Subhanallah..semalam saya mendapat pengajaran yang sungguh2 berharga secara terus daripada Allah s.w.t. Saya rasa begitu..menusuk ke lubuk hati yang sangat dalam..saya pasti ini satu ujian kecil buat diri saya yang sungguh kerdil, yang masih jauh daripadaNya..saya tak pasti berapa markah lulus saya semlm..namun saya harap saya lulus ujian tersebut biarpun kurang cemerlang..
Semalam, setiap waktu solat fardhu semasa di opis, saya ambil peluang untuk muhasabah diri. Terkesan dengan kata-kata Yasmin Mogahed, saya berfikir panjang..apakah barang yang hilang itu sudah saya gunakan selama ini untuk menuju Allah..jawapannya jelas, hanya satu yang digunakan..yang lagi dua hanyalah perhiasan untuk kepuasan diri semata-mata. Maka jelas di mata, mana satu alat yang lebih diperlukan. Saya sedar, barang yang paling disayang itu, bukanlah barang yang sangat saya perlukan..itu pengajaran pertama..
Kedua, kita perlu belajar untuk tidak terlalu 'attach' dengan nikmat dunia..kena belajar supaya apa yang ada kita ada tidak lekat di hati, hanya di tangan untuk dikongsi dengan mereka yang memerlukan. Tidak salah kita mencari harta untuk keselesaan hidup di dunia, namun keselesaan itu harus digunakan sebagai alat untuk kita lebih dekat dengan Pencipta kita..harta itu bukan matlamat, harta itu hanyalah alat!
Ketiga, belajar untuk mengakui bahawa segala2nya adalah milik Allah, justeru Allah punya hak untuk memberi dan mengambil semula pinjamanNya pada kita..pada bila-bila masa. Ini sangat saya terkesan kerana berjumpa semula dengan barang2 yang hilang itu, di tempat yang mana telah saya cari sebelum ini...tak nampak dek mata saya ini biar pun berkali-kali saya menjengah ke tempat rutin tersebut. Namun akhirnya bila Allah pinjamkan semula pada saya, jelas barang itu terletak hanya di atasnya sepanjang hari, tidak sedikit pun tersembunyi..ya Allah, saya terasa sangat kekuasaan Allah..jika Allah tak izinkan kita melihat, pasti kita tak akan dapat melihat..Subhanallah! Lebih terkesan, apabila turutan ketiga-tiga barang tersebut dijumpai, adalah mengikut turutan yang mana saya lebih perlukan..Subhanallah!
Terus saya sujud syukur..syukur sangat2 pada Allah kerana beri pengajaran yang sangat-sangat berharga pada diri saya yang hina ini..sungguh! Terasa Allah sangat dekat..sangat dekat..
Pagi ni Alhamdulillah, Allah ajarkan saya lagi bila dengar Motivasi Pagi daripada Ustaz Ebit..yang saya kira akan saya cuba amalkan kiranya saya mengalami peristiwa seumpama ini..Doa di bawah ini adalah doa yang Rasulallah ajarkan pada Ummu Salamah daripada Hadith Riwayat Muslim, ketika Ummu Salamah ditimpa musibah kematian suami tercinta.
إنّا للهِ وَإنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ ، اللَّهُمَّ أجِرْنِي في مُصِيبَتي
وَاخْلفْ لِي خَيراً مِنْهَا
Maksudnya: Sesungguhnya kita milik Allah, dan kepadaNya lah kita akan dikembalikan. Ya Allah, kurniakanlah bagiku (ganjaran) dalam musibahku dan berilah aku ganti yang lebih baik daripadanya.
Ini lah yang sepatutnya kita doakan bila mana kita menghadapi sebarang kehilangan, tak kira kematian atau sebagainya..kita harus yakin, apa yang Allah ambil dari kita, pasti akan digantikan dengan ganjaran yang lebih baik..kalau tidak pun di dunia ini, pastilah di akhirat sana yang kekal abadi..
Saya memohon keampunan daripada Allah..
No comments:
Post a Comment