CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday 19 September 2011

Travelog Impian Abadi..itu yang tertulis

Sequel daripada novel Travelog Cinta Abadi..Masa yang Berlalu..perkataan pertama komen daripada saya..sangat BEST! Puas ati! :D. Berbaloi2 beli sendiri daripada pinjam saje drpd kawan..:D

Spt yang saya hajati, nak abihkan buku ni weekend ni..Alhamdulillah Allah tunaikan hajat saya..bak kata komentar dlm buku ni- Yatie, leka baca hinggal ke nokhtar terakhir..mmg tak bole stop! Saya start baca ari Jumaat tgh..ari Sabtu pagi siap baca! Asal ada waktu terluang musti curi2 baca..sampai kena sound ngan En Hubby..sebab terleka..ikut ati tak tido pun takpe sebab nak sudahkan..tp terpaksa mengalah bila mata tak mampu lagi nak bukak..:D

Biasa la, as a mommy, mmg payah nak dpt duduk sorang2 menelaah dan menghayati buku dari first page sampai ke sudah. In between kena stop..of course le kan nak kena solat, nak kena sediakan makan minum..kemas2 umah skit iye dak..walaupun jauh di sudut hati, teringin nak berkurung sorang2 dalam bilik dan khatam sampai abih. Kalau diberi peluang saya rasa boleh habihkan dlm masa beberapa jam aje..

Baru la tau cemana rupanya K.Roza bertemu jodoh dgn Abg Kamilnya..:D. Sweet..and mmg respect K.Roza ni, die bole ingat detail2 kenangan lampau yang dah lama ditinggalkan..saya of course la tak macam itu..bila baca novel2 die ni, saya cuba kaitkan ngan diri saya..cuba2 kenangkan kisah2 silam saya..nyata sgt samar2..sungguh tak alert dan tajam pemerhatian saya ini. Dan yang paling saya terasa berbezanya dia dengan saya, ialah hubungan dia dengan Penciptanya..sungguh saya tak pernah berdialog dengan Allah sebagai mana dia. Selama ini saya ingatkan, kita hanya boleh berdialog melalui doa selepas solat sahaja..saya ingatkan musti 'formal' bila memohon doa pada Allah..tak pernah rasanya ada lintasan2 hati memohon hajat pada Allah pada secara spontan..

Itulah pengajaran paling besar untuk diri saya setelah membaca dua novel daripada K.Roza. Dan insya-Allah akan cuba melatih diri 'berdialog' dengan Allah tak kira masa..saya percaya itu salah satu cara kita sentiasa letakkan Allah di hati kita..Wallahualam..

Tak sabar nak tunggu sambungan seterusnya lepas ni..

2 comments:

#yeRn# said...

nak pinjam! :D

asz said...

bole bole..tp minggu ni den tak balik kg ye..