CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday 28 December 2011

Quotes of the Day..continue

Salam readers,

Ingat tak lagi first entry saya on quotes of the day..yang the first one? Kalau tak ingat boleh baca kat sini.

I jotted down in this blog, because there were few incidents that lead me to these words from Allah. And again, Allah emphasise them to me in last few weeks about it during my Tafsir lessons. Dah lama ingat nak share tapi tak sempat..Alhamdulillah hari ni ada peluang, jadi saya share kat sini ayat nya..dari surah Al-Imran ayat 191. Translation ada kat previous entry ye..

الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىَ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ
وَالأَرْضِ

رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Dari class itu, baru saya tau sebenarnya kita boleh amalkan ayat di baris terakhir itu sebagai satu doa. Bila mana kita melihat ciptaan Allah, bacalah doa ini. Kita membenarkan apa sahaja ciptaan Allah, pasti ada tujuannya..tidak sia-sia.

Seperti dalam kisah tentera bergajah yang mana Allah utuskan burung-burung Ababil yang membawa batu daripada neraka..mengapa Allah utuskan burung-burung yang kecil, yang membawa batu daripada neraka tapi tidak membawa kemudaratan pun pada burung itu, sehinggalah batu-batu itu terkena tentera-tentera bergajah. Logik akalnya, gajah lagi besar daripada burung kan? Musti lah gajah lagi kuat daripada burung, namun Allah utuskan burung-burung tersebut kerana mahu kita manusia berfikir dan melihat kekuasaan Allah. Hanya dengan izin Allah, burung-burung yang bawa batu yang sangat panas dan berbisa itu tidak apa-apa. Hanya dengan izin Allah, apabila batu-batu itu mengenai tentera bergajah, maka musnahlah mereka semua..Allahuakbar..

Nota: Hati masih terasa yang saya belum menjiwai ayat ini sepenuhnya..hati masih terasa ada lagi yang Allah hendak sampaikan tapi masih belum saya faham maksudnya...apakah?





No comments: