CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, 26 July 2013

Parenting Tips From Prof Dr Muhaya

Assalamualaikum semua..

Hari ni terpanggil untuk berkongsi parenting tips di bawah ini yang saya terima daripada seorang sahabat..Alhamdulillah syukur Allah gerakkan hati sahabat ini untuk berkongsi..dan sebagai rasa syukur saya berkongsi pula dengan pembaca semua..dan juga sebagai tanda ingatan untuk diri sendiri..agar mudah menjadi rujukan untuk diri yang serba kekurangan, banyak kelemahan dan seringkali lupa..semoga menjadi ilmu yang bermanfaat untuk kita semua..

Jom kita amalkan!

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat “iyyakanakbudu waiyyakanastain” – yang ertinya “Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..”, mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.
Tambahan saya: Boleh la diikuti dengan doa yang pernah saya kongsikan sebelum ini di sini
2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.
3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.
4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.
5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.
6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.
7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .
8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat.

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.
10. Masa basuh beras niatkan “Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia…..untuk faham agamanya “, [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi “. Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

Tuesday, 18 June 2013

Doa Pohon Perlindungan daripada Syaitan

Assalamualaikum semua,

Hari ni teringat nak kongsi dengan anda semua satu doa yang saya dapat daripada Ustazah Norhafizah Musa melalui rancangan Halaqah kalau tak salah. Dah lama dah saya belajar ni, baru hari ni dapat ilham nak berkongsi..hehe..mungkin ini salah satu tipu daya syaitan yang sengaja nak melupakan kita untuk berkongsi perkara yang baik..eceh..terkait pulak dengan cerita nabi Musa dalam surah Al-Kahfi yang mana pembantunya terlupa nak beritahu pada Nabi Musa yang ikan mereka telah terlepas ke dalam laut dengan cara yang menakjubkan..katanya lebih kurang maksudnya tiadalah yang menyebabkan dia lupa untuk menyebutkan hal itu pada Nabi Musa melainkan Syaitan...

Ok..kembali pada niat sebenarnya entry ini..doa ini adalah doa daripada surah Al-Mukminun ayat 97-98


Elok kalau dapat kita amalkan setiap hari..semoga kita dijauhi membuat sebarang tindakan berdasarkan bisikan-bisikan syaitan..Allah sudah ajarkan pada Nabi kita doa ini untuk disampaikan buat pegangan kita semua..semoga kita semua sentiasa dalam perlindungan Allah sebagaimana Allah memelihara hamba-hambaNya yang soleh..amiiin

Wednesday, 22 May 2013

Memorable Ladies Day Out


We had a few ladies day out so far..but non can compared to this one which we had last weekend. I would say this is the best ever so far..Alhamdulillah..all praises is for Allah. So this is a must jot down entry for our remembrance..

Started of with the idea to buy a new telekung for a friend who is insya-Allah will be performing umrah in the next few weeks. Fall in love with telekung Siti Khadijah, dengan materialnya yang sangat lembut dan sangat selesa, jadi memang sangat sesuai untuk di bawa ke sana. Biarlah sepanjang beribadat di sana, dapat berada dalam keadaan yang selesa..tambahan pula nak menjadi tetamu Allah, haruslah berada dalam pakaian yang terbaik iye dak?

Takdir Allah, pagi itu another friend who initially not going to join us dengar satu slot di ikim.fm pasal peranan isteri terhadap suami by Prof Muhaya. Alhamdulillah, kata-kata Prof menusuk ke hati..lalu dikongsi bersama. Antaranya berkaitan dengan cara pemakaian isteri, yang selalunya lebih cantik di luar rumah daripada di dalam rumah..Ting Tong! Memang sangat terkena dengan diri sendiri..sebabnya encik suami baru je tegur di awal minggu itu pasal pemakaian saya di rumah..terus berkobar-kobar nak carik baju baru untuk pakai di rumah..jadinya petang itu outing kami adalah untuk membeli telekung dan seterusnya mencari pakaian yang sesuai dan cantik di rumah..serta sopan bila berada di luar umah...:D

Seperti yang kami rancang, selepas solat Zohor dari Shah Alam kami bertiga ke Bangi, pick up my sisters (ye kakak dan adikku bersama) terus ke kedai Siti Khadijah. Sambil2 memilih telekung kami berbincang-bincang untuk mencari pakaian Muslimah pula di Nur Baraqah. Kitorg sudah jatuh hati dengan fesyen Nur Baraqah, tambahan pula semangat nak menjaga pemakaian di luar rumah setelah dijentik oleh kata-kata Prof Muhaya tadi..heheh. Rupa-rupanya perbincangan kami didengar oleh adik yang menjaga kedai..terkeluar soalan dari mulutnya adakah kami datang daripada Modest Culture - kedai baju Muslimah oleh Prof Muhaya. Terus teringat yang hari itu hari perasmian butik Modest Culture..mesti la ada special price kan? Hehehe..

Selepas membeli telekung, kami rehat sebentar  minum petang. Sambil minum sambil memikirkan destinasi seterusnya..ehehehe. We finally decided to give Modest Culture a try, kebetulan dekat sangat dah Kajang ngan Bangi. Pergi dengan tujuan hanya untuk melihat-lihat dan kenal butik itu..sebabnya acara perasmian sudah pun tamat.

Sampai saja di butik Modest Culture, terus saja saya jamu mata tengok-tengok fesyen baju di situ. Takde pun terpikir nak tinjau-tinjau kalau-kalau Prof ada. Tak semena-mena adik saya cuit saya dan berbisik dengan nada excitednya "Prof Muhaya ada di belakang.." ..terus saya beritahu kekawan yang lain..apalagi terus la kami tuju ke Prof. Ayat pertama terpacul dari mulut sahabat saya.."Prof, kitorg nak amik gambar boleh?" Hehehehe...


Wajah-wajah excited kami...:D

Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar..sukar nak gambarkan perasaan saya waktu itu. Di dalam hati tak henti mengucapkan syukur pada Allah..Allahuakbar..perancangan Allah sememangnya yang terbaik untuk kami..Kami keluar pada hari itu dengan niat hendak mencari pakaian yang sesuai dan cantik, semuanya untuk suami, dengan harapan suami redha..dan insya-Allah akan dapat juga redha Allah. Subhanallah..terasa kasih sayang Allah pada kami..dengan sedikit niat yang baik, diberi balasan yang sungguh istimewa di hati kami apabila dapat bertemu dengan Prof Muhaya yang selama ini suaranya kami dengar melalui corong radio, dan penampilannya hanya melalui televisyen..

Allahuakbar..terasa sangat aura positif Prof dan seperti yang saya sering baca di FB, mulutnya tak berhenti-henti memuji Allah..setiap kata-katanya pasti akan disusuli dengan pujian pada Allah..Allahuakbar..lebih lagi terasa kebesaran Allah, bila mana kami dapat tahu, dalam perancangan awal, Prof sebetulnya tidak ke butik petang itu..tapi menurut Prof, dia terasa sangat yang dia mesti jugak datang petang itu..rupanya sudah menjadi rezeki kami yang dari Shah Alam ini dapat berjumpa dengan Prof..

Subhanallah! Sangat-sangat bersyukur kerana tanpa saya jangka..Allah izinkan saya bertemu dengan Prof. Teringat kata-kata Prof, Allah temukan kita dengan sesorang, pasti ada sebabnya..ada pengajaran yang boleh kita ambil daripada mengenali sesorang..Allah ya Allah saya tahu ada sesuatu yang ingin disampaikan pada saya melalui Prof..hati terbuka untuk menerima teguran dan nasihat..Alhamdulillah, dapat one-to-one consulatation daripada Prof, biarpun tanpa ditanya..lancar aje mulut Prof berbicara..Alhamdulillah dibukakan pintu hati saya untuk menerima nasihat Prof..insya-Allah saya akan ingat sampai bila-bila..

Pesan Prof, kanak-kanak mesti selalu diberi pujian. Not so much on their appearance like cantik..comel etc..but mostly on their behaviour. Selalu puji perbuatan-perbuatan baik dieorg..pujian itu akan menambahkan self esteem kanak-kanak. Kanak-kanak yang high self esteem tak akan jadi pemalu in public..selalunya mereka akan lebih confident..

Syukur, sebab adanya kakak bersama hari itu, mama dapat refresh teori yang penah mama dengar dan baca sebelum ni daripada Prof..It's a sign that I got to seriously execute the theory..Bertuah kakak eh gambar kakak ada dalam FB Prof..:D

Allah ya Allah..seronoknya terasa bila dapat berjumpa dengan seseorang yang sangat kita kagumi dan hormati..membuatkan saya terfikir..kalau berjumpa dengan manusia yang sangat disegani pun sudah begini perasaannya..bagaimana agaknya nanti kalau diberi rezeki dapat berjumpa dengan Allah subhanawataala..Allah ya Allah pastilah lebih berganda-ganda rasa nikmatnya..barulah sekarang ini saya faham bila Ustaz Muein pernah berkata, nikmat yang paling-paling besar di akhirat nanti adalah bila kita dapat melihat wajah Allah..Allah yang Maha Besar, Yang Maha Pemberi..Yang Maha Penyanyang..yang tiada tandingannya dengan hamba-hambanya di dunia ini..Subhanallah! 

Pulangnya ke rumah petang itu..we were all energised and brought back the positive aura with us. Not only we had our time together peacefully, we had indeed spent the time fruitfully with someone we adore..Thank you so much daddies..for letting us having our own sweet time outside once in a while..Thanks for taking care of the kids..Surely there are more to come..we had a long list awaited! Smile...


Wednesday, 15 May 2013

Doa Anak Bijak


Assalamualaikum semua,

Hari ni terasa nak berkongsi satu doa yang saya dapat, Alhamdulillah melalui rancangan Tanyalah Ustaz TV9. Sudah lama sebenarnya saya tonton rancangan ini dan berhajat hendak mengamalkannya. Menurut ustaz, doa ini adalah doa yang Rasulallah SAW bacakan pada Ibn Abbas sambil usapkan kepalanya semasa beliau masih kanak-kanak. Alhamdulillah, berkat doa ini Ibn Abbas menjadi seorang yang bijak dalam ilmu dan sangat tawaduk. Ibn Abbas adalah antara yang paling banyak meriwayatkan Hadith Rasulallah SAW.

Jom kita amalkan doa ini pada anak-anak kita. Bacalah sambil mengusap kepala anak-anak sebelum mereka ke sekolah..


للَّهُمَّ فَقِّاهْهُ فِي الدِّينِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيلَ


 Ya Allah, jadikan dia seorang yang faqih dalam agama dan seorang yang bijak dalam ilmu takwil

Untuk anak perempuan gantikan "faqihhu" kepada "faqihha" begitu juga pada "a'limhu' kepada "a'limha"

Insya-Allah..semoga anak-anak kita menjadi anak-anak yang bijak terutamanya dalam ilmu agama. Anak-anak saya, terutamanya Abang Azeem sangat suka bila saya letakkan tangan pada kepalanya dan bacakan doa ini. Bila Mama terlupa, Abang mesti ingatkan. Boleh dijadikan satu moment yang istimewa ibu dan anak-anak setiap hari..biar pun singkat tapi berkualiti insya-Allah..

Nota: Takwil secara ringkas bermaksud memahami maksud tersirat, berbanding tafsir yang bermaksud memahami makna tersurat..Wallahua'lam

Monday, 13 May 2013

Hari Ibu 2013

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah Hari Ibu tahun ini terasa lebih seronok biarpun tiada sambutan istimewa daripada keluarga. Hujung minggu lepas, kami tidak ke mana-mana..malah sempena Hari Ibu, saya melaksanakan tugas sebagai ibu lebih daripada biasa..hehe..terbalik plak ek..selalu hari Ibu, ibu-ibu diberi ala-ala cuti rehat daripada tugas biasa..saya tidak..sebabnye hari-hari saya diberi 'rehat' sebab tak cukup lengkap tugas sebagai ibu di rumah..:P. Jadinya hari-hari lah hari Ibu kan? heheh..

Kenapa saya katakan begitu? Sebabnya..hari-hari biasa jarang atau tidak pernah saya sediakan makan minum yang lengkap untuk suami dan anak-anak dek kekangan masa terutamanya hari-hari bekerja (itu semua adalah alasan cik asz! :P) Alhamdulillah..2 hari berturut-turut yang lepas, Allah beri saya kekuatan dan semangat untuk menyediakan hidangan makan tengah hari dan malam..sarapan terkecuali sebab encik suami tolong belikan..heheh..memang makanan tangan air sendiri lebih menyelerakan biarpun simple aje..maklumlah saya ni kan memang kurang cekap bab-bab memasak ni..puas hati bila tengok anak-anak especially Kakak Alysa dan Aisy yang memang selalu appreciate masakan saya biarpun jarang-jarang sekali dapat rasa masakan mama dieorang ni. Alhamdulillah kali ini lebih seronok sebab Abang Azeem pun ikut sama. Iye dah banyak improvement bab-bab makan ni pada Abang..nanti kita cite pada entry yang lain pulak eh..

Sempena Hari Ibu tahun ini, kakak being the most thoughtful person in family, awal-awal bulan 5 lagi sudah belikan hadiah untuk Mamanya ni. Kakak beli guna duit simpanannya sendiri. Malangnya saya tak sempat nak snap gambarnya disebabkan si Aisy yang awal-awal lagi rebut hadiah tu daripada saya. Biasalah si kenit tu sangat suke bab-bab buka hadiah. Perasan hadiah sendiri la tu eh Aisy eh?

Ini je la sempat capture..Aisy buat macam harta sendiri..
Main-main punye pasal..tercabut teddy bear kat bunga tu. Frust kakak dibuatnye..saya tak daya nak memujuk Aisy untuk pulangkan..lagi pula masa tu tengah sibuk-sibuk nak balik kampung mengundi..

Kakak ambil gam UHU tampal balik..tapi malangnya nasi dah jadi bubur...


Tak puas ati punya pasal..kakak beli lagi hadiah lain untuk Mama..kali ini lebih cantik..terima kasih Kakak..sekarang Mama tahu mana duit belanja Mama bagi Kakak hari-hari dah pegi eh? Pandai Kakak simpan duit..

Tersentuh dengan tulisan Kakak..sayang Kakak jugak..

 Untuk ingatan diri sendiri..ini lah yang Kakak tulis dalam kad buatan sendiri..

"Kakak Sayang Mama".."Mama kakak minta maaf kalau kakak ada buat salah kat mama. Kakak harap mama maafkan kakak dan kakak akan belajar bersungguh untuk menolong orang. Sekian terima kasih".."1 love Mom"

Ingat juga dengan pesan Mama pagi-pagi sebelum pergi sekolah ye.."Kakak belajar niat kerana Allah..Allah suruh kita tuntut ilmu, jadi kita pergi sekolah tuntuk ilmu sebab, ikut perintah Allah. Ingat ilmu yang kita dapat, biar boleh beri manfaat pada orang. Allah paling suka orang yang banyak memberi manfaat pada orang lain.."

Abang pula awal-awal minggu lagi dah beritahu.."Mama abang dah buat kad untuk Mama dah kat sekolah. Teacher simpan dulu nanti hari Jumaat teacher pulangkan untuk bagi Mama". Heheh...kanak-kanak memang cakap yang benar...Ini hadiah daripada Abang hasil tangan sendiri..

TQ Abang..Abang dah pandai lukis sekarang..Kakak yang ajar katanya..

Perasan tak kad sempena Hari Ibu tetapi gambar yang besar gambar Ayah & Abang. Heheh..bila ditanya mana Mama..tu kat sebelah rumah tu..Abang salah lukis katanya..terasa jugak hati Mama ni..Adakah sebab Mama kurang beri perhatian pada Abang..sehingga Abang lagi rapat dengan Ayah? Tak leh jadi ni..lepas ni kita gi dating dua orang nak Abang? :D

Inilah antara kenangan manis menjadi Ibu..membuatkan saya bertanya diri sendiri, adakah saya sebagai anak telah melayani Mama saya dengan baik..banyak lagi yang perlu saya baiki sebagai seorang anak pada Mama saya..Saya berdoa dikurniakan anak-anak yang soleh & solehah serta beriman pada bertakwa pada Allah. Pada masa yang sama, saya tahu saya terlebih dahulu perlu menjadi anak yang solehah untuk Mama saya. Kena telefon Mama sekarang jugak..

Wassalam..



Monday, 29 April 2013

Aisy Hakimi is 3!

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..Segala puji-pujian hanya bagi Allah..Syukur tak terhingga Allah masih pinjamkan amanah ini genap 3 tahun pada hari ini untuk tahun Masihi..Allah ya Allah nikmat yang mana satukah yang hendak didustakan..

Aisy Hakimi..masih lagi memegang status anak termuda dalam keluarga..Makin petah berkata-kata dan perkataan-perkataan yang dipilih dalam satu-satu ayat makin tampak dewasanya..hehe. Seperti yang sering disebut sebelum ini, Aisy banyak mewarisi sikap kakaknya..namun Abangnya tetap menjadi idola hatinya..mana tidaknya apa yang Abang punye semua jadi rebutan dia dan berani pula dia claim barang-barang Abang kepunyaan dia..heheh..biasalah anak sebaya ini..memang tak lekang dari episod rebut-merebut barang mainan..bukan itu sahaja..makanan pun jadi barang rebutan.:D

Aisy Hakimi masih menjadi 'center of attraction' dalam keluarga..yang paling sayang padanya tentulah kakak. Bila Mama dan Ayah dah malas nak layan sikap kuat merajuk Aisy, kakaklah yang selalunya akan pujuk..memang saya perasan itu..selalunya pujukan kakak berjaya..serasi..mungkin sebab mereka punya aura yang sama..heheh

Alhamdulillah..entah mood apa datang semalam..waktu hendak solat Maghrib berjemaah, Aisy sibuk nak solat sama..Abang pun good mood hadiahkan 2 kopiahnya pada Aisy..bukan main suka lagi si kecik tu. Mula solat aje dia berdiri sama-sama..lepas tu..sibuk le main sorang-sorang. Dah akhir solat..salam tangan semua orang memang tak lepas!

Remain my cheeky boy! Aisy latest photo...

Mood baik Aisy semalam terbawa-bawa hingga nak ikut kakak dan abang mengaji pulak. Selalunya dia buka Muqaddam selak-selak aje..lepas tu sudah. Semalam..berjaya Aisy ikut Mama baca a..ba..ta..sampai ya..Allah..Allah..seronoknya Mama tak terhingga..nak tunggu genap 3 tahun baru nak baca elok-elok eh..harap-harap Aisy istiqamah lepas ni..Syukur ya Allah..kerana digerakkan pintu hati anak kecil ini untuk kenal huruf-huruf Al-Quran Mu..Subhanallah..hati ibu mana yang tak tersentuh..bila anak kecilnya menunjukkan sedikit peningkatan..hanya mampu berdoa agar dibukan pintu hati anak ini untuk terus mencintai Al-Quran Mu ya Allah..

Mama doakan Aisy Hakimi membesar menjadi anak yang soleh..beriman dan bertaqwa pada Allah..anak yang cintakan Allah dan Rasulnya..dan semoga Allah pelihara Aisy, abang dan kakak sebagaimana Allah pelihara hamba-hambanya yang soleh..semoga Mama yang banyak kekurangan dalam mendidik anak-anak ini akan terus tabah dan sabar mendidik Aisy adik beradik. Semoga Allah rahmati kita sekeluarga..In sya Allah..amiiin Ya Rabb!

Thursday, 18 April 2013

Rindu..

Rindu pemandangan ini..



dan juga ini..



Sungguh telah terpateri di sudut hati yang paling dalam..

Apalah maknanya rindu, kalau hanya diukir dibibir namun tak diterjemahkan dengan perbuatan...Hanya mampu berdoa agar diberi kekuatan dan keazaman untuk terus istiqamah..