Been wanting to write about this for so long..but then I decided to wait until the right time..well I guess the time is here now..why? Because it's October, and a year a go, this was the month our maid left us..so it's almost a year now that we have gone through life without her..how was it? In general I concluded that we are doing great! :D. Even greater than before she was around..
Subhanallah! Alhamdulillah..now I truely understand why Allah sent her to us..though it was just a short 8 months, it was just enough time I needed, (Allah knows very well) for me to step back and reflect on myself. During her around, I manage to look deep into myself, figure out my weakness and what I need to improve..yes am just too grateful to Allah, terasa sangat kemanisannya..:D.
Terngiang-ngiang plak kata2 yang disebut oleh Prof Muhaya, setiap orang yang kita temui, pasti ada pengajaran yang Allah mahu kita capai daripadanya..sekarang terasa sangat kebenarannya..dan saya sangat2 bersyukur Allah hadirkan dia dalam hidup kami..
Setelah dia tiada, saya belajar untuk bergantung hidup hanya pada Allah, bukan pada manusia. Walaupun masa dia ada, saya akui saya masih bergantung pada Allah untuk memelihara anak-anak saya, sekarang setelah dia tiada pergantungan saya hanya pada Allah bukan sahaja untuk pelihara anak-anak semasa saya bekerja, tetapi juga untuk menjaga kesejahteraan keluarga kami. Hakikatnya saya hanya ingin bergantung pada Allah..hanya padaNya untuk segalanya.
Alhamdulillah, tidak terasa kekurangan pun setelah dia tiada. Jadual harian kami masih hampir sama seperti semasa dia ada. Solat berjemaah Alhamdulillah masih lagi kami praktikkan setiap Maghrib dan Isyak. Mengajar anak-anak mengaji masih lagi diteruskan, biarpun jarang sekali dapat dilaksanakan setiap hari, kalau dapat 3 hari seminggu pun saya sudah cukup berpuas hati. Lebih manis, Ramadhan tahun ini, encik suami dapat solat terawikh di masjid setiap hari..dan yang paling best, saya relakan dia pergi tanpa ada rasa gusar sedikit pun ditinggalkan di rumah berempat dengan anak-anak. Sebelum ini saya sering gusar ditinggalkan hanya bersama anak-anak..Namun Alhamdulillah, Allah kurniakan ketenangan kepada saya, dan kesabaran dengan kerenah anak-anak. Tiada masalah untuk saya tunaikan solat maghrib dan isyak setiap hari dengan kakak dan abg. Si kecik itu sudah biasa main sendirian..:D.
Bila dibandingkan kembali cara hidup kami dahulu dan sekarang, Alhamdulillah syukur, saya lebih sukakan hidup yang sekarang ini. Dahulu walaupun ada pembantu, jarang sekali saya galakkan en suami solat di masjid, tapi sekarang ni, biarpun tiada pembantu, saya sangat-sangat mahu dia ke masjid. Dulu jahil, tak tau kita juga dapat habuan bila suami solat di masjid..sekarang dah tau..memang hendak sangat dia pergi. Saya pulak yang terlebih kecewa bila dia gagal ke masjid atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan..hehehe..
Syukur Ya Allah atas nikmatmu yang tidak terhingga ini.. |
Melihat pada kehidupan kami zaman sebelum ada pembantu, saya beralasan tidak ada masa untuk kami sekeluarga solat berjemaah, tiada masa untuk ajar anak2 mengaji dan masak untuk keluarga..bila ada pembantu, barulah boleh kami sama-sama solat jemaah dan mengajar anak-anak Al-Quran. Kini, bila tiada pembantu kembali, kami masih teruskan rutin yang sama..Alhamdulillah. Jadinya, saya belajar sebenarnya apa yang membantutkan kita untuk mengerjakan apa yang kita mahu, akan terbengkalai selagi mana kita mengada-adakan alasan. Tiada pembantu tiada kena-mengena dengan tiada masa untuk buat itu ini..:D. Cuma satu masih saya gagal kekalkan sekarang ini, memasak untuk anak-anak. Ye, beralasan lagi..sedang kumpul kekuatan untuk laksanakan. Dah lama pasang niat nak memasak hujung minggu dan freeze kan lauk dalam freezer..hajat masih belum kesampaian..:P
Apa pun, saya sangat2 bersyukur Allah berikan saya kekuatan untuk menguruskan rumah tangga biarpun sibuk dengan kerja di pejabat hari-hari. Sangat2 bersyukur, Allah lembutkan hati saya, dan beri saya kekuatan untuk memperbaiki kelemahan diri. Saya akui, tidak semuanya mudah, memang ada kalanya fizikal dan mental terasa sangat letih, namun saya cuba sedaya upaya melihat kelebihan yang ada dalam keluarga kami daripada kekurangan yang ada. Memang terpaksa banyak memujuk hati, ingat pada Allah dan mengharapkan bantuannya. Sering teringat pesan Ustaz Pahrol, kita hamba yang lemah, bila dekat dan berdamping dengan Allah yang Maha Kuat, kita pasti akan jadi kuat! Jadinya, bila hati kurang tenang, bila badan rasa letih, cepat2 zikir Subhanallah Alhamdulillah Walailahaillallah Allahu Akbar, sambil2 basuh pinggan, sambil2 sidai baju..Subhanallah insya-Allah akan datang kekuatan itu daripada Allah! Cuba dan yakinlah! :D
Biar kadangkala rumah bersepah, biar kadangkala kain bertimbun..tapi hati senang..tenang..tiada rasa iri hati, tiada rasa nak marah sebab orang yang kita harapkan membuat kerja-kerja rumah tidak laksanakan seperti yang kita harapkan. Kalau osmet tanya nak maid ke? Jawapan saya masih kekal tidak..kerana setakat ini Alhamdulillah everything is still manageable..syukur pada Allah..terima kasih Allah kerana beri saya inspirasi daripada insan2 lain yang sangat kuat dan kental semangat, terima kasih kerana temukan saya dengan mereka agar saya dapat mengambil iktibar dan pengajaran serta praktikkan mana yang baik dan tinggalkan yang tidak baik. Memang benar kata Prof Muhaya, bila cara kita berfikir berubah, lihatlah sekeliling kita, dunia kita pasti berubah. Saya pohon pada Allah agar terus diberikan saya kekuatan, dan semangat serta istiqamah di jalannya agar ketenangan abadi akan dikecapi..
"Ya Allah bantulah aku mengingati Mu, mensyukuri nikmatMu dan memperbaiki amalanku.."
No comments:
Post a Comment