CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday 27 September 2011

Percubaan Pertama..

First thing I want to say is..Alhamdulillah..percubaan pertama Ahad lepas menjadik! :D..hehehe..sudah berumur cegini baru akhirnya berjaya membuat nasi lemak..hihihihi..

Ye kekawan, cik asz ni selain tak suke membuat essay BM mahupun BI, satu lagi subjek yang kurang gemar ialah memasak..hihi..iye..saya bukanlah wanita sejati..memasak kan sinonim dengan wanita kan? Walaupun pada hakikatnya ramai Chef terkemuka datangnya dari kalangan lelaki iye dak? Saya cuma memasak untuk ahli keluarga saya, tuk makan hari2. Itu pun lauk pauk biasa yang simple2..ramuan pun simple2..buat kek, buat kuih, buat biskut..nahi karunggaa..tak penah dibuat..lagi best tak pernah teringin nak buat..even masa En Hubby offer nak belikan microwave + oven masa mula2 buat kitchen cabinet dulu pun daku menolak penuh sopan..bukan ape..kang membazir bogheh jek..:P

Namun Alhamdulillah, menjadi jugak nasi lemak saya minggu lepas..syukur..banyak yang saya pelajari dari episod ini sebenarnye.."hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih". Dan yang paling penting, jangan under estimate kebolehan diri. Allah S.W.T jadikan kita manusia semuanya special dengan kebolehan masing-masing. Jadi cariklah kelebihan diri, andai sukar banyak-banyak la berdoa. Kan ke berdoa itu senjata kita umat Islam?

Well, saya tahu saya tak pandai masak..tapi dengan sedikit usaha termasuk banyak-banyak berdoa pada Allah, insya-Allah boleh menjadik. Dan juga yang penting, niat kita itu kerana Allah..buat sekian kalinya, saya rasa puas dapat masak dan menjamu kawan2 En Hubby dan family..sebelum ini cik asz mmg sangat tak gemar nak menjamu tetamu..alasan biasa..malas la..nanti badan letih masak la, nanti masak tak sedap malu la..nak kemas pinggan mangkuk dan sebagainya..saya lebih focus kepada perkara2 negative yang akan saya dapat instead of perkara2 positive..sunggu tak bagus kan..?

Tapi kali ni..lain rasanya..bila lihat puas nya hati tetamu makan dengan penuh selera..puasnya hati nampak mereka tambah berpinggan pinggan. Lagi puas ati bila lebihan masih lagi dimakan oleh suami semalam..berpinggan-pinggan biar pun dah byk kali perangat..Ya Allah seronoknya rasa itu..rasa letih, lelah hilang begitu sahaja..sungguh! Sekarang baru faham, bila orang bercakap, seronok menjamu org makan..

Ooppss..tak sempat langsung nak snap gambo makanan2 tu sume. Sibuk melayan dan seronok tgk org makan..sampai tak terlintas langsung nak snap nasi lemak cik asz yang pertama..hihi..:D

No comments: