Takut dengan topik ni..Sebenarnya tak tau nak letak tajuk apa..tapi itulah apa yang saya ingin kongsikan bersama..
Sejak akhir2 ini..banyak e-mail diterima daripada HR kitorg, membawa berita kematian anggota2 syarikat kami ni. Setiap kali datang e-mail sebegini, hati saya pasti tersentuh..dan sering saya tanyakan pada diri sendiri, apa pengajaran yang saya dapat daripada berita ini..kebanyakan mereka yang telah dijemput Ilahi adalah dalam usia 30-an..which means..dalam lingkungan usia saya..ya Allah, memang saya sangat2 terasa..dan saya percaya ini satu peringatan buat saya dan juga untuk kita semua, yang ajal tak mengira usia, tak mengira tahap kesihatan..seringkali yang sihat pergi dulu sebelum mereka yang kurang sihat..astaghfirullah, bila kenangkan nanti bila tiba masa kita, adakah kita sudah bersedia? Adakah cukup amalan kita? Tentunya kita tidak mahu, apabila kita sedar yang kita telah mati, barulah kita menyesal kenapa tidak kita gunakan masa yang Allah berikan pada kita di dunia untuk mengumpul sebanyak saham akhirat yang boleh? Teringat kata-kata Prof Muhaya yang diquote daripada Imam Shafie kalau tak salah, kebanyakan kita manusia ini masih tidur..kita hanya jaga setelah berada di dalam kubur! Ya Allah, saya mengingatkan diri saya sendiri..saya seringkali leka..selalu cakap tak serupa bikin..saya tahu, saya mahu tapi tidak saya usahakan bersungguh-sungguh hingga mampu..astaghfirullah! Ampunkan lah segala dosa2 ku Ya Allah..terimalah segala amalanku dan jauhkanlah daku daripada riak dan takbur ya Allah..
Yang paling saya terkesan, dua hari lepas bila terima berita salah seorang anggota anak syarikat kami, telah terlibat dalam kemalangan jalan raya di antara kereta, lori dan motosikal. Pembonceng motosikal dan juga pemandu kereta telah meninggal dunia..pemandu kereta itu adalah suami kepada anggota anak syarikat kami..sangat menyentuh hati kerana pada usia yang masih di awal 30-an sudah kehilangan suami..anaknya yang berumur 6 tahun patah kakinya..dan yang paling saya terasa, bila dapat tahu yang dia sedang mengandungkan anak yang kedua--berita yang baru diketahui Isnin lepas..Entah kenapa, berita ini membawa sayu di hati saya biarpun saya tak pernah kenal dia personally..sungguh saya bersimpati, dan saya pasti dia seorang wanita yang cekal dan tabah, kerana sesungguhnya Allah akan menguji hambaNya mengikut kadar kemampuan kita..Saya doakan sahabat ini cekal dan terus tabah demi anak-anaknya..
Saya tak dapat nak bayangkan kalau saya berada di tempat dia..adakah saya setabah dia..sesabar dia..ya Allah, janganlah Engkau menguji diri ini dengan ujian yang berat dan tidak dapat ditanggung olehku ya Allah..sesungguhnya saya sangat2 bersyukur Allah masih pinjamkan saya seorang suami yang sangat2 sabar dengan isterinya ini..Allah masih pinjamkan saya anak2 saya, mama dan abah, Allah masih pinjamkan saya adik beradik saya..syukurnya ya Allah dengan segala nikmat yang diberikan..Syukur ya Allah!
Thursday, 16 February 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment