Cukup pantas masa berlalu..hari ini genap 9 tahun masihi kami melayari bahtera rumah tangga..Alhamdulillah masih diizinkan Allah untuk bersama-sama menikmati suka-duka kehidupan bersama-sama. Alam rumahtangga tak selalunya indah..pasti ada suka duka yang harus dilalui..kata orang, first five years then 10th years pasti ada dugaan dalam rumah tangga..If that's true, then we have passed the first test, and will be facing the next one..ada sedikit rasa debar di situ..tapi hakikatnya, setiap hari adalah ujian..dunia ini adalah pentas ujian..jadi kenapa harus takut nak hadapi ujian? ye dak?
Alhamdulillah, sangat syukur kerana dijodohkan dengan suami yang sangat SABAR dengan kerenah isterinya yang seorang ini. Satu perkataan dah cukup nak gambarkan kerenah isterinya ni..DEGIL. Banyak lagi yang perlu saya perbaiki sebagai seorang isteri..untuk mencapai tahap standard isteri solehah, bukan satu perkara yang mudah. Kerana ganjaran yang sangat besar dari Allah, mana mungkin boleh dilalui dengan mudah..kerana saya seorang wanita yang sangat byk kelemahannya. Andai Allah izinkan saya kembali ke 9 tahun yang lepas, pada hari ini..I would have wanted to start the marriage all over again in different ways..sekarang baru saya faham, betapa pentingnya ilmu rumahtangga sebelum melangkah masuk ke alam rumahtangga. Baru faham, betapa pentingnya persediaan sebelum bernikah, setting up goals of the marriage, the path towards it etc. I missed that part, to be honest. Bila ditanya pada diri sendiri, apa tujuan aku kahwin dulu? Jawapannya bukan satu jawapan yang tepat, seharusnya saya jawab dari sudut pandangan yang Maha Pencipta.
Tapi tak guna menyesal apa yang dah lepas, have to look forward and perbaiki apa yang boleh selagi Allah pinjamkan nyawa dikandung badan. Syukur, Allah masih beri kesempatan untuk sedar dari tidur yang panjang. Masih punya waktu untuk perbaiki diri, sedikit demi sedikit. Tidak mudah untuk mendidik diri, mengubah tabiat yang sudah sebati dengan diri selama 30 tahun ini.. namun jalan berliku itu harus ditempuhi juga. Semoga Allah kurniakan saya kekuatan, dan keazaman yang berterusan untuk menjadi isteri solehah buat suami saya dan juga ibu solehah untuk anak-anak2 kami.
To my other half, TQ so much Yang for being with me through ups and down..I appreciate so much your patience and love. May our love strenghthen and blooms from day to day and may we be reunited in Firdaus insya-Allah.
"Cinta kerana Allah..moga kekal hingga ke syurga.."
3 comments:
Alhamdulillah...tahniah Ayni. Was thinking to wish dari semalam, bila hari ni lupa...:)
Semoga perkahwinan kekal abadi dalam rahmat dan kasih sayang Allah...
TQ CT, Needs the du'a very much!
Post a Comment