CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday 31 October 2011

The Newly Weds

Yesterday was my ex-staff wedding..best thing is..I totally forgot about it! How could I? Should have marked them in my calendar..I thot I have done that but obviously I didn't. If it was not because of my friend called me to ask whether I'll be going to her wed or not, I would have not remembered them at all!

Thank you Allah for given us the time to speed to her wedding..to be the last guest to arrive! Heheh..of course no more meals, all been packed up..but it was OK..As long as I got to meet her on her special day, should at least meant something for her..Just a simple 5 minutes wish, we were then off from the Pusat Komuniti Damansara..and of course no pic was taken..

As a pay back of my 'forgetness', I thought of jotting down her special day in this humble blog of mine.

To Zai & Hubs, Congratulations on your wedding..Pray that both of you will live your life together in happiness..remember there's always ups and down in marriage..follow the path in patience and with maturity..insya-Allah, Allah will always protect you guys from unpleasant things in this life. May your marriage remain until Jannah..insya-Allah..amiin

Monday 24 October 2011

Happy Belated Birthday to Me

Hi all..yesterday was my birthday actually..dah bertambah satu tahun lagi umur..maksudnya kurang lagi masa yang saya ada kat dunia ni untuk mengumpul sebanyak yang mungkin bekalan ke sana..

And two days before that, saya diuji oleh Allah..Alhamdulillah..saya bersyukur kerana itu tanda Allah sayang pada saya. Allah mahu naikkan darjat saya..namun saya manusia biasa..saya cuba untuk lulus cemerlang dalam ujian ini yang baru bermula..namun terasa seperti peluangnya sangat tipis sekali..hari pertama saya hadapi dengan tenang, kerana saya dapat rasakan betapa dekatnya Allah dengan saya..dia mendengar doa saya..saya sangat percaya dengan janji Allah...

    " Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"

Ya, saya redha..sungguh saya redha..iklas..saya tahu apa yang berlaku adalah yang terbaik untuk saya dan keluarga..dan saya sebenarnya sangat bersyukur, kerana ini yang Allah takdirkan untuk saya..sesungguhnya Dia maha mengetahui apa yang terbaik untuk kami sekeluarga..

Namun entah kenapa, sehari selepas itu, hati saya makin goyah..saya termakan hasutan syaitan agaknya..walaupun saya tahu, saya hanya perlu sujud dan mengadu pada Allah, namun akhirnya saya tewas..saya mengadu pada yang lain..ya Allah..ampunkan daku ya Allah..ya Allah terasa saya makin membina jurang denganNya..ya Allah, ampunkan daku ya Allah, aku ingin sentiasa dekat denganmu ya Allah..ampunkan daku ya Allah..dekatkanlah hatiku ini padaMu..

Saya tahu hanya dengan berzikir, Allah akan permudahkan segala kesukaran..saya tahu, dengan sentiasa berzikir dan mengingati Allah, itu sahaja caranya untuk saya tenangkan hati..tapi kenapa saya tak kuatkan semangat dan amalkan zikir2 itu? Astaghfirullah! Kenapa saya masih mahu mengadu pada makhluk lain, sedangkan saya masih tak bertemu dengan ketenangan yang saya carik?

Ya Allah..jauhkan la aku daripada hasutan syaitan yang direjam..ya Allah ringankan lidahku untuk menyebut dan memuji-muji namaMu..ya Allah ampunkan la daku..kuatkan la semangat ku..

Wednesday 19 October 2011

Minggu Peperiksaan

Ye..sungguh skema title saya hari ni..dah namanya periksa..harusla skema..hihi..ades tak tahan sungguh dengan ayat2 skema ni..

Back to the topic, rata-rata saya nampak status di FB, ibu2 luangkan masa dengan anak2 belajar minggu ni sebab peksa akhir tahun..as for us - me+kakak+abang..this week is exam free week! Yesszaa..Ye, sekolah kakak dah start peksa 2 minggu lepas lagik..I would say sekolah die among yang terawal start peksa kut..Saya tak sangka langsung cepat, sebab ingatkan paling awal sekolah start peksa ni minggu lepas..apa2 pun Alhamdulillah dah abih peksa..cuma skang tunggu result aje la..

Heran kan, kita parents skang ni, anak nak peksa macam mommies plak yang over kan? Kadang2 saya pun konpius, anak yang peksa ke, mak yang peksa..saya plak yang studi lebih dari dia..begitulah tekanan pelajar2 kita skang ni..sekolah rendah lagi dah pressure kena belajar..sebabnya mungkin ramai budak2 yang dah pandai skang..so nak lebih menyerlah kena la outstanding result compare ngan org lain iye dak..kalo dulu, dapat markah 90 kire tinggi abih dah tu..cantek dah..skang ni..sume org target nak dpt 100..uish..kesian kanak2 zaman skang kan..? Saya pernah dengar kat radio, kanak2 di Malaysia menghadapi tekanan sejak dari sekolah rendah lagik..sian..

Ni semua membuatkan saya berfikir..kenapalah kita sekarang ni  terlalu kejarkan sangat sume ini..kenapa kita ibu bapa sangat takut kalau anak dapat result tak elok, takut anak tak dapat masuk U, tapi kurang takut kalau anak tak solat..and akibatnya susah nak masuk syurga..kenapa zaman sekarang, kita terlalu mengejar hal2 dunia, tetapi kurang beri perhatian bab2 persediaan ke sana yang kekal abadi..astaghfirullah..saya hanya mengingatkan diri saya sendiri..kerana saya tau hanya tiga perkara yang boleh membawa bekalan kita ke sana..iaitu anak yang soleh, sedekah jariah dan ilmu yang bermanfaat..

Saya akui saya memang sangat particular bab2 anak periksa..saya punya target melebihi target anak saya sendiri..hingga membuatkan suami saya geleng kepala..katanya saya terlalu menekan anak saya..dia baru darjah satu..kenapa la saya nak tekan dan paksa dia sangat baca buku to make sure dia dapat tempat teratas dlm kelas..alasan saya mudah..zaman sekarang bukan macam zaman dahulu..kalau kita tak kerja keras, usaha lebih, anak kita akan ketinggalan..

Tapi setelah beberapa kali saya mendengar ceramah, biarpun secara live atau melalui radio, membuatkan saya berfikir semula..terngiang-ngiang kata-kata ustaz, kenapa kita takut anak tak masuk universiti, tapi tak takut anak tak masuk syurga? Semalam dari radio, Prof Muhaya pun mention almost the same thing, kita takut anak tak lulus peksa, tapi tak takut anak tinggal solat..Astaghfirullah!

Jadi bagi saya, biar lah seimbang keduanya, dan lebih baik kalau kita beratkan hal2 berkaitan solat dan akhlak anak kita, kerana selepas kita dah tiada di dunia ini, doa2 anak yang soleh dan solehah la yang akan menjadi bekalan tambahan kita..dan saya dah mula nasihatkan anak saya, agar niat dia betol dalam menuntut ilmu..Menuntut ilmu sebab nak jadi org pandai, bole guna ilmu yang ada untuk menolong orang dan supaya memperoleh rezeki yang kemudiannya boleh disalurkan kepada mereka yang memerlukan..semuanya kerana Allah Taala..

Tuesday 18 October 2011

First School Trip

Last Friday was Azeem's first school trip experience..so it is a must to jot down here isn't it?

His reaction? Hmm..biasa2 aje..maybe die tak bape nak faham ape sebenornye school trip ni..cuma bila mama & ayah tanya die nak pegi tak KLCC, die cakap nak..so kitorg izinkan aje die pegi..heran jugak apesal tak de rasa risau nak let go a 4 your old like him to join the trip..maybe we trust his teachers kut..coz this is not their first time organising such..Kakak pun dah byk trip pegi, and Alhamdulillah selamat pergi & kembali..and maybe we trust Allah most..Allah sentiasa pelihara anak kami sebagaimana yang selalu kami doakan..:D

Selalunya budak kalo nak pegi trip, musti la excited bangun bersiap..but for abang..trip day ke, bukan trip day ke..sama aje reaction die..hihii..maybe die tak compute betoi2 kut lagi ape tu trip day. Pagi tu mama bekalkan die roti dua keping buat bekalan..Abg ni sgt payah bab makan..Food yang teacher die sediakan kat sekolah, tak penah die sentuh..for him, food at school is not meant for him..Food die cuma yang mama bekalkan je tuh die..Kalau mama die datang penyakit lupe, lapo la anak bujang Mama sorang ni..isk isk..Mama minta teacher simpankan bekal Abg, sebab takut nanti Abg misplace..tak pasal2 tak makan..

As usual, Mama tak capture pun gambo abg..sebab trip kul 9, Mama kul 7 dah nak kena pegi work..Mama tinggalkan Abg ke teacher je. Macam2 mama pesan, nanti jalan kat KLCC jangan jalan jauh2 dari teacher..ikut je teacher tau....<aik..kata tak risau tadik..? :P. biasa la naluri ibu memang cegitu ye dak?>  balik je dari opis terus tanya best tak pegi KLCC..die kata

  .."best..ada banyak dinosaur..Abg pakai cermin mata nampak dinosaur dekat sangat ngan Abg..Abg takut tak pakai dah.."

hihii..anak bujang sorang ni memang jiwa halus skit..pastu

  " Mama, nak spec mata nak tengok dinosaur ada lagi tak.."

Ooo anak, tak sume cermin mata bole nampak dinosaur ye..heheh..so terpaksa la Mama explain..mujur Abg faham kan Abg kan?

Abg bawa balik eraser bentuk dinosaur as souvenier...sampai ari ni dok bawa ke hulur ke hilir..kuar jalan2 pun die bawa..maybe that's the way he shows his excitement..Glad that you enjoyed your first school trip day!

Thursday 13 October 2011

Jom amalkan..

Kali ni saya nak share skit pasal satu zikir yang Ustaz ajar dan sangat elok kita amalkan hari2. Zikir ni adalah satu doa supaya kita bergantung hidup hanya pada Allah, bukan pada diri sendiri..

Saya quote apa yang saya faham daripada Ustaz, katanya kalo ditinggalkan anak2 di sekolah asrama atau di universiti, ibu bapa selalunya berpesan cemni..

  " Jaga diri baik-baik.."

Biasa la kan pesanan cegini..hakikatnya, pesanan cemni kurang sesuai..sebabnya, seolah-olah kita berpesan pada anak, supaya jaga diri sendiri dan bergantung pada diri sendiri..walhal hidup kita ini seharusnya bergantung pada Allah s.w.t. Hanya Allah yang selayaknya menjaga diri kita..Dari situ Ustaz share satu zikir atau doa yang sangat2 elok kita amalkan, supaya Allah akan sentiasa pelihara diri kita..Jom kita hafal dan amalkan nak?


Saya pun masih cuba2 untuk menghafal..:D

Wednesday 12 October 2011

Sumbangan untuk Anak Yatim Baitul Ehsan

Salam to all readers..(cewah macam la ramai org baca blog saya ni..)..

Sesiapa berhajat untuk memberi sumbangan kepada anak yatim Baitul Ehsan bertempat di Taman Maluri KL, boleh la berbuat demikian secara transfer ke Maybank account Prof Kamil. Detailsnye boleh dapat kat sini..Saya sekadar memanjangkan berita ini melalui blog beliau..

Marilah kita sama-sama melabur untuk saham akhirat..

Tuesday 11 October 2011

Aktiviti di Umah..

Ini lah aktiviti anak-anak daku kat umah hujung minggu lepas..biasa la bila ayah sibuk basuh keta..anak2 sibuk nak tolong..tapi itu sume alasan semata-mata..ada udang di sebalik mee..sebab dieorg tahu akhirnya akan jadik cegini..


Amboi2 bukan main sonok main air ye anak2..yang kecik tu pun join sekali..first time merasa main air..hihihi..ayah dieorg layankan aje..gi siram air kat budak2 ni..tu la sonok bukan main..keletah mereka membuat saya tersenyum..syukur dengan anugerah Allah pada saya..syukur ya Allah..


Kan dah gigil2 sejuk..:P

Monday 10 October 2011

Bantulah Mereka

Saya terima berita ini melalui e-mail yang diforwardkan pada saya oleh seorang sahabat. Tersentuh sangat hati saya ni..silalah bantu setakat yang terdaya..

------------------------------------------------oooooo---------------------------------------------------------------


Ini Izam. Sebabnya saya tak letak nama penuh dan terpaksa memozekkan wajahnya adalah kerana janji saya pada bapanya (kejap lagi saya terangkan).



Umurnya 10 tahun. Beberapa bulan lalu, dia ditangkap bersama-sama abangnya yg berumur 12 tahun dan sEorang lagi kawan -mencuri meja sekolah. Meja tu bahagian tepinya diperkukuhkan dgn besi. Bahagian besi tulah yg dijual kepada pembeli besi buruk utk RM3.

Kenapa? Sebab nak beli beras.

“Kami lapar sgt,” kata mereka.

“Saya tak sampai hati nak hukum diorang bila dpt tangkap,” kata Ustazah Norazainah. Beliau telah mengajar di KAFA Integrasi Al-Insaniah  sejak  2004. Malahan dia dan seorang guru lain yang bertanggungjawab menubuhkan sekolah itu di tgh2 kawasan PPRT  (Projek Perumahan Rakyat Termiskin) Lembah Subang.

“Sekolah kami ni mmg selalu kena pecah masuk, barang2 dirosakkan dan dicuri. Mmg frust betul sbb kami kumpul duit utk kemudahan sekolah ni dgn titik peluh sendiri. Bila dpt tahu yg pelajar kami sendiri yg mencuri, mmg sedih. Bila tahu kenapa, Tuhan sajalah yg tahu perasaan ni.”  

Dari nak dihukum akhirnya ditolong. Ustazah Zainah meminta Izam dan abangnya membawa beliau ke rumah mereka.

Runtun hatinya melihat keadaan tempat tinggal mereka. Izam punyai lima adik beradik. Mereka tinggal di sebuah unit flat yg keadaannya amat daif bersama2 bapa mereka, yg tiada di rumah ketika lawatan itu. Si bapa sibuk mencari rezeki di tepian Jalan Masjid India, menjual alat permainan.

Ibu mereka masih hidup, namun telah lama meninggalkan mereka. Tak sanggup menanggung keadaan hidup sedemikian, begitulah yg diceritakan kepada Ustazah Zainah.

Ketika beliau masuk, ternampak adik-beradik yg lain sedang duduk di atas lantai, sambil menjamah nasi kosong di dalam talam. Yg bongsu umurnya empat tahun. Badannya kelihatan lesu, lagaknya pasif, menurut Ustazah Zainah. Mungkin kerana terlalu lapar, mungkin kerana kurang nutrisi, mungkin kerana penyakit yg tidak kita ketahui.

Guru Besar sekolah, Ustazah Hawa, menceritakan pada saya tentang usaha mereka meminta kebenaran si bapa untuk menjaga dan membela nasib yg bongsu dan si kakak yang umurnya belasan tahun, namun tidak diizinkan. Mereka mati akal, tak tau mcm mana nak sampaikan pertolongan.

Izam dan abangnya tiada surat beranak. Jadi, tak dapat pergi sekolah kebangsaan. Kakaknya yang berusia 13 tahun dpt ke sekolah menengah, namun terpaksa juga menjaga yg bongsu ketika bapanya tiada di rumah. Tapi selalunya, Izam yg menjaga adik-adiknya ketika yang lain ke sekolah dan bapanya bekerja.

Pertama kali kami bertemu, Izam  senyap dan sugul. Baju sekolahnya comot dan berdaki. Katanya dia memakai baju yg sama setiap hari. Baju itu dibasuh di hujung minggu.

Kami bersembang. Katanya, matapelajaran kegemarannya Jawi. Saya minta dia tuliskan namanya di atas sekeping kertas. Dia dapat menulis (dalam tulisan Rumi). Ini sebenarnya mengkagumkan kerana dia tak pernah ke sekolah.

Saya tanya apa yang dimakannya ketika sarapan pagi tadi.

Tak makan, jawabnya.

Sebelum ke KAFA?

Tak makan.

Saya terdiam, sambil memandang pinggan berisi goreng pisang di hadapan kami.

“Jadi.. ni  baru Izam nak makan?”

Dia mengangguk.

Kata Izam, kadang-kadang dia tak lapar, sbb dah biasa.

Ya Allah. Saya tak dpt bayangkan apa yg dilalui anak ini setiap hari.

Saya tanya, Izam nak ke sekolah? Sekolah yg saya maksudkan ialah sekolah kebangsaan.

Wajah Izam serta-merta berubah. Ceria. Tersenyum. Senyuman yg penuh harapan.

Ustazah Zainah bertanyakan saya sama ada nak melawat rumah Izam. Saya setuju.

Sesampainya di sana, kami dapati bapanya tiada di rumah. Beliau di surau, menunaikan solat Asar berjemaah. Namun anak perempuannya telah diarah agar tidak membenarkan sesiapa masuk ke rumah, melainkan keluarga. Tapi, kalau saya nak masuk pun, mmg takda masalah. Tombol pintunya hilang. Yang ada hanyalah sehelai kain buruk yg digunakan utk menutup lubang tombol dan menyelak pintu.  

Kami menghormati permintaan si bapa dan menunggu di luar. Bila beliau tiba, dia meminta maaf kerana tidak dpt membenarkan kami masuk.  

“Saya buat begini bukanlah sebab saya sombong, tapi Cik kan dah tahu keadaan rumah saya, sgt daif. Saya malu nak bagi masuk. Bimbang boleh dijadikan fitnah,” katanya.  

Beliau kurang selesa dgn kehadiran saya. Katanya sungguh pun mereka hidup dalam kemiskinan tegar, mereka bukannya pengemis. Beliau tak mahu media dtg ke rumah, merakamkan kedaifan hidup mereka dengan kamera video, menceritakan pada org ramai tentang kesedihan mereka. Beliau jengkel dengan  mereka yang meratapi nasib di dalam TV, dengan air mata bercucuran, ditatap umum.  

Saya berjanji tidak akan mengambil gambarnya dan tempat tinggalnya, atau mendedahkan identitinya di media. Namun saya tetap akan menceritakan kisah mereka, cuma bukan dgn cara yg tidak dikehendakinya. Saya di situ bukannya atas dasar mencari berita, tapi atas dasar kemanusiaan, kerana saya juga seorang ibu, punyai naluri kasih sayang pada anak2.  

Saya dan Ustazah Zainah berusaha memujuknya membenarkan sekolah itu menjaga si bongsu dan anak perempuannya di siang hari, agar beliau mudah mencari rezeki atau mencari punca pendapatan yg lebih baik. Namun beliau kurang yakin dgn cadangan kami. Katanya, kalau dia ke kerja awal pagi, siapa yg akan menyiapkan anak2? Memasak utk mereka?  

Cadangan Ustazah Zainah itu sebenarnya amatlah praktikal. Si bongsu akan dimasukkan ke program taska mereka pada waktu pagi, dan Ustazah sendiri akan menjaganya di sekolah selepas habis taska, sehinggalah si kakak atau bapa balik. Namun cadangan itu tetap ditolak.

Si bapa seolah2 gembira menerima kemiskinan ini sebagai taqdir yg akan merapatkan lagi hubungannya dengan Rasulullah s.a.w. Saya berkata kepadanya bahawa ramai para Sahabat alaihissalam yang juga kaya, dan mereka juga amat rapat dan dicintai Rasulullah s.a.w.  

Sebelum kita menuduh beliau menggunakan agama sebagai alasan kemiskinannya, harus juga kita ingat yg beliau seorang lelaki. Ego lelaki itu cukup kuat utk membuatkan beliau menafikan kesempitan hidupnya.  

Saya mmg kagum dgn dedikasinya menjaga anak2 setelah ditinggalkan isteri. Tidak mudah dilakukan, tidak ramai sanggup melakukan. Namun realitinya adalah budak2 itu tetap lapar, dan telah pun mencuri akibat kelaparan. Mereka perlukan pendidikan utk membebaskan diri dari cengkaman kemiskinan. Si bapa itu sendiri mengaku, Izam sering menyuarakan keinginannya utk ke sekolah, dan mengadu dirinya seperti diperlekehkan rakan2nya yg seronok ke sekolah ketika dia terperuk di rumah.    

Kami menawarkan pertolongan mendapatkan surat beranak utk anak2 itu, tapi balasnya “Buat apa? Dia sudah darjah 3..tidak ketinggalankah dia?”

Tidak, kata kami. Kami terus memujuk. Saya kata anaknya bijak, sgt berminat belajar. Sebenarnya, ramai pelajar sekolah itu yg sememangnya bijak walaupun dikongkong kemiskinan dan kelaparan. Cuma, mereka tak berpeluang mendapat kehidupan lebih baik.  

Bapa Izam berkata beliau malu anak2 nya ke sekolah KAFA itu tanpa membayar yuran, kerana beliau tak mampu. Ustazah Zainah kata takpa, asalkan mereka dtg.  

“Takkanlah saya tak bagi budak2 ni dtg..ini ilmu akhirat. Tanggungjawab saya nak mendidik mereka, dtg sajalah, takpe,” rayunya.  

Di sini saya nak terus terang mengatakan bahawa walaupun ibu kepada budak2 ni org Malaysia, bapanya ini kemungkinan warga Indonesia. Pelatnya sukar dilindung. Terdahulu, saya pernah ditegur seseorang yg tak puas hati saya menolong pelajar miskin, yg bukan semuanya dari org Malaysia. Saya rasa komen mcm ni tak perlu. Bukankah dia tetap manusia? Bukankah budak2 ni, tetap budak2? Mereka berhak mendapatkan hak asasi seperti makanan, tempat tinggal dan pendidikan. Dan kita semua sesama Islam. Yg membezakan antara kita, taqwa. Itu saja yg perlu kita ingat.

Guru2 di KAFA Al-Insaniah ni bukan saja telah melaksanakan tanggungjawab mereka malah lebih dari itu. JAIS hanya mampu membayar guru2 ini bagi satu sesi pengajaran, sedangkan ada guru, spt Ustazah Zainah, yg mengajar dua sesi. Ada guru yg langsung tak dpt dibayar.

JAIS mengharapkan perbelanjaan sekolah dpt ditampung oleh yuran sekolah. Ya, secara teorinya takda masalah, kerana kebanyakan sekolah KAFA di Lembang Klang ni lokasinya di kawasan perumahan mereka yg berpendapatan sederhana atau agak berada. Jadi ramai yg mampu yuran RM20 sebulan.

Namun KAFA Al-Insaniah dibina di tgh2 kawasan PPRT. Kebanyakan keluarga yg tinggal di sini masing2 penerima zakat. Hampir separuh kanak2 yg ke sekolah itu juga dari keluarga penerima zakat, jadi tau2 sajalah tahap keperitan hidup mereka.

“Bagaimanalah kami sampai hati nak mintak budak2 ni yuran sekolah?” kata Ustazah Hawa. “Masa mula2 tu, kerana ramai yg tak bayar, kami mintak, tulis surat kat ibubapa. Lepastu, ramai yg tak dtg sekolah. Kami ingat takpalah, mari balik, tak payah bayar, asalkan dpt teruskan belajar.”  

Guru2 ini sanggup menerima potongan gaji semata2 agar sekolah ini terus beroperasi. Gaji mereka kira2 RM1,200. Itu pun baru2 ini dinaikkan kerajaan. Sebelum ini, RM1,000 ke bawah. Lagi menambahkan asam ke luka,  baru2 ini sekolah itu dipecah masuk. Habis yuran, komputer dgn data pelajar dan wang sumbangan dari jualan amal disapu. Dapur kantin juga dipecah masuk dan makanan dicuri. Penutup longkang dan pelbagai lagi barangan besi dan logam dicuri, membahayakan anak2 yg bermain di waktu rehat. Pagar dipotong, siling dipecahkan, memudahkan lagi pencuri keluar masuk.  Guru2 ini mati kutu bagaimana nak terus beroperasi bila berhadapan dgn cabaran sebegini besar.  

Setiap ringgit yg disumbang ke KAFA Integrasi Al-Insaniah dapat megenyangkan seorang pelajar, menggalakkan mereka ke sekolah, membantu mereka merubah kehidupan. Setiap ringgit membawa bersamanya harapan, membasmi kemiskinan, menggalakkan org lain beramal.

Tiada sumbangan yg terlalu kecil. Setiap sumbangan adalah amal baik yg berterusan faedah dan pahalanya.  

Aishah r.a. berkata Rasulullah s.a.w bersabda: “Amalan yang paling disukai Rasulullah SAW ialah yang kekal (istiqamah) sekalipun sedikit.” (Bukhari, Muslim)


---------------------------------------------------------ooooooo------------------------------------------------

Sumbangan boleh dimasukkan ke akaun berikut:

Maybank  

MBB account - 164388710655

(SAKINA BINTI HAJI MOHAMED).

Sila tulis  'For KAFA' di kotak komen dan email sakina_amx@yahoo.com .

 

RHB  

Account number 1-12479-00092090

(TENGKU ELISA BUSTAMAN BT TENGKU MOHD ALI)

Sila tulis  'For KAFA' di kotak komen dan elisa_taufik@yahoo.com .

 

Sumbangan terus kepada:  

Bank Islam  SAR AL-INSANIAH

Acc no: 12047010031372

Atau hubungi

Guru Besar Ustazah Siti Hawa 0139180191

Ustazah Norazainah 0173217971

Friday 7 October 2011

Interesting Facts about Steve Job

This morning, while listening to my now favourite radio ikimfm, I came about this interesting fact about Steve Job..well may not sound interesting to you, but indeed it is interesting facts for me..but lets keep that best part for last eh..

Before that, would like to touch a bit about this unique guy..few facts that I came across few years ago on him..which I guess most of us knew about it..

1. He had never finished his shooling..but it's OK for a genius person like him..
2. He suffered from pancreas cancer - which is the cause of his death..

Don't have to mention what he had brought this world into..Now that he left this world, people start quoting his famous quotes..which I love them very2 much..

   " Your time is limited, so don't waste it living someone else's life.."

Very2 true indeed..our life in this temporary world is very2 short..the most we could live is 70+ years as compared to the life in thereafter..which is FOREVER..so live our life with the purpose to achieve Allah blessing..not human..

Opps almost forget..the most interesting fact about Steve Job is..his biological father is actually a Syrian-American Muslim..:D.

Something to ponder..

Thursday 6 October 2011

Musim Haji...

