CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, 13 October 2011

Jom amalkan..

Kali ni saya nak share skit pasal satu zikir yang Ustaz ajar dan sangat elok kita amalkan hari2. Zikir ni adalah satu doa supaya kita bergantung hidup hanya pada Allah, bukan pada diri sendiri..

Saya quote apa yang saya faham daripada Ustaz, katanya kalo ditinggalkan anak2 di sekolah asrama atau di universiti, ibu bapa selalunya berpesan cemni..

  " Jaga diri baik-baik.."

Biasa la kan pesanan cegini..hakikatnya, pesanan cemni kurang sesuai..sebabnya, seolah-olah kita berpesan pada anak, supaya jaga diri sendiri dan bergantung pada diri sendiri..walhal hidup kita ini seharusnya bergantung pada Allah s.w.t. Hanya Allah yang selayaknya menjaga diri kita..Dari situ Ustaz share satu zikir atau doa yang sangat2 elok kita amalkan, supaya Allah akan sentiasa pelihara diri kita..Jom kita hafal dan amalkan nak?


Saya pun masih cuba2 untuk menghafal..:D

1 comment:

CT said...

ini zikir ustaz amal selalu baca kat oasis....tergiang2 lak bacaan die...