CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, 18 February 2012

Kakak's Turn..

Sekarang giliran kakak pulak kena chickenpox..as expected, memang tak dapat lari kalau dah sorang kena..jiran depan rumah pun, mula dari sorang, terus berjangkit ke dua org anaknye yang lain..masa Abg kena hari tu, tak de la saya beria sangat nak jauh2kan dieorg..ada masa teringat, pesan aje la..selebihnya saya biarkan aje..berserah kata orang..bertawakal kerana penyakit itu datang daripada Allah...

Hari Rabu lepas, dah nampak tanda2 Kakak kena chickenpx, jadi petang lepas balik keja, cepat2 bawa gi klinik..buat immediate decision, terpaksa export kakak balik rumah Tok Mama..setelah amik kira2 cuti yang sedia ada, and also probability yang nanti Aisy pun akan kena, terpaksa la kitorg hantar Kakak balik kampung..ada sedikit rasa kurang senang sebenarnya..rasa bersalah sebab bila anak sakit je antar terus ke Mama..dah la Mama dok jaga Tok Wan at the same time..tapi takde pilihan lain sebab saya tak boleh nak gilir2 cuti dengan en suami..maklumlah..ayah dieorg ni sangat sibuk...:P.

Alhamdulillah kabarnya kakak kena chickenpox ni tak seteruk Abg..maybe antibodi kakak is stronger kut..tercapai la cita-cita anak saya yang sorang ni nak bercuti daripada sekolah. Masa Kakak dapat tau Abg kena chickenpox dan tak payah gi sekolah, bukan main jealous lagi die. Siap cakap "Ala..kakak pun nak cuti jugak.." Harap2 sempat sembuh ye kakak sebab 27 ni ada Ujian Penilaian plak..

No comments: