CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, 29 November 2011

Sejernih Sinar Matamu

Hari ni tetiba tergerak hati nak tengok kat youtube ulangan siaran yang tak sempat nak tengok masa Raya Aidiladha yang lalu..Niatnye memang nak tunggu siaran tu, tapi akhirnya tak ingat..so melepas..Alhamdulillah, Allah Maha Mendengar bisikan hati..hari ni diberi peluang dapat link kat youtube..Alhamdulillah sambil2 session pumping pagi tadi, telinga dan mata diisi dengan siaran "Sejernih Sinar Matamu" melalui handphone saya..tak sesia En Hubby belikan phone ni kat saya..:D

Ya Allah, tak tau kenapa, siaran ni sangat-sangat menyentuh hati saya..sejak akhir-akhir ni senang sangat nak rasa syahdu..melihat seorang doktor yang mukmin seperti Prof Muhaya, membuatkan saya terfikir dan munasabah diri, di mana kedudukan saya sekarang ni..ya Allah..bahagianya menjadi Prof Muhaya. Saya yakin saham akhiranya sangat banyak..dan saya kagum sangat dengan cita-cita dia..hendak mati pada hari Jumaat dan di bulan puasa..tak pernah terpk dek fikiran saya yang jahil ni..dan yang paling best dan saya hendak simpan kemas-kemas dalam otak saya ni ialah kata-kata dia yang satu ini..

   " Sentiasa mencari redha Allah, bukan penghargaan manusia.."

Saya yakin, kalau kita berpegang pada kata-kata ini, hidup kita lebih tenang, diri kita menjadi kuat..dan kita boleh menjadi lebih sabar..saya sedang berusaha untuk terus pegang dengan kata-kata ini..sangat susah..memang susah tp mesti terus cuba hingga ke akhir hayat..

No comments: