CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, 15 May 2013

Doa Anak Bijak


Assalamualaikum semua,

Hari ni terasa nak berkongsi satu doa yang saya dapat, Alhamdulillah melalui rancangan Tanyalah Ustaz TV9. Sudah lama sebenarnya saya tonton rancangan ini dan berhajat hendak mengamalkannya. Menurut ustaz, doa ini adalah doa yang Rasulallah SAW bacakan pada Ibn Abbas sambil usapkan kepalanya semasa beliau masih kanak-kanak. Alhamdulillah, berkat doa ini Ibn Abbas menjadi seorang yang bijak dalam ilmu dan sangat tawaduk. Ibn Abbas adalah antara yang paling banyak meriwayatkan Hadith Rasulallah SAW.

Jom kita amalkan doa ini pada anak-anak kita. Bacalah sambil mengusap kepala anak-anak sebelum mereka ke sekolah..


للَّهُمَّ فَقِّاهْهُ فِي الدِّينِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيلَ


 Ya Allah, jadikan dia seorang yang faqih dalam agama dan seorang yang bijak dalam ilmu takwil

Untuk anak perempuan gantikan "faqihhu" kepada "faqihha" begitu juga pada "a'limhu' kepada "a'limha"

Insya-Allah..semoga anak-anak kita menjadi anak-anak yang bijak terutamanya dalam ilmu agama. Anak-anak saya, terutamanya Abang Azeem sangat suka bila saya letakkan tangan pada kepalanya dan bacakan doa ini. Bila Mama terlupa, Abang mesti ingatkan. Boleh dijadikan satu moment yang istimewa ibu dan anak-anak setiap hari..biar pun singkat tapi berkualiti insya-Allah..

Nota: Takwil secara ringkas bermaksud memahami maksud tersirat, berbanding tafsir yang bermaksud memahami makna tersurat..Wallahua'lam

Monday, 13 May 2013

Hari Ibu 2013

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah Hari Ibu tahun ini terasa lebih seronok biarpun tiada sambutan istimewa daripada keluarga. Hujung minggu lepas, kami tidak ke mana-mana..malah sempena Hari Ibu, saya melaksanakan tugas sebagai ibu lebih daripada biasa..hehe..terbalik plak ek..selalu hari Ibu, ibu-ibu diberi ala-ala cuti rehat daripada tugas biasa..saya tidak..sebabnye hari-hari saya diberi 'rehat' sebab tak cukup lengkap tugas sebagai ibu di rumah..:P. Jadinya hari-hari lah hari Ibu kan? heheh..

Kenapa saya katakan begitu? Sebabnya..hari-hari biasa jarang atau tidak pernah saya sediakan makan minum yang lengkap untuk suami dan anak-anak dek kekangan masa terutamanya hari-hari bekerja (itu semua adalah alasan cik asz! :P) Alhamdulillah..2 hari berturut-turut yang lepas, Allah beri saya kekuatan dan semangat untuk menyediakan hidangan makan tengah hari dan malam..sarapan terkecuali sebab encik suami tolong belikan..heheh..memang makanan tangan air sendiri lebih menyelerakan biarpun simple aje..maklumlah saya ni kan memang kurang cekap bab-bab memasak ni..puas hati bila tengok anak-anak especially Kakak Alysa dan Aisy yang memang selalu appreciate masakan saya biarpun jarang-jarang sekali dapat rasa masakan mama dieorang ni. Alhamdulillah kali ini lebih seronok sebab Abang Azeem pun ikut sama. Iye dah banyak improvement bab-bab makan ni pada Abang..nanti kita cite pada entry yang lain pulak eh..

Sempena Hari Ibu tahun ini, kakak being the most thoughtful person in family, awal-awal bulan 5 lagi sudah belikan hadiah untuk Mamanya ni. Kakak beli guna duit simpanannya sendiri. Malangnya saya tak sempat nak snap gambarnya disebabkan si Aisy yang awal-awal lagi rebut hadiah tu daripada saya. Biasalah si kenit tu sangat suke bab-bab buka hadiah. Perasan hadiah sendiri la tu eh Aisy eh?

Ini je la sempat capture..Aisy buat macam harta sendiri..
Main-main punye pasal..tercabut teddy bear kat bunga tu. Frust kakak dibuatnye..saya tak daya nak memujuk Aisy untuk pulangkan..lagi pula masa tu tengah sibuk-sibuk nak balik kampung mengundi..

Kakak ambil gam UHU tampal balik..tapi malangnya nasi dah jadi bubur...


Tak puas ati punya pasal..kakak beli lagi hadiah lain untuk Mama..kali ini lebih cantik..terima kasih Kakak..sekarang Mama tahu mana duit belanja Mama bagi Kakak hari-hari dah pegi eh? Pandai Kakak simpan duit..

Tersentuh dengan tulisan Kakak..sayang Kakak jugak..

 Untuk ingatan diri sendiri..ini lah yang Kakak tulis dalam kad buatan sendiri..

"Kakak Sayang Mama".."Mama kakak minta maaf kalau kakak ada buat salah kat mama. Kakak harap mama maafkan kakak dan kakak akan belajar bersungguh untuk menolong orang. Sekian terima kasih".."1 love Mom"

Ingat juga dengan pesan Mama pagi-pagi sebelum pergi sekolah ye.."Kakak belajar niat kerana Allah..Allah suruh kita tuntut ilmu, jadi kita pergi sekolah tuntuk ilmu sebab, ikut perintah Allah. Ingat ilmu yang kita dapat, biar boleh beri manfaat pada orang. Allah paling suka orang yang banyak memberi manfaat pada orang lain.."

Abang pula awal-awal minggu lagi dah beritahu.."Mama abang dah buat kad untuk Mama dah kat sekolah. Teacher simpan dulu nanti hari Jumaat teacher pulangkan untuk bagi Mama". Heheh...kanak-kanak memang cakap yang benar...Ini hadiah daripada Abang hasil tangan sendiri..

TQ Abang..Abang dah pandai lukis sekarang..Kakak yang ajar katanya..

Perasan tak kad sempena Hari Ibu tetapi gambar yang besar gambar Ayah & Abang. Heheh..bila ditanya mana Mama..tu kat sebelah rumah tu..Abang salah lukis katanya..terasa jugak hati Mama ni..Adakah sebab Mama kurang beri perhatian pada Abang..sehingga Abang lagi rapat dengan Ayah? Tak leh jadi ni..lepas ni kita gi dating dua orang nak Abang? :D

Inilah antara kenangan manis menjadi Ibu..membuatkan saya bertanya diri sendiri, adakah saya sebagai anak telah melayani Mama saya dengan baik..banyak lagi yang perlu saya baiki sebagai seorang anak pada Mama saya..Saya berdoa dikurniakan anak-anak yang soleh & solehah serta beriman pada bertakwa pada Allah. Pada masa yang sama, saya tahu saya terlebih dahulu perlu menjadi anak yang solehah untuk Mama saya. Kena telefon Mama sekarang jugak..

Wassalam..



Monday, 29 April 2013

Aisy Hakimi is 3!

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..Segala puji-pujian hanya bagi Allah..Syukur tak terhingga Allah masih pinjamkan amanah ini genap 3 tahun pada hari ini untuk tahun Masihi..Allah ya Allah nikmat yang mana satukah yang hendak didustakan..

Aisy Hakimi..masih lagi memegang status anak termuda dalam keluarga..Makin petah berkata-kata dan perkataan-perkataan yang dipilih dalam satu-satu ayat makin tampak dewasanya..hehe. Seperti yang sering disebut sebelum ini, Aisy banyak mewarisi sikap kakaknya..namun Abangnya tetap menjadi idola hatinya..mana tidaknya apa yang Abang punye semua jadi rebutan dia dan berani pula dia claim barang-barang Abang kepunyaan dia..heheh..biasalah anak sebaya ini..memang tak lekang dari episod rebut-merebut barang mainan..bukan itu sahaja..makanan pun jadi barang rebutan.:D

Aisy Hakimi masih menjadi 'center of attraction' dalam keluarga..yang paling sayang padanya tentulah kakak. Bila Mama dan Ayah dah malas nak layan sikap kuat merajuk Aisy, kakaklah yang selalunya akan pujuk..memang saya perasan itu..selalunya pujukan kakak berjaya..serasi..mungkin sebab mereka punya aura yang sama..heheh

Alhamdulillah..entah mood apa datang semalam..waktu hendak solat Maghrib berjemaah, Aisy sibuk nak solat sama..Abang pun good mood hadiahkan 2 kopiahnya pada Aisy..bukan main suka lagi si kecik tu. Mula solat aje dia berdiri sama-sama..lepas tu..sibuk le main sorang-sorang. Dah akhir solat..salam tangan semua orang memang tak lepas!

Remain my cheeky boy! Aisy latest photo...

Mood baik Aisy semalam terbawa-bawa hingga nak ikut kakak dan abang mengaji pulak. Selalunya dia buka Muqaddam selak-selak aje..lepas tu sudah. Semalam..berjaya Aisy ikut Mama baca a..ba..ta..sampai ya..Allah..Allah..seronoknya Mama tak terhingga..nak tunggu genap 3 tahun baru nak baca elok-elok eh..harap-harap Aisy istiqamah lepas ni..Syukur ya Allah..kerana digerakkan pintu hati anak kecil ini untuk kenal huruf-huruf Al-Quran Mu..Subhanallah..hati ibu mana yang tak tersentuh..bila anak kecilnya menunjukkan sedikit peningkatan..hanya mampu berdoa agar dibukan pintu hati anak ini untuk terus mencintai Al-Quran Mu ya Allah..

Mama doakan Aisy Hakimi membesar menjadi anak yang soleh..beriman dan bertaqwa pada Allah..anak yang cintakan Allah dan Rasulnya..dan semoga Allah pelihara Aisy, abang dan kakak sebagaimana Allah pelihara hamba-hambanya yang soleh..semoga Mama yang banyak kekurangan dalam mendidik anak-anak ini akan terus tabah dan sabar mendidik Aisy adik beradik. Semoga Allah rahmati kita sekeluarga..In sya Allah..amiiin Ya Rabb!

Thursday, 18 April 2013

Rindu..

Rindu pemandangan ini..



dan juga ini..



Sungguh telah terpateri di sudut hati yang paling dalam..

Apalah maknanya rindu, kalau hanya diukir dibibir namun tak diterjemahkan dengan perbuatan...Hanya mampu berdoa agar diberi kekuatan dan keazaman untuk terus istiqamah..

Monday, 18 March 2013

Mohon Cinta Daripada Allah

Assalamualaikum semua..

Dah lama sebenarnya berhajat nak kongsi perkara ini..dah lamaaa dah ustaz saya share di kelas..tapi niat asyik tertangguh-tangguh nak share...

Ingat tak dulu saya pernah share kata-kata Ustaz Pahrol tentang sentiasa berdoa mohon cinta pada Allah? Tak ingat? Ada..saya share di sini.

Syukur Ustaz kat kelas ajarkan versi Bahasa Arab..kan ke lebih baik kalo kita dapat berdoa dalam Bahasa Arab dan faham akan maksudnya..so jom la kita amalkan doa ini. Semoga kita dapat cinta daripada Allah..cinta yang kekal abadi..


Boleh bacakan itulisan ustaz saya kat white board ni? Anak murid bertuah ni pandai amik gambo aje..nak nulihnye "penyegan". Heheh..

Jom kita amalkan!

Thursday, 28 February 2013

Quotes of the day #21

Assalamualaikum semua..

Semalam diberi kesempatan dengar slot Prof Muhaya di radio ikim..terngiang-ngiang di telinga satu doa yang Prof kongsikan..dan saya sangat suka..harap dapat diamalkan.

"Ya Allah, berilkanlah aku kekuatan untuk mengubah benda yang aku boleh ubah dan kesabaran untuk menerima benda yang aku tak boleh ubah..dan kebijaksanaan untuk tahu beza di antara dua perkara itu"

Hati tersentuh..

Thursday, 14 February 2013

Teknik Nabi Muhammad dalam Mendidik Anak

Assalamualaikum semua,

Momentum menulis di blog makin lama makin hilang..hehe..walaupun kadang kala ada terfikir topik-topik menarik, tapi tiada kudrat mencari sedikit ruang masa untuk berblog..Alhamdulillah..hari ni bertekad juga nak menulis..biarlah tulisan ini menjadi satu ilmu yang bermanfaat

Sudah lama sebenarnya saya ingin berkongsi ilmu yang tidak seberapa ini dengan semua pembaca. Biarpun tak ramai, biarlah sedikit daripada tak ada langsung kan..pada adik beradik dan sahabat terdekat serta suami, ada saya juga saya sebutkan sedikit-sedikit..sebenarnya apa yang saya tahu sangat sedikit pasal teknik nabi Muhammad ini. Dalam banyak-banyak teknik ada satu sahaja yang melekat di kepala ni..dan insya-Allah saya cuba amalkan..sudah pun amalkan sebenarnya cumanya kurang konsisten..Saya percaya kalau konsisten..mesti hasilnya lebih menyerlah..

Asalnya saya terjumpa dengan teknik ni melalui satu blog Ustazah Siti Khadijah..link ustazah ada kat sebelah kiri blog ni bawah topik "Soul Nourishment". Dapat tahu pasal blog ni masa dengar rancangan Prof Muhaya di radio ikim. Jadi tergerak hati nak baca tulisan-tulisannya..memang sangat suka baca apa yang dikongsikan oleh USK dan memang mudah sangat nak faham kaitan antara satu hadith dengan apa yang USK praktikkan pada anak-anak muridnya. Hasilnya anak-anak murid kelas corot Ustazah ni ramai yang berjaya dan dpt banyak bilangan A untuk peperiksaan mereka.

Sambil-sambil baca dan ambil ikhtibar, saya cuba ambil mana-mana contoh yang boleh saya aplikasikan untuk anak-anak saya. Contohnya teknik pujian, sesuai bukan sahaja untuk guru aplikasi pada murid, tapi pastilah sesuai jugak untuk ibu aplikasikan pada anak-anak kan? Satu lagi yang saya suka..teknik untuk menyelesaikan pergaduhan..boleh baca di link ini..memang sangat sesuai untuk kita contohi sebab anak-anak kan memang selalu sgt bergaduh..biasa la budak-budak kan? Ada banyak lagi contoh-contoh yang best..so sila la layari laman web ustazah siti khadijah ni ye..ralit membaca kisah-kisah dia..

Barulah tersedar, rupanya saranan ahli psikologi untuk selalu memuji kanak-kanak rupanya dah lama ditunjukkan oleh nabi junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Subhanallah..terasa teruknya diri ini kerana selama ni terlalu agung-agungkan cara didikan barat..sedangkan banyak yang kita boleh pelajari daripada hadith-hadith nabi kita yang sememangnya mendapat ajaran secara langsung daripada Allah s.w.t melalui Jibrail. Pastilah ajaran daripada Allah yang terbaik sebenarnya untuk kita hambaNya betul tak?

Mungkin dah ramai yang tahu pasal teknik Nabi Muhammad ini, namun saya coretkan di sini secara ringkas sebagai peringatan buat diri ini di kala alpa..sedikit yang saya coretkan setakat pemahaman saya, yang terperinci boleh la kawan-kawan ke blog USK atau sahabat-sahabatnya seperti Pn Khairulaniza yang juga seorang guru dan mempraktikkan teknik ini kepada anak-anaknya. Blog Pn Khairulaniza pun ada saya link kan di bawah topik "Parenting" atau kalau nak senang klik aje di sini. Jadinya inilah sedikit ringkasan daripada saya, setakat pemahaman saya:

1. Tidak menyiasat atau bertanya soalan-soalan seperti kenapa, mengapa dan seangkatan dengannya
2. Tidak menegur kesalahan yang dilakukan sebaliknya beri penerangan..dengan kata lain buat ayat penyata..bukan ayat teguran..
3. Cukup sekadar dengan memek muka, tp tidak menegur andai kita mahu mereka tahu kesilapan mereka
4. Berilah pujian dan diikuti dengan impaknya..dengan kata lain terangkan pujian+impak. Berhati-hati bila beri pujian mestilah pada kelakuan atau sikapnya bukan pada orangnya
5. Apabila berlaku pergaduhan, jangan memihak pada sesiapa. Sebaliknya alihkan fokus mereka pada kebaikan masing-masing
6. Kalau kebaikan dibuat secara terbuka, berilah ganjaran dan pujian secara terbuka juga. Namun mestilah tidak spesifik pada individu tertentu..buat ayat general saja..Ganjaran yang sering saya beri adalah pelukan dan ciuman. Anak-anak sangat suka
7. Tidak membandingkan antara satu dengan yang lain

Alhamdulillah setakat sedikit-sedikit yang saya cuba, memang nampak benar hasilnya. Kakak, abang dan Aisy makin rajin tolong saya di rumah. Cukup dengan sedikit pujian, ringan saja mereka nak tolong saya. Adakalanya tanpa disuruh, terus saje mereka tolong. Abang dan kakak sekarang suka tolong saya basuh pinggan lepas makan. Kadangkala mereka bergilir, kakak tolong kemas dan lap meja, abang tolong basuh pinggan di dapur..Aisy pulak, lepas main bila minta kemas, dia akan mengemas. Memang adakalanya mereka tidak konsisten, saya percaya kita yang kena konsisten dulu..baru mereka akan ikut..

Satu pengajaran penting bila saya mencuba teknik Nabi Muhammad s.a.w. ini ialah, kita sebagai ibu lah yang terlebih dahulu kena ubah cara kita berfikir dan didik diri kita supaya sentiasa lihat kelebihan anak, bukan kelemahan mereka. Secara tidak langsung, kita ajar diri kita bersikap positif. Sebabnya, untuk beri pujian, kita mestilah cari ciri-ciri yang baik pada anak-anak kita kan? Selain itu, kita juga belajar untuk lebih sabar dan jaga mulut kita supaya tidak cepat aje nak menegur salah anak-anak. Jadinya bagi saya, teknik ini bukan sahaja baik untuk anak-anak, tapi sebenarnya baik untuk diri kita.

Sesungguhnya Nabi Muhammad itu lah guru kita yang paling baik dan ajaranya sahajalah yang paling tepat. Allahummasolliala Muhammad wa'alaalihiwasohbihi wassalam..