CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday 4 August 2011

Puasa & Solat

Ada terbaca status kawan2 di FB pasal puasa & solat..yang mana lebih utama dan perlu kita dahulukan dalam mengajar anak2 kita..rasa terpanggil plak nak share pendapat saya yang tak seberapa ni di sini..buat renungan kita bersama.

Saya bukanlah org yg pandai sgt bab2 ilmu ugama ni..tp dari apa yg saya belajar di sekolah, dan didikan ibu bapa saya, yang saya faham solat lah yang lebih utama. Kebanyakan kita, mungkin secara tidak sengaja, bila tibanya bulan Ramadhan, kita tekankan pada anak2 supaya berpuasa..tapi seringkali aspek solat kita kurang tekankan seiring dengan puasa itu..

Seawal anak berumur lima tahun, dah kita mula ajar anak supaya berpuasa..biarla tak ckop sehari penuh pun buat permulaan sekerat hari pun tak apa..sikit2 kita bawa anak2 kita supaya dpt puasa satu hari penuh..tapi terlintas tak pada diri kita untuk sama2 tekankan soal solat seiring dengan puasa itu? Bagi saya, itu lebih cantik dan lebih bernilai..kerana semua sedia maklum, solat rukun islam kedua manakala puasa pula rukun ke tiga. Dari sini saja kita dah nampak, solat itu lebih utama..lagi pula sering kita dengar solat itu tiang agama..bila solat kita sempurna, insya-Allah ibadat2 yang lain lebih bermakna..betoi dak?

Ada terbaca pendapat sahabat di FB, katanya puasa itu lebih mudah, sebab melibatkan aspek fizikal dan mental, walhal solat lebih kepada spiritual yang lebih payah nak diamalkan..apa salahnya kita ajar anak perkara yang mudah dahulu, baru lah yang susah..? Apa pendapat anda? Bagi saya, dengan ilmu saya yang cetek ini, puasa bukanlah sekadar menguji kita menahan diri dari lapar dan dahaga..lebih dari itu. Puasa juga melibatkan aspek spiritual, bukan fizikal dan mental semata-mata. Contoh mudah, kalo kita tidak yakin dengan Allah, adakah kita akan berpuasa dengan iklas, tidak makan dan minum walaupun tiada manusia yang nampak?

Ooppps..serius plak bunyinya asz hari ni ek?..ok la cukup la tu, kang tak pasal jadi kontroversi..ilmu pun tak ckop, nak cakap lebih2 plak ek..tp apa pula pendapat anda? Meh la kongsi kat sini..

2 comments:

Mayyonnizz said...

slm betul kak asz..

pagi tadi masa sahur dgr anak jiran (dlm 7 yo kot) menjerit2 taknak bangun sahur.. kalau kejap xpe.. selang seminit dia menjerit lagi..pasal tak nak bangun sahur.. tapi mak dia duk kejut2 lagi..

memang satu perumahan dgr..

pening gak kes mcm ni.. kakalu dh dekat 15 kejut stil xnak bangun ++ duk menjerit & maki hamun mak... ikhlas ke tu berpuasa.. kesian nanti..anak tuh lapar dahaga.

entahlah susah cakap... nak ajar pun salah tak ajar pun salah.

asz said...

ayu..mmg bukan mudah nak mendidik anak2 ni..ini pun satu ujian tuk kite parents kan? elok kalo dpt di'psycho' anak2 pasal puasa ni sebelom tiba bulan puasa..sekurang2nya mind dah set awal2. Cara paksaan mmg selalunya kurang berkesan..ingatkan diri sendiri jugak ni..