Last week, as usual sambil2 driving dengar rakaman slot Ustaz Pahrol..tajuk saya pilih ari tu 24 jam ibadah..ooh saya sangat2 suka..sebab memang pernah terpk2 sebelum ni, kalaulah ibadah kita hanyalah bila mana kita solat, baca Quran, puasa, umrah & haji..mcm mana nak utilise masa kat dunia ni untuk tambahkan bekalan pahala kalau saya ni hari-hari nak kena pergi keje..balik umah, punch card keje satu lagi plak..uruskan hal2 umah and anak2..kalau cemtu, skit sgt masanya saya boleh luangkan nak ngaji Quran, nak wirid byk2 skit lepas solat..baru nak wirid ada budak sudah bising nak susu. Kalau tak tido pun, tak boleh..Rasulallah pun melarang kita beribadat sampai tak tido..sebab Rasulallah pun tido jugak hari2..logik2 sendiri pk, kurang2 masa nak gi keje, niat kerana Allah..setiap apa nak dibuat..niatkan kerana Allah..setakat itu saje la yang saya boleh pk dengan ilmu yang cetek ni..Alhamdulillah, macam tahu-tahu aje saya mencari-cari jawapan apa lagi apa lagi..sungguh Allah itu Maha Mendengar..dengar slot 45 minit tu terjawab jugak soklan-soklan yang bermain kat pikiran ni. So..supaya apa yang saya dengar terus melekat di kepala..haruslah dijot down kan kat sini..iye dak?
Apa yang saya dengar hari tu, dikira sebagai ulangkaji apa yang saya belajar masa sekolah dulu..ibadat sebenarnye terbahagi pada 3 - mengikut ustaz.
1. Ibadah asas atau dulu masa sekolah dipanggil ibadah khusus i.e. solat, puasa, mengaji Quran, umrah & haji, zakat
2. Ibadah sunat - ibadah lain daripada yang wajib, kalau buat dapat pahala spt solat sunat, puasa sunat etc
3. Ibadah umum - selain daripada 2 ibadah tadik i.e makan, tido, keje kat opis, sapu sampah etc..tapi ada syaratnya kalau semua itu nak dikira sebagai ibadah..
Apa syarat2nye? Ustaz bagi sifir tuk kita pegang setiap ari..ada 6 perkara yang perlu dipatuhi supaya setiap pekerjaan yang kita buat dikira sebagai ibadah
1. Niat yang baik
Setiap apa yang kita buat, musti lah dimulai dengan niat yang baik..dan yang paling penting kita sebagai orang Islam, niat kerana Allah..bak kata Prof Muhaya niat semata-mata nak mencari redha Allah
2. Tidak melanggar syariah Islam
Maksudnya apa yang kita nak buat, mestilah tidak lari daripada apa yang Islam larang. Contohnya kalau nak berniaga, biarlah kita berniaga mende2 yang halal. Bila kita nak keje, biar lah dengan company yang berniaga mende2 yang halal..hmm..insya-Allah company saya ni buat business yang halal kut kan? Kalu tak harus tukar keje lepas ni..erk..
3. Perlaksanaan yang baik
Bila kita dah niat, dah pilih apa yang kita nak buat itu, biarlah perlaksanaannya dalam keadaan yang baik. Contohnya kalo nak berniaga, mestilah kita plan macam mana nak laksanakan perniagaan kita dengan baik. Nak jual, biarlah harganya berpada, tidak sampai memudaratkan orang lain, alat timbangan biarlah yang betol, bukan ada unsur nak menipu dan sebagainya..so jadinya tuk saya yang keje kat opis ni, haruslah saya plan keje saya biar nak buat cara baik..bukan sebab saya nak nampak bagus, sampai pijak org lain supaya org lain nampak tak bagus..ooh..minta jauh drpd buat mende cemni ye cik asz.
4. Melakukan yang terbaik
Yang ini maksudnya, setiap apa yang kita dah rancang, bila kita berniaga, buatlah yang terbaik. Ataupun kalau kita keje kat opis, buatlah sehabis baik, bukan sekadar ala kadar je..janji siap..<oopss peringatan tuk diri sendiri..adeh>
5. Tidak meninggalkan ibadah khusus
Bagi saya ini lah point yang paling penting, yang saya nak ingat sampai bila-bila. Sebabnya memang terkena dengan diri sendiri. Bila dah khusyuk buat keje, mmg saje je nak lewat-lewatkan solat..:P. Memang tertangkap kat hati bila Ustaz cakap, kalau dah masuk waktu, kita tak laksanakan solat, maka apa saja kerja yang kita buat sebelum itu tak dikira sebagai ibadah..aduss alangkah ruginya! dah la pahala solat kurang sebab solat lambat, keje tu plak tak dikira ibadah..jadik tolonglah sedar wahai cik asz yee..agak2 saya sanggup tak nak kuar dari meeting bila masuk je waktu solat eh?
6. Natijah yang baik
Maksud kat sini, setelah kita mendapat pulangan daripada apa yang kita dah buat, contohnya dapat untung daripada berniaga, pertama sekali musti lah diagih-agihkan untung itu. Gaji pekerja musti dibayar, dan selebihnya musti allocate untuk bersedekah..saya kira tuk kes macam saya ni, lepas dah dapat gaji, harus kena allocate tuk sedekah selain daripada berzakat..ye dak?
So kekawan, kita kena la ingat sifir ni sentiasa dengan kita, supaya setiap apa kita buat dikira ibadah. sebab zaman skang ni, lebih banyak masa kita dengan ibadah umum ni daripada ibadah khusus..maybe this is a good remedey tuk sedapkan hati bila letih buat keje kat opis n lebih-lebih lagi kat umah..harus saya ingat sifir ini..:D
P/S - Kalau rasa kurang puas ati lah dengan notes2 cik asz ni, boleh la pegi ke laman web ikimfm ye..detailsnya ada pada slot Mukmin Professional bertarikh 26 Dec 2011..dengarlah sendiri..best!
Wednesday, 11 January 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment