ini di sini supaya boleh diambil iktibar..tolong jangan ulangi kesilapan yang sama..biarlah lambat skit pun, yang penting solat kita terjaga..terutama sekali di saat-saat yang mana kita sedang mendidik anak solat..sebab inilah masanya kita nak download betapa pentingnya solat..dan didikan mustilah seiring dengan perbuatan, bukan hanya kata-kata nasihat semata..supaya ia tertanam dan melekat dalam jiwa anak-anak kita..jangan jadi macam saya..sungguh saya menyesal tak sudah! Saya hanya berdoa agar kisah ini tidak menjejaskan pendirian anak saya yang mana dia mesti solat walau apa keadaan sekalipun..

Tuesday, 6 March 2012

Happy Birthday Mama!

This is definitely a late entry for my beloved Mama..Last 28th Feb was Mama's birthday..this is a must jot down entry tho a bit delay because I guess this is the first time <I guess?..heheh> my sisters and I made a surprise for Mama..

Dah berumur cegini baru berjaya nak buat surprise..well ada factor penyumbang sebenornye..since this year si adik kecik sudah pun bekerja..ada la budget lebih skit nak kasi birthday present yang best2..kebetulan our auntie outstation to US..so alang2 kitorg pun pesan tolong belikan hadiah yang sangat2 Mama idam2kan..dah few times actually Mama mentioned die teringin handbag Coach, last time our auntie went to US, terlepas peluang..this time around Mama sebut lagik..so kitorg adik badik decide this is the best present for her! And indeed it is! Sampai mengalir air mata..because die tak expect langsung we bought her such..look at her..

Photo credit to adik kecik ku

Tho I was not there when my sisters gave her the present..am still glad that she loved the gift very2 much..rasa sangat seronok dan lega when you can make your mother smile and happy..apalah sgt handbag tu nak dibandingkan dengan segala pengorbanan yang Mama dah lakukan pada kitorg adik badik..I adore her patience in raising us up..even until now, I still feel that I need her to be around especially during the hard times..and she never missed to be there when I needed her most..TQ Mama for being you, TQ so much for everything..I love you always!

Tuesday, 11 October 2011

Aktiviti di Umah..

Ini lah aktiviti anak-anak daku kat umah hujung minggu lepas..biasa la bila ayah sibuk basuh keta..anak2 sibuk nak tolong..tapi itu sume alasan semata-mata..ada udang di sebalik mee..sebab dieorg tahu akhirnya akan jadik cegini..


Amboi2 bukan main sonok main air ye anak2..yang kecik tu pun join sekali..first time merasa main air..hihihi..ayah dieorg layankan aje..gi siram air kat budak2 ni..tu la sonok bukan main..keletah mereka membuat saya tersenyum..syukur dengan anugerah Allah pada saya..syukur ya Allah..


Kan dah gigil2 sejuk..:P

Wednesday, 3 August 2011

Happy Belated Birthday Sista!

In continuation to my last weekend activities (another weekend is approaching, asz ni sibuk dok cite last weekend punye cite..hihi), once I reached our home sweet parents home, I smell nice chocolate cake aroma..oo yes you are right, my lil sis bake a cake..specially for my big sista..it was her birthday..

Guess it's not too late to wish her Happy Belated Birthday Sista! eh..this doesn't mean I haven't wish her yet aa..early in the morning of 31 Jul already wished her..skang kan canggih..sms pun hokey..FB lagi..:P

Here are some of the photo manage to be captured from my phone. simple cake but nice taste I tell you..<promote adik sendiri skit..hihih>. Enjoy the piccas yer folks!

The home made cake..yummeh! Don't judge the books by its cover ya..

Besday gurl with da kids..

Biasa la anak I mmg suke je nak manja2 ngan mak long die

Potong cake..mmg tak saba le tu nak makan budak2 tu..

Monday, 1 August 2011

Sogo Members Card Day


We were on leave last Friday, for a purpose to settle all raya shopping before this coming Ramadhan. Yes I know, we should be preparing more towards Ramadhan as I jotted down previously..should have planned what to do during Ramadhan isn’t it? Actually to me this is part of my preparation towards Ramadhan. Better settle all the raya2 thingy before Ramadhan so I would be free minded on all those things, and just focus on Ramadhan activities..insya-Allah..

So where did we go shopping? For us Sogo is just good enough to get all the kids wear and also ours..and for the first time ever, I joint the hassle of shopping during Sogo members card day, which last for only 2 days..so you can imagine the crowd! Masya-Allah, ramai nye manusia! We reached Sogo half past , I went in first while hubby searched for parking. During that time, the basement parking was already full, so hubby went for alternative parking outside near Semua house..so now you know how many people were up there already?

I had a shocked of mylife time seeing so many people at the kids department..my gosh! I just didn’t know where to start..it was really hard to make a move and couldn’t even find a basket to put in our shopping material. Hubby got to wait at the casher to get one!

By the time we finished with the kids clothes, including some for our nieces and nephews, it was about time for Jumaat prayers..so I got to take the responsibility to queue for payment, while hubby perform his prayer. Guess hong long was the queue? I would say there were about 50 people in front of me! I remembered I started queuing around 12.45 pm. By the time I could see the counter, well since I didn’t see the counter when I first line up, the asst casher made an announcement that this counter is only for cash payment! Ya Allah! I’ve queued for one and half hour already!

Immediately crafted a plan B in my head..it was already , hubby must have finished his prayer. So I called him up..to reach him is another hassle you see. The network is really congested. I got to make few attempts until I got him. So I suggested him to cash out some money. Deep down in my heart I prayed hard to Allah..”Ya Allah please help me..I leave all this to you, and please make my hubby able to cash out money and reach me on time..ya Allah please help this servant of yours..”

Allah Maha Besar..Allah heard me! Yes Allah heard me..hubby arrived just in time before my turn to pay. Ya Allah..syukur ya Allah..syukur..! I kept on saying..syukran…syukran..

From there, we made a move for lunch, then hubby continued shopping his clothes while I went for Zohor prayer and also my pumping session. It was already by the time we queued for hubby’s clothes, so we decided that we should return home. Because, to line up for voucher would take another half an hour at least. Hahaha..so again, I queued for the vouchers considering hubby got to face the traffic jam later on..waa..I deserve a medal for that day! All together I line up for 2 and half hours for the day. Not to mention the hours scouting around finding the clothes matches my taste! Hihi..ooh yes, I didn’t get the chance for my shopping, so we decided to make a come back the next day!

And yes we did! Lesson learnt, we got to reach the store before it was opened. Alhamdulillah, we manage to get the basement parking, and manage to end our day#2 shopping by . We were the first customer at the payment counter at kids department (yes, another round for our nephew’s clothes that we didn’t manage to grad on day #1). I finally got my shares, so did hubby for a second round! Hihihi..so folks, that was my first ever shopping experience on Sogo Members Card Day! It was worth it! I learnt a lot from this experience, and I’m sure will come back next year! Hihi..the key is..to reach the store before it is opened!

Tuesday, 12 July 2011

4 hari...

Pejam celik pejam celik dah 4 hari arwah Tok tinggalkan kami..pelik, entah kenapa kehilang itu kurang terasa..masih terasa yang arwah Tok masih ada bersama kami..cuma tidak nampak di penglihatan..
mungkin sebab kenaifan diri sendiri yang belum bersedia menerima kenyataan..org putih kata..stage of denial..tak mungkin plak, sebab semasa hari pengkebumian, air mata mudah benar tertumpah..dua biji mata ni sendiri menjadi saksi jenazah tok dimasukkan liang lahat..bukan setakat itu saje, dua tangan ini juga turut memandikan jenazah..bersama2 kelima-lima anak arwah Tok, sepupu Mama & kakak saya sendiri..

Ya, pengalaman itu cukup memberi makna buat diri saya..itu pengalaman pertama saya..sebab tu, saya musti coretkan di sini sebagai tanda kenang-kenangan....kalau dulu, saya sgt takut berhadapan dengan jenazah, inikan pula nak memandikan..tapi kali ni, buat sekian kalinya..bila melibatkan nenek sendiri, dengan sendirinya saya mengofferkan diri utk membantu..biarlah jenazah arwah Tok, hanya kami anak beranak yang melihatnya sewaktu dimandikan..bak kata ustazah, jenazah pun punya rasa malu..

Tidak terlintas langsung rasa takut atau seram semasa menyentuh anggota tubuh arwah Tok..saya hanya memakai sebelah sahaja sarung tangan, sejujurnya saya lebih selesa menyentuh jenazah tanpa berlapik. Walaupun peranan saya hanya dibahagian kaki, itu memberi pengalaman yang cukup besar bagi saya..Saya tabik spring Mama..sebab die yang banyak mengoffer diri nak amik bahagian yang penting semasa memandikan jenazah..Mama yang membasuh najis jenazah yang terakhir, mama yang amikkan wuduk arwah Tok yang terakhir..saya menanam azam yang sama andai satu hari nanti giliran saya pula yang perlu memandikan jenazah ibu sendiri..(tak dpt nak dibayangkan andai waktu itu tiba..belum tahu saya mampu lakukannya atau tidak..sebak)..dan jugak saya harap, anak2 saya bakal melaksanakan yang sama andai satu hari saya mengambil tempat di atas pelantar itu..

Semasa dikafankan, saya hanya berpeluang sebagai pemerhati..saya tenung wajah arwah Tok lama2 dan saya sgt yakin..pandangan saya itu benar..arwah Tok tersenyum..sungguh manis..sungguh tenang..saya pasti dia telah menemui ketenangan yang hakiki..saya pasti arwah Tok tak lagi merasai kesakitan yang selama ini terpaksa ditanggungnya..dan saya sangat lega kerana arwah Tok tidak lagi terseksa..sungguh! Saat yang paling menyentuh hati saya..sewaktu saya mencium arwah Tok..air mata tak terus meluncur sejurus selepas ciuman saya berikan..baru saya terasa dahinya sgt2 sejuk..dan sungguh wangi.

Perjalanan ke tanah perkuburan diiringan rintik2 hujan yang halus..cuaca jugak mendung..cukup nyaman dan tidak panas terik..menurut Pakcik, jenazahnya sangat2 ringan semasa dimasukkan ke liang lahat..Alhamdulillah, semua urusan berjalan lancar..mungkin itu satu petanda baik yang arwah ditempat di kalangan mereka yang beriman dan disayangi Allah..mudah-mudahan..amiin..

Monday, 11 July 2011

7.7.11

As Salam to all,

Been away for few days..due to a reason..

Our beloved grandma left us to meet the Almighty on 7.7.11 officially on 11.44 pm. I got to jot it down here for my remembrance..as this is among the significant event in our family.

Honestly, I am glad that she had finally found the peace she had been looking for rather than continuously suffering from various complication. I believe that's the best journey Allah has been crafting for her..

It all started when she fell down at my aunt's house that causes her to suffer from broken femur. And from there, her health condition deteriorated slowly, and after been bed ridden or 19 days in Hospital Serdang, she left us with all her beloved children witnessing her departure..I heard it was a smooth ones and I always keep my prayers for her to be in the best position di sisi Allah..

We had three nights in a row tahlil from Friday nite to yesterday nite..Alhamdulillah everything went smooth. As the saying, ada rahmat di sebalik setiap kejadian..and I couldn't agree more..this incident has brought us, her children and grandchildren even more closer..cause we shared the same foundation..we love her for what she was..and we will always love her forever..

Al-Fatihah to arwah Tok..Jariah binti Othman..

Friday, 17 June 2011

Happy Birthday dear Nephew!

Today 17th of June is my Nephew's birthday! Happy Birthday dear Nazif, may you grow up as anak soleh to your mummy and daddy!

Wednesday, 6 April 2011

Happy Besday Lil Sis!

At this day around 1++pm (if i'm not mistaken), 2x years ago (very nice of me eh..:D), put the end of my title as the last child in the family. Yup, was blessed with a lil sister of mine Liyana who is somehow special on her on way. We used to be not so close (now is much much more closer..heheh), most probably due to the age gap and due to the fact that she took over my place as the 'anak manja' mama & abah...hihihi..but over the years I get used to my current title now as the middle child and to be honest I do cherish her presence in our little family. So sis here goes:


May you always be blessed in this world and hereafter..