Bulan Oktober ni, orang ramai dah mula pegi buat Haji..So far dah pernerbangan yang berbelas2..entah2 dah masuk ke 20 tak? Malas plak nak pi check..heheh..Apa pun, the point is orang dah memulakan perjalanan Haji mereka..

Dua hari lepas saya dapat tau, course mate saya masa di Universiti dulu akan berangkat untuk mengerjakan haji. Suami yang bagitau..terus cepat2 saya call dia. Alhamdulillah, sempat sembang sekejap, sebab dia dah pun sampai ke KLIA waktu tu..tak sedap nak cakap panjang, saya cuma ucapkan selamat pergi dan kembali, dan semoga mendapat Haji yang mabrur. Dan tak lupa mohon kirimkan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W..

Hmm..tetiba hati terasa, bila la agaknya rezeki saya untuk ke sana. Dalam keluarga saya, termasuk suami, cuma saya sorang yang belum jejakkan kaki ke Tanah Haram..Lima tahun lepas, mama, abah, kakak and adik saya sekeluarga pergi sana mengerjakan umrah..cuma saya sorang tak ada rezeki nak pegi..waktu tu, takde la rasa sedih sangat..mungkin belum sampai seru kut? Tapi lepas dapat tahu sahabat sebaya saya dapat pegi, hati rasa macam teringin plak nak pergi..

Agaknya apa perasaanya ek kalo nampak Kaabah depan mata?

Membuatkan saya terfikir, agaknya Allah belum sudi menerima saya sebagai tetamuNya lagi 5 tahun lepas hinggalah sekarang..saya hanya panjatkan doa agar Allah dapat jemput saya ke sana dalam usia yang masih muda..bersama-sama dengan suami saya..apabila sampai waktu yang terbaik untuk saya dan keluarga saya..amiiin..

Tuesday 4 October 2011

Terkesan

I want to remember this..thus I got to jot down it here..

Dah lama terfikir nak share kat sini, tapi tak tau macam mana nak tulis..hari ni saya nekad nak tulis, sebab takut tak ingat. Bak kata Prof Muhaya, ilmu ini licin, kalo tak dikongsi akan melepas begitu sahaja..biar pun skit, saya mahu ingat ini sampai bila2..

Masa kelas minggu lepas, Ustaz mulakan dengan satu cite..dia tanya pada kami, apa perasaan kita kalo ada orang pecahkan cermin kereta kita..dan dia tak minta maaf pun kat kita..? Kami sume jawab, musti lah marah kan..logik la kan? Musti la marah sebab org rosakkan harta kita..dah tu tak minta maaf plak tu..

Kemudian dia tanya, kalau org tu minta maaf, lepas tu dia siap gantikan balik cermin kereta kita..kita maafkan tak dia? Jadi kami ramai2 jawab, iye..musti la maafkan dia kan? dah die minta maaf, pastu siap gantikan plak..apa lagi yang kite nak kan?

Ustaz tanya lagik, lepas org tu dah minta maaf, kamu plak amik kunci, amik geran kereta, bagi pada org tu..agak2 kita buat tak cemtu? Apa pandangan org kat kita? Ish tak logik la kan, ada ke orang yang baik sampai cegitu..siap bagi kunci and geran keta plak dah org tu tolong gantikan cermin kereta kita yang pecah tu. Gila kalau kita buat cemtu iye dak?

Then ustaz explain, begitu lah umpamanya sifat Allah..Allah akan murka dan marah pada kita bila kita membuat dosa..tetapi, Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang..Allah akan ampunkan kita apabila kita pohon ampun padaNya..Allah akan terima taubat kita apabila kita bertaubat dan kita berusaha untuk membaiki kesilapan kita. Bukan setakat itu sahaja..tak cukup dengan ampunkan dosa-dosa kita..Allah akan beri pulak kita ganjaran syurga pada kita di akhirat kelak..Begitulah kasih sayang Allah pada hamba-hambaNya..

Terkesan..sungguh saya terkesan..sebak!