Salam Aidiladha kepada semua..Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk merayakan Hari Raya Qurban pada tahun ini bersama-sama dengan keluarga tersayang. Tahun ini syukur perjalanan pergi dan balik ke kampung berjalan lancar..sebab hanya balik ke Seremban..kalau ke Kelantan, harus kena harung kesesakan yang luar biasa (ke dah jadi biasa untuk orang-orang Kelantan..hihi) setiap kali musim perayaan..
Syukur Alhamdulillah, Aidiladha tahun ini memberi makna yang tersendiri untuk keluarga kecil kami..Subhanallah! Segala puji bagi Allah berkat doa saudara mara dan sahabat handai semua, anak kami yang seorang ini, yang belum pernah menjamah sebutir nasi pun sebelum ini, akhirnya dibukakan hati oleh yang Maha Esa untuk mencuba dan makan nasi! Subhanallah..syukur ya Allah pada nikmat yang Engkau berikan ini..sangat-sangat bermakna untuk kami sekeluarga kerana di petang hari Arafah, beberapa minit sebelum menjelangnya Maghrib, Allah kurniakan ilham untuk En Suami memujuknya untuk mencuba nasi berlaukkan sup daging yang sedang saya suapkan untuk adiknya. Biarpun pada asalnya pujukan itu lebih berunsurkan paksaan, namun strategi itu berhasil juga..:D. Syukur ya Allah padaMu yang Maha Memberi..doa hamba-hambaMu dimakbulkan pada saat yang cukup2 berkat..yang cukup-cukup istimewa..Subhanallah.Nikmat mana satu yang hendak kami didustakan ya Allah..
Muka budak kena paksa makan nasi..bukan tak boleh telan pun sebenarnya..psycho aje selama ni..:D |
Sejak hari tu, Abg Azeem tak miss lagi makan nasi, diitambah pula dengan motivasi nak dibelikan hadiah kereta kontrol..Biarpun tetiap hari nasi berlaukkan sup daging/tulang + kicap sempena Raya Haji ni, kami layankan saja dulu buat masa ini. It's already a big achievement for him, and I know he's proud of himself as we also did..Kata-kata pujian tak lekang di mulut kami, terutamanya Mama dia ni. Bila pakai baju, terus puji dia sebab seluar dah tak longgar..pastu konon-konon nampak dia dah besar, lepas ni musti cepat tinggi dan sebagainya. Kanak-kanak memang sangat suka dipuji..and yes, pujian adalah satu terapi yang sangat mudah dan sangat-sangat berkesan untuk menaikkan self confidence pada kanak-kanak. It works well on him..semalam buat pertama kalinya Abang ajak sepupunya makan nasi.."Nazif, jum makan nasi..Abg dah makan nasi dah!"..:D. So sweet..
Just want to jot down here few words from him for my remembrance:
"Mama..abang rasa abang dah besar skit sebab abang dah makan nasi"
"Mama, kakak mula makan nasi umur berapa? Abg makan nasi umur 5 tahun kan Mama?"
"Mama, lepas ni selipar abang ni musti dah tak muat, lepas ni abang cepat besar la sebab dah makan nasi"
Alhamdulillah, segala pujian hanyalah padaMu ya Allah. Mohon agar abang akan berterusan nak makan nasi..lepas ni pelan-pelan, kena introducekan dia dengan lauk2 lain plak. Kalau tak hari-hari mama die kena buat sup..ehehe. Nak kena carik resepi pelbagai jenis sup plak nampaknya..Terima kasih ya Allah..segala puji hanya untukMu..
2 comments:
Alhamdulillah, what a relieve rasanya as seorg ibu bila anak dah start makanan yg seeloknya kan....Besar sungguh kuasa Allah, moga dipermudahkan lagi untuk korang sekeluarga makan makanan yg baik dan berzat lagi berkhasiat...
Bravo abg hazim!!!!! (eh betulke spelling nama hazim tu ek??)
TQ CT..:D. Dekat2 dah tu ejaanya..Azeem Hariz..:D
Post a Comment