CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday 3 November 2011

Maidless

Yes friends..I'm maidless again..:D..my maid run away last two weeks  it was Friday, penghulu segala hari..hari yang barakah for us to start our life once again without her presents..I took it as a good sign from Allah, of all the days, Allah gerakkan hati dia to leave us on Friday night..

That's one of the reasons of my silence..mood nak menulis hilang di samping rasa tak mahu terlalu meluahkan perasaan yang bercelaru di blog ni..and most of all, saya hanya mahu menulis apa yang sepatutnya saya tulis..bukan luahan perasaan semata-mata..:D

So how are we doing without maid? Alhamdulillah we are doing fine..Syukur sangat Allah kurniakan keluarga yang sangat-sangat supportive..and Terima kasih sangat pada Mama & Abah yang sanggup berkorban menunggu anak-anak2 saya selama 2 minggu ni sehingga cuti sekolah..lepas ni anak-anak ke nursery semula..Insya-Allah

It was hard at first to grab and understand the whole situation..sebab maid saya takde pun menunjukkan tanda-tanda tak suka keje dgn saya..and walaupun 2 minggu sebelum dia pergi, saya sangat2 tak sedap hati..dan mula merangka-rangka strategi nak mendidik die ke arah kebaikan, tak pernah terdetik di hati pra-sangka buruk pada dia..namun Alhamdulillah..saya percaya apa yang berlaku adalah yang terbaik untuk kami sekeluarga, terutama pada anak-anak saya. To be honest
honest, the first word came out from my mouth once I notice she left is ALHAMDULILLAH!

Well, it took me almost 2 weeks to digest the whole situation..and Alhamdulillah Allah beri ketenangan pada saya untuk teruskan hidup ini..bohong kalau saya katakan saya tidak marah pada dia..memang saya marah, walau saya cuba utk tidak marah kerana tahu marah saya bukan kerana Allah, maka tidak wajar saya untuk marah pada dia..namun saya hamba Allah yang lemah, saya tewas juga..atau mungkin ia lebih kepada rasa kecewa..entah la..

Seperti yang selalunya, apabila berlaku sesuatu peristiwa, Allah sentiasa takdirkan saya mendengar nasihat-nasihat di radio atau kelas agama, yang secara tidak langsung menjadi panduan untuk saya menghadapi situasi sukar waktu itu. Saya percaya ini semua aturan Allah..Maha Suci Allah!

Teringat saya pada kata-kata Prof Muhaya..

"Allah takdirkan kita bertemu atau berjumpa dengan sesorang kerana Allah mahu kita pelajari sesuatu daripadanya.."

"Setiap perkara negative yang berlaku, Allah mahu kita pelajari sesuatu daripada peristiwa itu..jadi tanya diri kita kenapa ia berlaku dan apa yang kita belajar daripadanya?"

Kata-kata itu membuatkan saya berfikir dalam-dalam..dan akhirnya saya telah membuat beberapa kesimpulan, pengajaran yang saya dapat daripada kisah ini..

Hidup kita hanya bergantung pada Allah, bukan pada manusia
Saya sangat-sangat faham perkara ini, seperti yang saya kongsi di sini dan sini. Atas sebab itu, saya kurang rasa susah bila dia tiada..sebab saya yakin, saya tanamkan dalam diri saya Allah akan bantu saya. Saya cuba focus pada kebaikan yang saya dapat bila saya sendiri yang menguruskan diri sendiri..memang ketiadaan pembantu bermaksud saya akan bertambah aktiviti fizikal di rumah..hihi, tapi saya anggap ini sebagai satu exercise tuk saya yang memang jarang exercise ni..:D. dan juga saya anggap, inilah peluang yang Allah beri agar kami sekeluarga saling bantu membantu keluarga kecil kami..semoga yang susah akan menjadi senang..insya-Allah..

Setiap doa kita insya-Allah akan Allah perkenankan, tidak sekarang, nanti...atau kalau tidak di dunia di akhirat nanti
Seperti yang pernah saya kongsi sebelum ni, doa adalah senjata kita umat Islam..maka berdoalah sentiasa pada Allah,  Apa yang saya pelajari dari episod ini, doa yang saya pohon pada Allah tetiap hari, agar anak saya sentiasa dipelihara dan dilindungi Allah, Alhamdulillah Allah telah makbulkan. Syukur dia tinggalkan kami sewaktu anak-anak ada bersama saya..itu lebih bermakna buat saya, daripada anak-anak saya ditinggalkan siang hari tanpa saya dan suami ada di rumah. Dan daripada kisah jiran-jiran, saya dapat tahu ada percubaan orang nak masuk rumah saya, semasa dia keluar rumah dengan anak bongsu saya ditinggalkan tido seorang diri dalam rumah. Alhamdulillah Allah pelihara anak saya, percubaan orang itu tidak berjaya!

Kita mestilah berilmu semoga doa kita adalah doa yang betul dan memberi kebaikan pada diri kita
Kenapa saya kata begitu? Kerana Allah telah beri saya satu pengajaran yang sangat ternilai..Alhamdulillah Allah beri saya ilham dan faham apa yang Dia ingin sampaikan pada saya. Bila saya tenungkan kembali doa-doa saya pada Allah, berkaitan dengan maid saya..barulah saya faham selama ini saya telah salah berdoa! Saya sentiasa berdoa agar Allah bukakan pintu hatinya agar sentiasa jujur dan ikhlas bekerja untuk saya..perhatikan..saya pohon agar dia jujur dan ikhlas untuk SAYA bukan ALLAH..Astaghfirullah..siapalah saya ni kalo nak dibandingkan dengan Allah..siapalah saya..terasa kerdil, terasa hina sangat2 bila saya seolah-olah cuba menandingi Allah..Saya rasa tertampar! Terasa sangat kekuasan Allah..terasa sangat yang Allah nak sedarkan saya..di mana kedudukan saya di sisiNya.. Saya sepatutnya berdoa agar dia jujur dan ikhlas bekerja kerana Allah..nescaya jujur dan ikhlas itu kekal lama..Saya pohon ampun padamu ya Allah..

Berbuat baik pada orang lain mustilah semata-mata kerana Allah, bukan kerana harapkan balasan daripada manusia
Ini lah pengajaran pertama yang saya dapat sebenarnya..baru saya sedar, selama ni layanan baik saya pada dia, adalah dengan niat agar dia akan berbuat baik juga pada saya dan keluarga..sekarang saya faham, niat itu sendiri dah salah..sepatutnya bila kita memberi, kita tidak mengharapkan balasan daripada orang itu sendiri..biarlah kebaikan yang kita buat dengan niat kerana Allah dan ingin mendapat keredhaan Allah..Nescaya Allah akan memberi balasan yang adil dan setimpal..kita kena yakin dengan itu!

Semoga dapat sama2 kita belajar daripada kesilapan-kesilapan saya..ilmu saya cetek, mungkin apa yang saya kongsi tidak betul konsepnya..saya hanya berkongsi pengalaman sendiri..

No comments: