Semalam Mama ambik Abg Azeem awal skit daripada biasa..syukur, semalam ayah kurang sibuk, boleh balik awal daripada biasa..jadiknya Mama decided ambik Abg terus balik umah..selalunya, Mama balik umah dulu, angkat baju, lipat baju, sediakan makanan, sidai baju dan seumpamanya..bila dah siap2 sume, sebelum pukul tujuh baru la pegi ambik Abg kat school and Kakak & Aisy kat taska.
Sebab semalam lebih awal daripada biasa, sempat terserempak dgn teacher Abg yang sorang lagi tu..Mama tak ingat nak tanya namanya..Teacher tu tanya Mama..
"Kak, Azeem ni memang tak makan nasi ke?"
"Ha ah teacher, dari kecik tak makan nasi. sebutir nasi pun kalo letak sekali dengan sup pun die boleh ludah buang"
" Tapi kak..dia pandai..kitorg panggil dia Ustad..."
Waaah berbunga-bunga hati Mama ni tau...Abg plak terus je jalan kat keta..maintain macho..segan le tu org dok puji2 die..tapi Mama tau, dalam hati sangat2 kembang kan Abg kan?
Masuk je dalam keta Abg pun mula lah bercerita..
"Mama..teacher suh Abg jadik ketua..teacher suh Abg ajar kawan2 Abg...Abg sebut Red semua org ikut sebut Red, abg sebut Green sume orang ikut Mama..sebab orang lain tak tahu lagi..abg dah tau dah..."
eksyen la tu ek..walaupun hati Mama berbunga-bunga, terbit jugak rasa risau kalau perkara-perkara cemni boleh menanamkan rasa riak dalam hati anak Mama ni..so terus Mama cakap..
"Alhamdulillah..Abg kena syukur tau Allah bagi Abg jadi pandai..Abg pandai ni pun Allah yang bagi, kalau tak syukur, bila-bila masa je Allah boleh ambik balik..kalau Allah tak bagi Abg pandai tak?"
Abg pun geleng2
"So kena syukur tau..tak mo sombong2 bila kita pandai..sume ni Allah bagi pinjam aje..."
"Mama...mama kalau Abg tak good boy, nanti Allah ambik balik sume kan Mama kan?"
Mama angguk aje..terlupa plak Mama nak pesan, dengan kelebihan yang Abg ada ni, haruslah dikongsi sama ngan orang lain. Dengan ilmu yang kita ada, kita kena ajar pada orang lain..insya-Allah beroleh pahala..nanti suatu hari nanti kalau Abg terbaca blog ni, harap2 Abg dapat ingat dan pegang pesan Mama ni tau sayang..
Tuesday, 31 January 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment