CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, 2 December 2011

Singkat

Pagi tadi dengar ulangan siaran radio ikim untuk slot Mukmim Professional..sangat-sangat terkesan di dalam hati saya ulasan Ustaz Pahrol ni..bagi saya apa yang dibincangkan dalam topik "Tahrah Dalam Kehidupan" adalah satu ulangkaji..bukan saya tidak pernah tahu pasal 6 jenis alam yang kita manusia pasti tempuhi..sume tu dah termasuk dalam sukatan pelajaran kalo tak salah zaman sekolah rendah lagi..


1. Alam Roh
Di alam ini semua roh telah berjanji dan mengaku bahawa Allah itu Tuhan mereka..

2. Alam Rahim
Alam kasih sayang kata ustaz..lihat saja pada namanya "Rahim" kan ini nama Allah yang bermaksud Maha Penyayang..<kenapa la selama ni saya tak nampak kaitan ini..>

3. Alam Dunia
Alam yang kita harungi sekarang ini..hakikatnya alam ni sangat2 singkat. 1 tahun di akhirat bersamaan dengan 1000 tahun di dunia..kalau kita congak 1 hari di dunia adalah lebih kurang 1 setengah jam di akhirat! Singkat sangat kan masa kita..ibaratkan kita mengambil satu exam di dewan peperiksaan..ya Allah! Masa yang ada janganlah kita sia-siakan. Peringatan untuk diri sendiri..

4. Alam Barzakh
Alam border antara dunia dan akhirat. Masa ni kita seolah-olah direman dan masa ni dah boleh bau habuan kita di sana..sama ada berbau wangi taman-taman syurga atau berbau busuk api neraka..nauzubillah

5. Alam Mahsyar
Alam di mana kita dibangunkan dan dibicarakan..waktu itu, semua anggota badan kita kecuali mulut akan menjadi pendakwa dan saksi kita. Sebab itu ustaz cakap kita kena sedar, anggota badan kita ini hanyalah pinjaman untuk kita..bagi saya anggota ini lah seolah-olah perisik daripada Allah yang memantau setiap amalan kita yang baik atau yang jahat..

6. Alam Syurga atau Neraka
Yang mana kita kekal selama-lamanya..


Tapi itulah, kalo tidak dilihat dengan pandangan mata hati, ilmu itu sekadar ilmu pengetahun yang dihafal tanpa mendalami dan memahami apa maksud sebenarnya. Ya Allah terima kasih kerana hari ini, ulangkaji saya bersama Ustaz Pahrol telah memberi kesan dalam hati yang mendalam..dan saya melihat betapa cantiknya perancangan dan susunan-susunan kehidupan yang Allah telah buat untuk kita hamba-hambanya..subhanallah! semoga berkekalan di dalam hati dan diamalkan..aminn..

Susah hendak saya jelaskan dan share di sini dengan perkataan apa yang terasa di hati..lebih mudah kawan-kawan boleh dengarkan di sini. Cari slot Mukmn Professional

No comments: