CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, 30 December 2011

Last day of work for 2011..welcome 2012

It's the last day of work for 2011..how time flies..aci dak kalo ari ni nak focus mind set tuk next year aje? nak kemas2 barang2 kat meja opis ni..nak buat mana2 yang patut..dengan harapan tahun depan nak make sure meja opis ku ini sentiasa kemas dan teratur, especially b4 balik umah..so pagi2 datang tgk meja kemas..sejuk rasa ati. dok usha meja2 orang..apesal ek lawa2 je? Apesal meja opisku tak lawa? hik hik..that could be one of my azam next year la kut eh?

Ooh by the way, alang2 dah nak masuk 2012, soklan tipikal org2 selalu tanya apa azam tahun baru ni? hihihi..so saya pun cuba la nak menjawab soklan tu sendiri..yg terlintas di kepala..tak payah tunggu nak tahun baru, baru nak berazam bagai..rasa nak buat terus je buat tak kira masa..selalu terbaca kata-kata hikmah tak ingat daripada siapa, kalau nak berbuat baik, jangan tangguh-tangguh. Takut tak sempat buat baik, nyawa dah terpisah daripada badan..

Anyway, syukur pada Allah kerana kita masih diberi ehsannya untuk bernyawa pada hari ni..bermaksud kita masih diberi peluang untuk perbaiki diri sendiri. Jadi apa salahnya kita gunakan kesempatan tahun baru untuk muhasabah diri ye dak? Lets move one step behind and see what we have achieved so far and what we want to do next..yang penting, bak kata Prof Muhaya kena banyak syukur..syukur dengan apa yang kita ada..<ooh..tetiba rasa diri tak cukup bersyukur lagik..>

Ada satu tips, yang saya sebenarnya dah lama nak share, dan utk peringatan diri sendiri..apa pun yang terlintas di pikiran kita, kita nak achieve tahun depan..penting sekali kena TULIS. Yes tulis..and byk pakar motivasi cakap kena tampal biar hari-hari nampak..Tapi yang saya pegang, tak tampal pun takpe..hihih..berdasarkan kursus yang pernah saya pegi sebelom ni < terima kasih companyku> saya percaya bila kita tulis dan listkan "what I want to have", "who I want to be" "what I want to do" insya-Allah minda bawah sedar or minda segar kita akan push diri kita tuk capai apa yg kita tulis tu. Kan minda segar kita sangat2 powerful...95% minda kita dikawal oleh minda segar..selebihnya baru minda sedar..Analogynye seolah-olah kita tgk ice burg..kat atas nampak skit je, tp kat bawah tu..uish kemain besar..<mcm la penah tgk iceburg ye dak?..hihi> Jom kita sama-sama list down apa kita nak tahun 2012 nak?

Tahun lepas saya ada buat list..tak tau pi mana dah list tu. Teringin nak tengok balik... Saya dapat rasakan 2011 ni tahun yg amat bermakna buat saya..sangat2 bersyukur sebab Allah beri saya kesedaran, beri saya peluang ke majlis-majlis ilmu..yang byk membuat saya berfikir dan muhasabah diri..banyak kesedaran namun untuk melaksanakan perubahan itu bukan mudah. Namun saya percaya, kita tak boleh putus asa..bak kata ustaz saya, teruskan usaha nak buat baik, jgn putus asa..biar syaitan sahaja yang putus asa! :D best kan kalo cemtu..?

Ooh, saya belom buat list lagi tuk 2012, satgi nak buat..saya akhiri entry saya hari ni dengan satu article ada org post kat wall Prof Muhaya..saya sangat2 suka! Hayatilah..:D <apesal saya tak pandai tulis macam die ni ek..?>

------------------------------------------------------------------------------------------------------


It's end of the year & we see the Most Common Phase
"What is your New Year Goal? Dream Big Dream Big" :))


I used to review my goals yearly
& Write long To Do List to prepare for the New Year
...
My Past Success Mentors taught me
Dream Big, Have a Big Goal
Create your Dream Board
Paste everything you WANT there
Your Dream House, Dream Car, Dream Vacation

My Current Success Mentor Teaches me
something Simple Yet Profound :)

As I reflected on His Sayings, I realized ...

There is No New Year Goal
when Every day and Second
our Goal is only for Allah,
From the day we are born till we die,
There is only One Goal - Allah

The Tools to Reach Allah may Differ
Study
Get Married
Have Kids
Set up a Business
Learn a New Skill
Go to Hajj
Travel
The List goes on and on

But the Goal Never Changes
All Done for Allah

There is no Bigger Dream
Than the Dream of Being with Allah in Jannah

So what is your New Year Goal? *)


www.facebook.com/SoulDetox

Thursday, 29 December 2011

Jalan Clear

Alhamdulillah..jalan sgt2 clear semalam dan hari ni...sonoknye kalau hari-hari pegi keje, jalan smooth aje..memang jarang sangat dapat peluang cemni..jadi haruslah dinikmati selagi boleh..tapi petang semalam eventhough kuar opis on time, jln sgt la jem..aduss...memang itu lumrah cuti sekolah, pagi clear petang jem..sabo aje lah..eh kata ari tu suke jem bole dengar ikimfm punye recorded slot ngan Prof Muhaya, Ustaz Pahrol etc..? Apa kes nak tensen plak ni..:P. Dialog dengan diri sendiri..sila abaikan ye...

Ooh..mental dan emosi saya kurang stabil..entah tak semena-mena jadik panik plak sekolah dah nak buka ni. Macam2 soklan datang kat pikiran..can I manage the kids and my home with stress free..? Will the kids behave well? What should I do to manage them? How do I manage my time with house chores and at the same time allocating some time for the kids..oohh not to forget dear hubby too..

Adeh, tetiba rasa cuak plak sebab kenangan uruskan semua2 tu sebelom ada maid adalah sgt2 stressful..well well..saya mengingatkan diri sendiri..stress ke tak stress adalah pilihan kita sendiri..so if I choose to enjoy the tasks..mustilah tak stress ye dak? oo minda cik asz..silalah berpikiran positif..sentiasa berdoa dah berserah pada Allah, mohon supaya Allah permudahkan segala urusan. Hanya pada Allah kita harus bergantung, tiada yang lain untuk menguruskan rumah tangga..hatta suami sendiri pun..:P. Percayalah biar susah di dunia agar mendapat ganjaran di akhirat kelak..janji niat musti ikhlas..oh hati sila lah ikhlas!

Harus saya hayati pesanan Prof Muhaya ni..(oo how I missed her words..die bercuti 2 minggu..)

Banyak orang fikir tentang time management tapi kurang yang fikir tentang mental management. Mental management lebih efektif supaya kita fokus kepada setiap aktiviti. Mereka yang suka risau mesti rancang bila ingin risau dan berapa lama dan bila nak gembira dan bersyukur dan apa emosi yang akan kita rasa pada waktu mana. Ini kunci ketenangan dan kebahagiaan kita. Emosi yang kita pilih menetukan kehidupan kita. Lagi kita bersyukur lagi kita bahagia. Jika kita niat untuk menjadi soleh atau solehah insyaAllah. Lihat dan jaga niat kita dan emosi setiap saat

Can't agree more Doc! Thanks so much!

Wednesday, 28 December 2011

Quotes of the Day..continue

Salam readers,

Ingat tak lagi first entry saya on quotes of the day..yang the first one? Kalau tak ingat boleh baca kat sini.

I jotted down in this blog, because there were few incidents that lead me to these words from Allah. And again, Allah emphasise them to me in last few weeks about it during my Tafsir lessons. Dah lama ingat nak share tapi tak sempat..Alhamdulillah hari ni ada peluang, jadi saya share kat sini ayat nya..dari surah Al-Imran ayat 191. Translation ada kat previous entry ye..

الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىَ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ
وَالأَرْضِ

رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Dari class itu, baru saya tau sebenarnya kita boleh amalkan ayat di baris terakhir itu sebagai satu doa. Bila mana kita melihat ciptaan Allah, bacalah doa ini. Kita membenarkan apa sahaja ciptaan Allah, pasti ada tujuannya..tidak sia-sia.

Seperti dalam kisah tentera bergajah yang mana Allah utuskan burung-burung Ababil yang membawa batu daripada neraka..mengapa Allah utuskan burung-burung yang kecil, yang membawa batu daripada neraka tapi tidak membawa kemudaratan pun pada burung itu, sehinggalah batu-batu itu terkena tentera-tentera bergajah. Logik akalnya, gajah lagi besar daripada burung kan? Musti lah gajah lagi kuat daripada burung, namun Allah utuskan burung-burung tersebut kerana mahu kita manusia berfikir dan melihat kekuasaan Allah. Hanya dengan izin Allah, burung-burung yang bawa batu yang sangat panas dan berbisa itu tidak apa-apa. Hanya dengan izin Allah, apabila batu-batu itu mengenai tentera bergajah, maka musnahlah mereka semua..Allahuakbar..

Nota: Hati masih terasa yang saya belum menjiwai ayat ini sepenuhnya..hati masih terasa ada lagi yang Allah hendak sampaikan tapi masih belum saya faham maksudnya...apakah?





Friday, 23 December 2011

Aisy at 20 months

Update:

Ooopss..sebenarnya Aisy dah 20 months..adei la ini Mama sudah lost track umur anak sendiri..apa cite ni..:P

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Rasa lama pulak tak update pasal this one cheeky boy..Aisy is almost 18 months now..he progresses very2 well Alhamdulillah..cuma Mama die sorang ni je asyik2 tak ingat nak jot down kat sini..so it's high time la ye to capture his progress..

Lets see..

1. Budak kecik sorang ni memang sgt ramah antara sume2 anak Mama ni..mulut sentiasa berbunyi tho awal2 dulu tak berbutir org cakap..hehe..tp skang ni dah kuar dah butir2 word die tu..among others Mama <wajib musti kena pandai dulu..hehe>, ayah, nak air <iye..sekali kuar 2 butir terus ye..>, tak nak, car, bird, cat etc..skang ni tgh time suka ajuk apa org cakap..yang paling Aisy belom improve, bila panggil ayah sebut "mama" bila panggil mama sebut "ayah". tertukar ek sayang? puas dah dok ajar..insya-Allah lepas ni pandai le tu..:D

2. For sure Aisy dah start faham instruction..bila suh wash hand, pegi dapur terus ke sink tunjuk tangan kat kita minta basuhkan..bila cakap throw into dustbin, pegi ke tong sampah buka tong sampah n buang sampah..:D. Oh..Mama die perasan little boy ni cerdik okie..

3. Unlike his Abg..Aisy enjoy food very2 much..especially non-baby food sangat2 la suke..Alhamdulillah Aisy suke makan nasi..especially lauk sup yg ada kentang..kentang sgt2 die suke..sejak dua menjak ni dah nampak tanda-tanda memilih makanan...dah pandai pilih mana suke mana tak..janji lebih suke makan daripada tak..:D

4. Of course Aisy is still fully breastfeed! Yea! Mama masih berjaya mengepam dengan jayanya di opis..Alhamdulillah rezeki Aisy..supply is still enough tho memang volumenye yang semakin merudum..saba2 4 months more to go..


5. Sangat2 manja dengan Mama okey..balik nursery je, masuk dlm keta terus cakap "nak susu..nak susu". Sampai Mama nak drive pun tak bley, dok menangis2 dlm keta..saba aje lah..So first thing sampai umah..susu dulu..baru Mama bole buat keje lain

6. Sangat suka baling barang..adoi la..ini memang trade mark budak kecik ni..apa aje barang die pegang, dah boring terus je baling..kuat plak tu. Kakak & Abg selalu jadik mangsa especially bila budak kecik ni bad mood..masa marah memang konfem barang sume kena baling..

7. Suke kiss ayah, kakak and abg bila mama suruh..of course baby2 yang lagi kecik dari dia, sibuk nak kiss kiss..:D. Tapi kalo suh kiss mama..byknye tak mo..apesal ek? Sabo jek..

8. Pandai kemas barang..lepas main, kalo kita cakap simpan barang, musti die pegi simpan kat tempat toys die..Oh baru teringat cite Tok Mama, kakak or abang balik dari sekolah je, Aisy musti sambut kat pintu, pastu cepat2 amik kasut Kakak or Abg simpan dalam tempat kasut..:D. Comel! And satu lagi yg best, ada sehari tu Mama balik dari opis, buka socks, die terus amik nak pegi simpan..Mama ikut die senyap2 tengok kat mana die nak simpan..Tau dak kat mana? Kat dalam almari dapur..tempat simpan food! Hahaha..

Alhamdulillah..syukran ya Rabb for such a wonderful kids given to me..

Thursday, 22 December 2011

Insaf

There were chain of incidents happened since few months back that give significant impact to myself personally...so it is a must for me to jot down it here..

Hmm..dunno how to start..let me begins with this..

Since I first knew about Prof Kamil's blog, visiting his blog is a routine for me. I just don't wanna miss his entry..so inspiring..and it always touches my heart. During last hajj months, Prof always share with us readers on his guests who visited him and his family. It came to my surprise that one of my ex-division mate was one of his guests..subhanallah..what a small world.

What impressed me further is to the fact that this ex-colleage of mine, a guy was the least <I mean among those> person I would expected to perform hajj at this early years..well what could I say, I had kind of not good experience working with him during my early years in this company. Honestly I never like him..I label him as a person with sweet tounge..heheh..you can just feel that whatever compliment coming from him is not sincere, it was just an act of courtesy and part of his job as sales person who wants to get a good support from a product person like me..

In the photo, he looked a bit different..I have to admit that he has changed..got a slap on my face! And that makes me realised that what Allah mentioned in Quran is true enough..Allah choose whoever He wants to be given His Hidayah..and what makes me decided to share this with you today is because..my path crossed with this guy again yesterday..and masya-Allah..looking at his face and the words that came out from his mouth are the sign that he has really2 changed! Confirm!

I learnt a great thing --> Don't ever judge other people..only Allah knows what's in people's heart..don't ever feel that you are better than others..I told myself..look, he has moved further than you in this journey towards redha Allah..and I questioned myself..where is my position right now?  Insaf...

Wednesday, 21 December 2011

Perang

Sekarang tengah mode tak dak idea nak tulis ape kat blog. Rasa-rasa ari tu ada terpk nak tulis certain-certain topic. Tapi bila ngadap laptop ni, ilang melayang segala idea tu..memang selalu cegitu ek? Harap-harap tak bersawang la blog nih..

Or maybe diri sedang berada di tahap kurang stabil..sungguh, banyak sgt berperang dengan diri sendiri..sangat-sangat takut kalo tertewas dengan ujian...nauzubillah..sungguh byk episod saya berperang dengan diri sendiri sekarang ni. susahnya nak jaga hati...jangan lah saya tewas dengan keletihan berperang dengan diri sendiri..ya Allah tunjukkanlah hambamu ini jalan yang lurus..pimpinlah daku ke jalan yang diredhaimu ya Allah..

Friday, 16 December 2011

Busy2

Oo..that's just a reason for not updating this blog..:D. Actually was on leave for a week, balik kampung for my bro in law's wedding. Well, being me..bila balik kampung, laptop walaupun bawa, letak tepi. Susah betoi nak buka..it's family time..others can wait..ye dak?

Talking about 'busyness', pernah terbaca satu article from Suhaiwebb.com yang menyentuh hati saya. It was few months ago actually. Been wanting to share this with you all, but tak tersempat-sempat. Intentionnye, nak baca balik semula..and absorb the idea once again..it's quite lengthy tho..but please read them through..it reminds us who we are and why we are created into this world...link here

This Hadith I found from Prof Kamil's book..which is much related to the topic we are discussing here..it's a good reminder to us..Kejar lah akhirat, dunia akan mengejar kita..

"Wahai anak Adam! Lapangkan masa beribadah kepadaku, nanti Aku akan penuhkan dadamu kekayaan, dan aku akan menutup kemiskinanmu. Jika engkau tidak melakukan yang demikian, nanti Aku penuhkan tanganmu dengan urusan dan kerja dan aku akan menutup kemiskinanmu! (Hadis Qudsi direkodkan oleh Ahmad)

Thursday, 8 December 2011

Quotes of the day #3

“Berpenat lelahla kerana sesungguhnya kesenangan itu selepas kesusahan,jangan berduka cita kerana hidup ini meletihkan,sebab demikianlah hidup ini diciptakan”-imam syafie

Wednesday, 7 December 2011

Something to ponder for us parents..

When a child fails an examination or does not do as we expected them to, it is not the end of the world. Many parents react in a way that causes irreversable psychological damage to the child. Some of the most successful people in the world have repeated many examinations due to initial failure. If we love our children, we will not make them feel useless due to having failed an exam or two. Each child has a unique gift and is a superhero in his or her own way. It is up to us to recognise that in them and appreciate it. At times an A grade child is made to suffer in silence because the only comment received is 'We expected an A+ from you!'. That is ridiculous. Also those who praise one child and ignore the other are guilty of being unfair. This causes a child to rebel to seek attention and can cause serious hatred between siblings. We must appreciate each child and always guide, help and encourage them throughout the year. Be there for them when they need you most. Never should a child be suicidal because he cannot relate to his parents. Such parents need to adjust before regret overtakes them. ~ Mufti Ismail Menk

Tuesday, 6 December 2011

I WANT THIS!

Ooh..I really want this..especially the first one..




Kenapa ya? Sebab...

1. Saya ada niat nak mengubah sempadan iman..mengubah diri kepada yang lebih baik
2. Hanya dengan mengubah diri sendiri baru kita dapat mengubah orang lain di sekiling kita..especially keluarga kita. Saya mahu jadi isteri, ibu dan anak yang baik pada keluarga saya!
2. Kalau nak berubah, mesti ada strategi..salah satunya saya pilih nak bangun solat malam dan memperbaiki amalan zikir harian
3. Mana-mana ustaz pun yang saya selalu dengar tazkirah mereka selalu menganjurkan solat malam termasuk idola saya Prof Kamil..:D
4. Saya nak tahu apa amalan-amalan yang baik dan elok kita amalkan semasa solat malam dan juga amalan-amalan zikir Rasulallah
5. Saya teringin nak merasa kemanisan solat malam seperti ustaz kat opis saya cakap terutamanya di bulan Ramadhan..
6. Saya teringin sangat nak mengamalkan amalan-amalan zikir Rasulallah dengan harapan diterima sebagai amalan Sunnah Rasulallah
7. Yang paling penting saya teringin sangat-sangat nak rasa kelazatan solat malam..teringin sangat2!

Entry ini ditulis sempena giveaway dianjurkan oleh casa arina yang pertama kalinya yang saya jumpa memberi hadiah yang saya anggap sungguh bernilai untuk saham akhirat!

Monday, 5 December 2011

Motivasi Pagi..

Saya quote kata-kat prof Muhaya di FB..
 
"Jika sebagai pekerja kita kerja sedikit mungkin untk mendapat sebanyak mungkin hidup akan sentiasa susah sehingga kita menukar tabiat dgn berbuat lebih dari yang di bayar. Going the extra mile adalah tabiat orang yang berjaya dunia dan akhirat. Mereka yang berkira dgn Allah dan makhluk Allah yang lain tidak akan disukai dan tidak akan tenang dan bahagia. Bahasa mereka ialah ' ini bukan kerja saya'..., baut apa kerja lebih sangat', buat apa baik sangat'. alangkah rugi. mereka ni sentiasa sibuk melihat orang lain dan cuba mencari kesalahan orang untuk menutup kelemahan mereka. Setiap kali kita guna bahasa yang tidak eluk kesan nya akan kembali pada kita sendiri. hari ini niat nak fikir baik , ada perasaan baik dan buat baik. tanya diri kita kita yang bertanggung jawab atas diri kita atau biarkan keadaan menentukan perangai kita. lihat keluraga kita dan syukur kita ada keluarga dan jangan marah marah"
 
Terima kasih Prof..kerana mengingatkan saya..saya akui memang ada masa-masanya saya akan bertanya soklan-soklan di atas..isk isk..
 
Yang ayat akhir tu..pang..kena pipi sendiri..uhuk uhuk..

Friday, 2 December 2011

Singkat

Pagi tadi dengar ulangan siaran radio ikim untuk slot Mukmim Professional..sangat-sangat terkesan di dalam hati saya ulasan Ustaz Pahrol ni..bagi saya apa yang dibincangkan dalam topik "Tahrah Dalam Kehidupan" adalah satu ulangkaji..bukan saya tidak pernah tahu pasal 6 jenis alam yang kita manusia pasti tempuhi..sume tu dah termasuk dalam sukatan pelajaran kalo tak salah zaman sekolah rendah lagi..


1. Alam Roh
Di alam ini semua roh telah berjanji dan mengaku bahawa Allah itu Tuhan mereka..

2. Alam Rahim
Alam kasih sayang kata ustaz..lihat saja pada namanya "Rahim" kan ini nama Allah yang bermaksud Maha Penyayang..<kenapa la selama ni saya tak nampak kaitan ini..>

3. Alam Dunia
Alam yang kita harungi sekarang ini..hakikatnya alam ni sangat2 singkat. 1 tahun di akhirat bersamaan dengan 1000 tahun di dunia..kalau kita congak 1 hari di dunia adalah lebih kurang 1 setengah jam di akhirat! Singkat sangat kan masa kita..ibaratkan kita mengambil satu exam di dewan peperiksaan..ya Allah! Masa yang ada janganlah kita sia-siakan. Peringatan untuk diri sendiri..

4. Alam Barzakh
Alam border antara dunia dan akhirat. Masa ni kita seolah-olah direman dan masa ni dah boleh bau habuan kita di sana..sama ada berbau wangi taman-taman syurga atau berbau busuk api neraka..nauzubillah

5. Alam Mahsyar
Alam di mana kita dibangunkan dan dibicarakan..waktu itu, semua anggota badan kita kecuali mulut akan menjadi pendakwa dan saksi kita. Sebab itu ustaz cakap kita kena sedar, anggota badan kita ini hanyalah pinjaman untuk kita..bagi saya anggota ini lah seolah-olah perisik daripada Allah yang memantau setiap amalan kita yang baik atau yang jahat..

6. Alam Syurga atau Neraka
Yang mana kita kekal selama-lamanya..


Tapi itulah, kalo tidak dilihat dengan pandangan mata hati, ilmu itu sekadar ilmu pengetahun yang dihafal tanpa mendalami dan memahami apa maksud sebenarnya. Ya Allah terima kasih kerana hari ini, ulangkaji saya bersama Ustaz Pahrol telah memberi kesan dalam hati yang mendalam..dan saya melihat betapa cantiknya perancangan dan susunan-susunan kehidupan yang Allah telah buat untuk kita hamba-hambanya..subhanallah! semoga berkekalan di dalam hati dan diamalkan..aminn..

Susah hendak saya jelaskan dan share di sini dengan perkataan apa yang terasa di hati..lebih mudah kawan-kawan boleh dengarkan di sini. Cari slot Mukmn Professional

Thursday, 1 December 2011

Qoutes of the day #2

 Dipetik daripada lirik lagu Mata Hati dari Hijjaz..

Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu BERSIH


Renung-renungkanlah..boleh baca ulasan yang dibuat oleh Ustaz Pahrol di sini..

Tuesday, 29 November 2011

Sejernih Sinar Matamu

Hari ni tetiba tergerak hati nak tengok kat youtube ulangan siaran yang tak sempat nak tengok masa Raya Aidiladha yang lalu..Niatnye memang nak tunggu siaran tu, tapi akhirnya tak ingat..so melepas..Alhamdulillah, Allah Maha Mendengar bisikan hati..hari ni diberi peluang dapat link kat youtube..Alhamdulillah sambil2 session pumping pagi tadi, telinga dan mata diisi dengan siaran "Sejernih Sinar Matamu" melalui handphone saya..tak sesia En Hubby belikan phone ni kat saya..:D

Ya Allah, tak tau kenapa, siaran ni sangat-sangat menyentuh hati saya..sejak akhir-akhir ni senang sangat nak rasa syahdu..melihat seorang doktor yang mukmin seperti Prof Muhaya, membuatkan saya terfikir dan munasabah diri, di mana kedudukan saya sekarang ni..ya Allah..bahagianya menjadi Prof Muhaya. Saya yakin saham akhiranya sangat banyak..dan saya kagum sangat dengan cita-cita dia..hendak mati pada hari Jumaat dan di bulan puasa..tak pernah terpk dek fikiran saya yang jahil ni..dan yang paling best dan saya hendak simpan kemas-kemas dalam otak saya ni ialah kata-kata dia yang satu ini..

   " Sentiasa mencari redha Allah, bukan penghargaan manusia.."

Saya yakin, kalau kita berpegang pada kata-kata ini, hidup kita lebih tenang, diri kita menjadi kuat..dan kita boleh menjadi lebih sabar..saya sedang berusaha untuk terus pegang dengan kata-kata ini..sangat susah..memang susah tp mesti terus cuba hingga ke akhir hayat..

Thursday, 24 November 2011

Nasi Arab

This is a definitely a delayed post..but feel like jotting them down somehow..why? Because our adik kicik was supposed to put this entry but seems that she must have forgotten about it! :P.

It was the last month if I'm not mistaken where our complete family went for lunch at Damsyik Nasi Arab in Seremban. It was our adik kicik's treat for the family on her first salary! Caiyok! Dah keje adik kicik sorang ni....semoga mendapat rezeki yang halal..elok la tu belanja selalu..:D. Lepas ni dpt promotion haruslah belanja lagik ye..:D

The rice was OK..but I love the one I always have at this office more..which I didn't get the brand names..It is actually one of our GM's brother's nasi arab..Lepas ni harus nak pekena Syaba' pulak ek..dengar macam sedap tapi tak penah plak dpt peluang nak merasa..sungguh ketinggalan cik asz ni ek..

Ok la jom la kite layan gambo2 yang sempat dicapture..selebihnya harapkan kakak & adik kecik ku capture..selamat dlm camera masing-masing aje la jawabnye tu..

Yang sebenornye nak tunjuk air jus ni memang best!


Kan betoi cakap..si kecik ni sekali dah dapat air, nasi pun dah tak mo makan..minum ngan straw pun tak cekap lagik..:D

My little boys..adik badik susuan..uih..apa yang menarik sangat tu?


OoOo..pasangan romantis ni ye..? Kasik can laa..

Wednesday, 23 November 2011

Quotes of the Day..

While driving to work this morning, as a norm saya buka radio ikim..skang ni pagi2 saya memang tertunggu-tunggu slot motivasi pagi..sebab terasa diri kurang motivasi..hehe..jadi harus diisi hati saya ini dengan kata-kata yang baik-baik dan positif..dengan harapan hari saya hari ni akan bermula dengan sesuatu yang baik..:D

Oh topic pagi pasal makanan hati..saya tak dpt tangkap siapa yang bercakap pagi ni..takpe, yang penting isi kandungan penyampaian tu kan? Sejak dua menjak ni, saya memang suka dengar bab-bab hati ni..terasa hati saya sangat lama dah tak dimaintain..entah bape tebal karatnye tak tau lah..jadi memang berminat sangatlah nak tau macam mana nak kikis karat-karat tu kan..Alhamdulillah, pagi ni Allah sampaikan pada saya melalui radio ikim..

Sebenarnya, tak byk yg lekat kat kepala otak ni..yang melekatnya satu 'quote' ni..daripada Allah s.w.t.

'Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi, silih pergantian antara siang dan malam, terdapat tanda-tanda bagi orang yang BERAKAL FIKIRAN. Siapakah mereka itu....merekalah yang sentiasa mengingati Allah dalam keadaan mereka berdiri...dalam keadaan duduk...dan dalam keadaaan berbaring, seraya mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi, lantas mereka berkata....'Maha Suci Allah, tidaklah Engkau menciptakan semua ini dengan sia-sia....Maha Suci Engkau, maka jauhkanlah kami dari azab api neraka' - Al Imran:191

Saya terpanggil nak share di sini sebab seperti biasa 'kebetulan' bila buka FB pagi ni, dari FB Mukmin Professional..ada jugak dishare quote ni. Bagi saya, ini bukan satu kebetulan sebenarnya. Saya ambil ini sebagai peringatan Allah pada saya, supaya saya hayati maksud ayat di atas. Saya ni memang, cakap sekali, dengar tp tak masuk..dua kali dengar..baru terasa eh..nak kena bagi perhatian ni..Jadinya, saya 'jot down' ayat ni di sini..senang saya nak refer nanti in case 'laluan' saya hampir terpelencong ke arah lain..heheh..

Baru terkesan dengan kata-kata ustaz kat radio tadi. Antara makanan hati ialah berzikir pada Allah dan berfikir tentang kesabaran Allah. Ustaz kata, sambil-sambil driving tu, apa yang kita dok buat? Eloklah kalau masa memandu tu, kita pandang alam..dan berfikir kaitkan dengan penciptaan Allah. Agar kita rasa betapa besarnya kuasa Allah dan nikmat yang Allah beri pada kita. Kita mampukah nak hidupkan pokok-pokok di tepi jalan? Kita mampukah nak bina bangunan tinggi dan hebat2 kalo bukan Allah beri ilham pada manusia? Inilah antara makan-makanan hati..jangan biarkan hati kita kosong kata ustaz..

Kalau dulu saya sangat tak suka driving..skang ni ikhlasnya saya tak kisah kalau saya kena drive sendiri pegi keje..Ini lah "me" time utk saya. Sorang-sorang dalam keta, dengar motivasi pagi, saya selesa dan bebas nak berfikir dan muhasabah diri..petang balik keje pun sama..another 'me' time utk saya sebelom saya punch card kerja no.1 di umah..:D. Sudahnya traffic jem tu adalah satu opportunity utk saya ada lebih "me" time..:D. Amacam positif tak pagi ni?

Tuesday, 22 November 2011

Cuti Sekolah

Finally, dah cuti sekolah..kejap nye masa berlalu..tup tup kakak dah abih darjah satu, nak naik darjah 2. Abang dah nak masuk tadika 5 tahun..budak kecik Aisy ni dah nak masuk 2 tahun..how time flies..

Cuti sekolah ni, takde perancangan nak pergi cuti-cuti..sebabnya, weekend sepanjang bulan 12 ni insya-Allah dah penuh..dengan wedding adik iparnya...dah cukup memenuhkan jadual..Lagipun, kakak dan abang dah di'eksport' balik kampung. Cuma si kecik je dengan kami...maknanya sepanjang mama & ayah keje, Aisy ke taska. Niat dihati, biar semua dengan kami, tapi Mama insist nak budak dua orang tu balik kampung. Aisy takde pilihan sebab Aisy still full breast feed..so boley kasi alasan susah nak bangun malam nak pump susu buat stock..hihi..

Maknanya semalam, was Aisy first day at nursery. Of course la die menangis sebab tak kenal kakak-kakak yang jaga die di nursery tu. Tho nursery tu, dia dah pernah duduk sebelum ni dari umur 3 bulan sampai 10 bulan, of course la die tak ingat. Lagipun, kakak-kakak yang dulu dia kenal semua dah takde. Sekarang sume kakak-kakak baru..

Mamanya semlm control macho..antar die terus je tinggalkan. Tak de patah-patah balik tengok die..aduss..padahal kat dalam ni ya Allah, robek juga rasa hati ni...satu hari semalam hati tak tenteram kat opis. Puas pikir apasal la susah hati sangat ni. Agaknya risaukan Aisy agaknye kut? Niat di hati nak balik seawal mungkin, kalau boleh sebelum hari gelap. Tapi, kita manusia merancang. Allah juga yang menentukan..semalam lambat jugak..En suami busy nak buat cemana..

Hari ni pagi, Aisy sonok sebab dia dapat ikut naik keta..selalunya pagi-pagi Aisy kena tinggal. Bukan main senyum lagik dia. Tapi sampai je depan nursery, terus peluk Mama. Ari ni peluk kurang kuat skit daripada semalam..and of course nangis lagik. Takpe, Mama tau anak mama sorang ni kejap je nangis. Kang dapat mainan, senyap la die. Aisy budak baik, tak susah jaga dia..sama macam Abang dia dulu. Insya-Allah hari ni Mama minta doa pada Allah, ayah kurang sibuk, boleh amik Aisy awal skit kay?

Kakak dan Abang mama kurang risau sebab tau dieorg dalam jagaan yang baik..Mak sendiri jaga, haruslah rasa senang hati kan? Cuma sian jugak kat Mama, tak dapat nak rehat dah tua-tua macam ni. Masih kena jaga cucu jugak. Tak dapat rasanya nak balas jasa Mama & Abah..Anak nya ni cuma dapat doakan Allah ampunkan dosa-dosa mereka dan semoga mereka ditempatkan di syurga Firdaus di sana..insya-Allah..amiin.

Argh..sunyi pulak di umah skang ni..bila anak-anak takda, sunyi..bila ada pening kepala..hihihi

Wednesday, 16 November 2011

SRAI SS19 School Carnival 2011

Besides Abang's Anugerah Cemerlang nite, last weekend was also Kakak's School Carnival day which begins from Friday up to last Monday. Perhaps, this was the first time her school organised such event which I personally see as a good effort from the school to generate additional income. There were lots of activities, which I didn't bother to take note..hahah..tho I got the letter with all the itemised schedule for each day..sungguh anti sosial cik asz sorang ni..

Nevertheless, untuk tak menghampakan kakak, we brought her to school on Saturday since she insisted to join a colouring class and contest on that day. I would say kakak is the creative type, she love drawing, colouring and invent things from recyle material etc..I support her interest tho it means a lot of mess at home..so I just to remind her to also clean and keep all her stuff once she's done with whatever activity she has in mind..

It was a session with Uncle Uneh..a good ones indeed..infact there was special appearance of Buzz mascot..understand it from TV2 kids' programme..<well..I didn't watch tv so much these days..mind my lack of awareness on tv shows..>



so here's the outcome..:D




Kakak looks not so happy with the results of her drawing and colouring..which to me is good enough for the first timer like her..she never been exposed to any art class before. I figure Kakak must have lost her confident that she decided not to join the colouring contest..which means the RM 5 we spent was donated to school just like that..<Allah bagi peluang buat amal..:) look at the bright side..> but it's OK kakak..for me your colouring is nice..believe in yourself..there's no right or wrong answer as far as art is concerned..keep that in your mind dear..we love you always..

Monday, 14 November 2011

Tadika Al-Husni Majlis Anugerah Cemerlang 2011

Last night was Azeem's first experience on Majlis Anugerah Cemerlang..he started early at 4yo instead of Kakak..since kakak tak abihkan sekolah masa umur 4 tahun..hihi..

Banner..wajib kena capture..:D

Alhamdulillah, this time around, he behaves well..unlike his first experience during sports day last time as wrote down here. This time around mama teringat nak pesan awal-awal yang dia kena berkumpul dengan teachers..that mama wouldn't be around to accompany him..and he understood that very well..die sendiri pergi berkumpul ngan kawan-kawan bila teacher panggil..

And the most important thing why I got to jot down it here is because, last nite was his first experience walking on the stage claiming his prize..Alhamdulillah! Mama is so proud of you son..it was so unexpected that you have reached this far..really!

My handsome boy..penyejuk hati mama..tho skang dah makin nakal..:D
I captured this for you as you remembrance..so jangan susah hati nak buka hadiah.


Oh of course abang ada buat persembahan malam tadik..abang berlakon jadi tentera Abrahah..siap pegang pedang bagai..lepas tu nyanyi ramai-ramai siap dengan aksi-aksi sekali..that was your first performance son..hari tu masa sports day malu-malu kan..? mama tak sempat nak capture dalam phone. Takpe, lepas ni kita bole tengok balik once teacher kasi vcd nanti eh? So proud of you sebab Abang dah tak malu-malu lagi nak perform on stage..

Ini la sebabnya kenapa mama tak sempat nak tengok anak mama ambik hadiah atas stage, and tak sempat nak capture gambo Abang perform..

Budak kecik yang tak reti duduk diam..habih satu dewan di tournye..:P
Oh..baru teringat ayah sempat snap gamba Mama, Abg, Kakak and Aisy kat depan dewan..Mama tak sempat nak transfer..tak saba-saba nak buat entry ni dah..:D. Nanti kalo rajin kita letak kat FB pulak eh...

Sampai je umah Abang terus minta susu and tido..hadiah pun tak mo bukak..mama tau..sayang la tu ek? Nak menikmati the moment bukak hadiah ek? Ayah and Kakak tak sabar nak tengok hadiah Abang..mama Ok je..:P.

All in all..was a great moment for the whole family..Mama doakan Abang jadi anak yang soleh, sentiasa solat 5 waktu sehari semalam dan mengaji Al-Quran..Kalau ada rezeki, sampaikan hajat Mama nak Abang jadi sorang tahfiz yang professional..Insya-Allah Amiinn...

Friday, 11 November 2011

11.11.11

Cantiknya tarikh hari ini...11.11.11..jadi musti la nak kena buat entry ye dak? Eventhough takdak isi kandungan sangat..konon2 nak buat kenang-kenangan..

Itu la saya ni, manusia biasa..tarikh dalam kalendar Masihi la yang nak kenang-kenangkan sangat..tertanya-tanya jugak pada diri kenapa tidak pada kalendar Hijrah..kalendar Islam..?
Bangun pagi-pagi tadi dah terpk..eh ari ni 11.11.11..cantiknya tarikh..pastu terpk..bape aribulan ek kalendar Hijrah..padahal baru lepas Raya Haji, harus senang la nak track iye dak? Tapi tak de initiatif pun nak pegi carik..biorkan aje sebab lagi suke 11.11.11.

Masa nak tulis entry ni, memang tak dak idea nak nulis ape..sambil2 tunggu page blogger ni loading..saya singgah blog saifulislam..dush..terkena sebijik di muka dengan entry ustaz..sila la baca di sini..ringkas tapi padat..Ya Allah, terasa sangat Allah nak sampaikan ini pada saya..saya percaya ini bukan satu kebetulan..ini lah perancangan Allah pada saya..saya terima dengan penuh kesyukuran..

Wednesday, 9 November 2011

Silence is Golden

Ecewah..silence is Golden sangat la tu ek? hihi..

Ye saya tahu, makin lama makin kurang entry di blog ini..minta ampun sgt2 bukan tak mau menulis, cuma saya ada lebih priority lain dlm jadual hari-hari..sejak-sejak di unit baru ini, mmg banyak masa dituntut untuk kerja-kerja saya..lepas kerja pulak, keluarga adalah priority saya, jadinya update blog ni bila ada kelapangan aje la jawabnye..hihi..

Ooh..Alhamdulillah, petang ni Allah bagi sedikit masa untuk saya update blog ni. Sambil-sambil tunggu signal daripada En Hubby.. Hari ni tak drive sendiri..so terpaksa la saya tunggu En Hubby yang tak pernah tak sibuk itu..huhu..mungkin Allah nak uji tahap kesabaran saya agaknye tak? Jadi, sabo aje lah cik asz ye..bak kata Prof Muhaya..focuskan pada yang positif...negative tu buang jauh2..tetiba rasa diri lebih positif daripada biasa..:D

Oooh..sebenarnya byk lagi keje yang tak siap ni..tp tahap penyakit "M" ni tak tau nak cakap. Byk mende nak kena baca, tp ya Allah liatnye nak absorb apa yg saya baca ni..bole dak terpk bukan nak bawa mati pun mende2 yang saya kena baca ni..Astaghfirullah..bukan ke saya datang opis ni keje nak cari rezeki yang halal..Gaji yang halal untuk nak membesarkan anak2 menjadi anak soleh dah solehah..muhasabah diri sebentar..hihihi..sebenornya baru je dengar ceramah yang best tadi masa lunch..ala2 forum gitu yang panelnya Mudirah Dr. Rubiah Kulup Hamzah  & Imam Muda Asyraf..sgt2 best hokey!

So ingat nak buat azam baru la esok..nak datang keje..buat keje betoi2..masa yang ada musti buat keje..bukan surf internet aje je cik asz..

Ooh entry ku kali ini yang carca merba..penangan dah lama tak tulis blog agaknye tak?

Thursday, 3 November 2011

Maidless

Yes friends..I'm maidless again..:D..my maid run away last two weeks  it was Friday, penghulu segala hari..hari yang barakah for us to start our life once again without her presents..I took it as a good sign from Allah, of all the days, Allah gerakkan hati dia to leave us on Friday night..

That's one of the reasons of my silence..mood nak menulis hilang di samping rasa tak mahu terlalu meluahkan perasaan yang bercelaru di blog ni..and most of all, saya hanya mahu menulis apa yang sepatutnya saya tulis..bukan luahan perasaan semata-mata..:D

So how are we doing without maid? Alhamdulillah we are doing fine..Syukur sangat Allah kurniakan keluarga yang sangat-sangat supportive..and Terima kasih sangat pada Mama & Abah yang sanggup berkorban menunggu anak-anak2 saya selama 2 minggu ni sehingga cuti sekolah..lepas ni anak-anak ke nursery semula..Insya-Allah

It was hard at first to grab and understand the whole situation..sebab maid saya takde pun menunjukkan tanda-tanda tak suka keje dgn saya..and walaupun 2 minggu sebelum dia pergi, saya sangat2 tak sedap hati..dan mula merangka-rangka strategi nak mendidik die ke arah kebaikan, tak pernah terdetik di hati pra-sangka buruk pada dia..namun Alhamdulillah..saya percaya apa yang berlaku adalah yang terbaik untuk kami sekeluarga, terutama pada anak-anak saya. To be honest
honest, the first word came out from my mouth once I notice she left is ALHAMDULILLAH!

Well, it took me almost 2 weeks to digest the whole situation..and Alhamdulillah Allah beri ketenangan pada saya untuk teruskan hidup ini..bohong kalau saya katakan saya tidak marah pada dia..memang saya marah, walau saya cuba utk tidak marah kerana tahu marah saya bukan kerana Allah, maka tidak wajar saya untuk marah pada dia..namun saya hamba Allah yang lemah, saya tewas juga..atau mungkin ia lebih kepada rasa kecewa..entah la..

Seperti yang selalunya, apabila berlaku sesuatu peristiwa, Allah sentiasa takdirkan saya mendengar nasihat-nasihat di radio atau kelas agama, yang secara tidak langsung menjadi panduan untuk saya menghadapi situasi sukar waktu itu. Saya percaya ini semua aturan Allah..Maha Suci Allah!

Teringat saya pada kata-kata Prof Muhaya..

"Allah takdirkan kita bertemu atau berjumpa dengan sesorang kerana Allah mahu kita pelajari sesuatu daripadanya.."

"Setiap perkara negative yang berlaku, Allah mahu kita pelajari sesuatu daripada peristiwa itu..jadi tanya diri kita kenapa ia berlaku dan apa yang kita belajar daripadanya?"

Kata-kata itu membuatkan saya berfikir dalam-dalam..dan akhirnya saya telah membuat beberapa kesimpulan, pengajaran yang saya dapat daripada kisah ini..

Hidup kita hanya bergantung pada Allah, bukan pada manusia
Saya sangat-sangat faham perkara ini, seperti yang saya kongsi di sini dan sini. Atas sebab itu, saya kurang rasa susah bila dia tiada..sebab saya yakin, saya tanamkan dalam diri saya Allah akan bantu saya. Saya cuba focus pada kebaikan yang saya dapat bila saya sendiri yang menguruskan diri sendiri..memang ketiadaan pembantu bermaksud saya akan bertambah aktiviti fizikal di rumah..hihi, tapi saya anggap ini sebagai satu exercise tuk saya yang memang jarang exercise ni..:D. dan juga saya anggap, inilah peluang yang Allah beri agar kami sekeluarga saling bantu membantu keluarga kecil kami..semoga yang susah akan menjadi senang..insya-Allah..

Setiap doa kita insya-Allah akan Allah perkenankan, tidak sekarang, nanti...atau kalau tidak di dunia di akhirat nanti
Seperti yang pernah saya kongsi sebelum ni, doa adalah senjata kita umat Islam..maka berdoalah sentiasa pada Allah,  Apa yang saya pelajari dari episod ini, doa yang saya pohon pada Allah tetiap hari, agar anak saya sentiasa dipelihara dan dilindungi Allah, Alhamdulillah Allah telah makbulkan. Syukur dia tinggalkan kami sewaktu anak-anak ada bersama saya..itu lebih bermakna buat saya, daripada anak-anak saya ditinggalkan siang hari tanpa saya dan suami ada di rumah. Dan daripada kisah jiran-jiran, saya dapat tahu ada percubaan orang nak masuk rumah saya, semasa dia keluar rumah dengan anak bongsu saya ditinggalkan tido seorang diri dalam rumah. Alhamdulillah Allah pelihara anak saya, percubaan orang itu tidak berjaya!

Kita mestilah berilmu semoga doa kita adalah doa yang betul dan memberi kebaikan pada diri kita
Kenapa saya kata begitu? Kerana Allah telah beri saya satu pengajaran yang sangat ternilai..Alhamdulillah Allah beri saya ilham dan faham apa yang Dia ingin sampaikan pada saya. Bila saya tenungkan kembali doa-doa saya pada Allah, berkaitan dengan maid saya..barulah saya faham selama ini saya telah salah berdoa! Saya sentiasa berdoa agar Allah bukakan pintu hatinya agar sentiasa jujur dan ikhlas bekerja untuk saya..perhatikan..saya pohon agar dia jujur dan ikhlas untuk SAYA bukan ALLAH..Astaghfirullah..siapalah saya ni kalo nak dibandingkan dengan Allah..siapalah saya..terasa kerdil, terasa hina sangat2 bila saya seolah-olah cuba menandingi Allah..Saya rasa tertampar! Terasa sangat kekuasan Allah..terasa sangat yang Allah nak sedarkan saya..di mana kedudukan saya di sisiNya.. Saya sepatutnya berdoa agar dia jujur dan ikhlas bekerja kerana Allah..nescaya jujur dan ikhlas itu kekal lama..Saya pohon ampun padamu ya Allah..

Berbuat baik pada orang lain mustilah semata-mata kerana Allah, bukan kerana harapkan balasan daripada manusia
Ini lah pengajaran pertama yang saya dapat sebenarnya..baru saya sedar, selama ni layanan baik saya pada dia, adalah dengan niat agar dia akan berbuat baik juga pada saya dan keluarga..sekarang saya faham, niat itu sendiri dah salah..sepatutnya bila kita memberi, kita tidak mengharapkan balasan daripada orang itu sendiri..biarlah kebaikan yang kita buat dengan niat kerana Allah dan ingin mendapat keredhaan Allah..Nescaya Allah akan memberi balasan yang adil dan setimpal..kita kena yakin dengan itu!

Semoga dapat sama2 kita belajar daripada kesilapan-kesilapan saya..ilmu saya cetek, mungkin apa yang saya kongsi tidak betul konsepnya..saya hanya berkongsi pengalaman sendiri..

Monday, 31 October 2011

The Newly Weds

Yesterday was my ex-staff wedding..best thing is..I totally forgot about it! How could I? Should have marked them in my calendar..I thot I have done that but obviously I didn't. If it was not because of my friend called me to ask whether I'll be going to her wed or not, I would have not remembered them at all!

Thank you Allah for given us the time to speed to her wedding..to be the last guest to arrive! Heheh..of course no more meals, all been packed up..but it was OK..As long as I got to meet her on her special day, should at least meant something for her..Just a simple 5 minutes wish, we were then off from the Pusat Komuniti Damansara..and of course no pic was taken..

As a pay back of my 'forgetness', I thought of jotting down her special day in this humble blog of mine.

To Zai & Hubs, Congratulations on your wedding..Pray that both of you will live your life together in happiness..remember there's always ups and down in marriage..follow the path in patience and with maturity..insya-Allah, Allah will always protect you guys from unpleasant things in this life. May your marriage remain until Jannah..insya-Allah..amiin

Monday, 24 October 2011

Happy Belated Birthday to Me

Hi all..yesterday was my birthday actually..dah bertambah satu tahun lagi umur..maksudnya kurang lagi masa yang saya ada kat dunia ni untuk mengumpul sebanyak yang mungkin bekalan ke sana..

And two days before that, saya diuji oleh Allah..Alhamdulillah..saya bersyukur kerana itu tanda Allah sayang pada saya. Allah mahu naikkan darjat saya..namun saya manusia biasa..saya cuba untuk lulus cemerlang dalam ujian ini yang baru bermula..namun terasa seperti peluangnya sangat tipis sekali..hari pertama saya hadapi dengan tenang, kerana saya dapat rasakan betapa dekatnya Allah dengan saya..dia mendengar doa saya..saya sangat percaya dengan janji Allah...

    " Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"

Ya, saya redha..sungguh saya redha..iklas..saya tahu apa yang berlaku adalah yang terbaik untuk saya dan keluarga..dan saya sebenarnya sangat bersyukur, kerana ini yang Allah takdirkan untuk saya..sesungguhnya Dia maha mengetahui apa yang terbaik untuk kami sekeluarga..

Namun entah kenapa, sehari selepas itu, hati saya makin goyah..saya termakan hasutan syaitan agaknya..walaupun saya tahu, saya hanya perlu sujud dan mengadu pada Allah, namun akhirnya saya tewas..saya mengadu pada yang lain..ya Allah..ampunkan daku ya Allah..ya Allah terasa saya makin membina jurang denganNya..ya Allah, ampunkan daku ya Allah, aku ingin sentiasa dekat denganmu ya Allah..ampunkan daku ya Allah..dekatkanlah hatiku ini padaMu..

Saya tahu hanya dengan berzikir, Allah akan permudahkan segala kesukaran..saya tahu, dengan sentiasa berzikir dan mengingati Allah, itu sahaja caranya untuk saya tenangkan hati..tapi kenapa saya tak kuatkan semangat dan amalkan zikir2 itu? Astaghfirullah! Kenapa saya masih mahu mengadu pada makhluk lain, sedangkan saya masih tak bertemu dengan ketenangan yang saya carik?

Ya Allah..jauhkan la aku daripada hasutan syaitan yang direjam..ya Allah ringankan lidahku untuk menyebut dan memuji-muji namaMu..ya Allah ampunkan la daku..kuatkan la semangat ku..

Wednesday, 19 October 2011

Minggu Peperiksaan

Ye..sungguh skema title saya hari ni..dah namanya periksa..harusla skema..hihi..ades tak tahan sungguh dengan ayat2 skema ni..

Back to the topic, rata-rata saya nampak status di FB, ibu2 luangkan masa dengan anak2 belajar minggu ni sebab peksa akhir tahun..as for us - me+kakak+abang..this week is exam free week! Yesszaa..Ye, sekolah kakak dah start peksa 2 minggu lepas lagik..I would say sekolah die among yang terawal start peksa kut..Saya tak sangka langsung cepat, sebab ingatkan paling awal sekolah start peksa ni minggu lepas..apa2 pun Alhamdulillah dah abih peksa..cuma skang tunggu result aje la..

Heran kan, kita parents skang ni, anak nak peksa macam mommies plak yang over kan? Kadang2 saya pun konpius, anak yang peksa ke, mak yang peksa..saya plak yang studi lebih dari dia..begitulah tekanan pelajar2 kita skang ni..sekolah rendah lagi dah pressure kena belajar..sebabnya mungkin ramai budak2 yang dah pandai skang..so nak lebih menyerlah kena la outstanding result compare ngan org lain iye dak..kalo dulu, dapat markah 90 kire tinggi abih dah tu..cantek dah..skang ni..sume org target nak dpt 100..uish..kesian kanak2 zaman skang kan..? Saya pernah dengar kat radio, kanak2 di Malaysia menghadapi tekanan sejak dari sekolah rendah lagik..sian..

Ni semua membuatkan saya berfikir..kenapalah kita sekarang ni  terlalu kejarkan sangat sume ini..kenapa kita ibu bapa sangat takut kalau anak dapat result tak elok, takut anak tak dapat masuk U, tapi kurang takut kalau anak tak solat..and akibatnya susah nak masuk syurga..kenapa zaman sekarang, kita terlalu mengejar hal2 dunia, tetapi kurang beri perhatian bab2 persediaan ke sana yang kekal abadi..astaghfirullah..saya hanya mengingatkan diri saya sendiri..kerana saya tau hanya tiga perkara yang boleh membawa bekalan kita ke sana..iaitu anak yang soleh, sedekah jariah dan ilmu yang bermanfaat..

Saya akui saya memang sangat particular bab2 anak periksa..saya punya target melebihi target anak saya sendiri..hingga membuatkan suami saya geleng kepala..katanya saya terlalu menekan anak saya..dia baru darjah satu..kenapa la saya nak tekan dan paksa dia sangat baca buku to make sure dia dapat tempat teratas dlm kelas..alasan saya mudah..zaman sekarang bukan macam zaman dahulu..kalau kita tak kerja keras, usaha lebih, anak kita akan ketinggalan..

Tapi setelah beberapa kali saya mendengar ceramah, biarpun secara live atau melalui radio, membuatkan saya berfikir semula..terngiang-ngiang kata-kata ustaz, kenapa kita takut anak tak masuk universiti, tapi tak takut anak tak masuk syurga? Semalam dari radio, Prof Muhaya pun mention almost the same thing, kita takut anak tak lulus peksa, tapi tak takut anak tinggal solat..Astaghfirullah!

Jadi bagi saya, biar lah seimbang keduanya, dan lebih baik kalau kita beratkan hal2 berkaitan solat dan akhlak anak kita, kerana selepas kita dah tiada di dunia ini, doa2 anak yang soleh dan solehah la yang akan menjadi bekalan tambahan kita..dan saya dah mula nasihatkan anak saya, agar niat dia betol dalam menuntut ilmu..Menuntut ilmu sebab nak jadi org pandai, bole guna ilmu yang ada untuk menolong orang dan supaya memperoleh rezeki yang kemudiannya boleh disalurkan kepada mereka yang memerlukan..semuanya kerana Allah Taala..

Tuesday, 18 October 2011

First School Trip

Last Friday was Azeem's first school trip experience..so it is a must to jot down here isn't it?

His reaction? Hmm..biasa2 aje..maybe die tak bape nak faham ape sebenornye school trip ni..cuma bila mama & ayah tanya die nak pegi tak KLCC, die cakap nak..so kitorg izinkan aje die pegi..heran jugak apesal tak de rasa risau nak let go a 4 your old like him to join the trip..maybe we trust his teachers kut..coz this is not their first time organising such..Kakak pun dah byk trip pegi, and Alhamdulillah selamat pergi & kembali..and maybe we trust Allah most..Allah sentiasa pelihara anak kami sebagaimana yang selalu kami doakan..:D

Selalunya budak kalo nak pegi trip, musti la excited bangun bersiap..but for abang..trip day ke, bukan trip day ke..sama aje reaction die..hihii..maybe die tak compute betoi2 kut lagi ape tu trip day. Pagi tu mama bekalkan die roti dua keping buat bekalan..Abg ni sgt payah bab makan..Food yang teacher die sediakan kat sekolah, tak penah die sentuh..for him, food at school is not meant for him..Food die cuma yang mama bekalkan je tuh die..Kalau mama die datang penyakit lupe, lapo la anak bujang Mama sorang ni..isk isk..Mama minta teacher simpankan bekal Abg, sebab takut nanti Abg misplace..tak pasal2 tak makan..

As usual, Mama tak capture pun gambo abg..sebab trip kul 9, Mama kul 7 dah nak kena pegi work..Mama tinggalkan Abg ke teacher je. Macam2 mama pesan, nanti jalan kat KLCC jangan jalan jauh2 dari teacher..ikut je teacher tau....<aik..kata tak risau tadik..? :P. biasa la naluri ibu memang cegitu ye dak?>  balik je dari opis terus tanya best tak pegi KLCC..die kata

  .."best..ada banyak dinosaur..Abg pakai cermin mata nampak dinosaur dekat sangat ngan Abg..Abg takut tak pakai dah.."

hihii..anak bujang sorang ni memang jiwa halus skit..pastu

  " Mama, nak spec mata nak tengok dinosaur ada lagi tak.."

Ooo anak, tak sume cermin mata bole nampak dinosaur ye..heheh..so terpaksa la Mama explain..mujur Abg faham kan Abg kan?

Abg bawa balik eraser bentuk dinosaur as souvenier...sampai ari ni dok bawa ke hulur ke hilir..kuar jalan2 pun die bawa..maybe that's the way he shows his excitement..Glad that you enjoyed your first school trip day!

Thursday, 13 October 2011

Jom amalkan..

Kali ni saya nak share skit pasal satu zikir yang Ustaz ajar dan sangat elok kita amalkan hari2. Zikir ni adalah satu doa supaya kita bergantung hidup hanya pada Allah, bukan pada diri sendiri..

Saya quote apa yang saya faham daripada Ustaz, katanya kalo ditinggalkan anak2 di sekolah asrama atau di universiti, ibu bapa selalunya berpesan cemni..

  " Jaga diri baik-baik.."

Biasa la kan pesanan cegini..hakikatnya, pesanan cemni kurang sesuai..sebabnya, seolah-olah kita berpesan pada anak, supaya jaga diri sendiri dan bergantung pada diri sendiri..walhal hidup kita ini seharusnya bergantung pada Allah s.w.t. Hanya Allah yang selayaknya menjaga diri kita..Dari situ Ustaz share satu zikir atau doa yang sangat2 elok kita amalkan, supaya Allah akan sentiasa pelihara diri kita..Jom kita hafal dan amalkan nak?


Saya pun masih cuba2 untuk menghafal..:D

Wednesday, 12 October 2011

Sumbangan untuk Anak Yatim Baitul Ehsan

Salam to all readers..(cewah macam la ramai org baca blog saya ni..)..

Sesiapa berhajat untuk memberi sumbangan kepada anak yatim Baitul Ehsan bertempat di Taman Maluri KL, boleh la berbuat demikian secara transfer ke Maybank account Prof Kamil. Detailsnye boleh dapat kat sini..Saya sekadar memanjangkan berita ini melalui blog beliau..

Marilah kita sama-sama melabur untuk saham akhirat..

Tuesday, 11 October 2011

Aktiviti di Umah..

Ini lah aktiviti anak-anak daku kat umah hujung minggu lepas..biasa la bila ayah sibuk basuh keta..anak2 sibuk nak tolong..tapi itu sume alasan semata-mata..ada udang di sebalik mee..sebab dieorg tahu akhirnya akan jadik cegini..


Amboi2 bukan main sonok main air ye anak2..yang kecik tu pun join sekali..first time merasa main air..hihihi..ayah dieorg layankan aje..gi siram air kat budak2 ni..tu la sonok bukan main..keletah mereka membuat saya tersenyum..syukur dengan anugerah Allah pada saya..syukur ya Allah..


Kan dah gigil2 sejuk..:P

Monday, 10 October 2011

Bantulah Mereka

Saya terima berita ini melalui e-mail yang diforwardkan pada saya oleh seorang sahabat. Tersentuh sangat hati saya ni..silalah bantu setakat yang terdaya..

------------------------------------------------oooooo---------------------------------------------------------------


Ini Izam. Sebabnya saya tak letak nama penuh dan terpaksa memozekkan wajahnya adalah kerana janji saya pada bapanya (kejap lagi saya terangkan).



Umurnya 10 tahun. Beberapa bulan lalu, dia ditangkap bersama-sama abangnya yg berumur 12 tahun dan sEorang lagi kawan -mencuri meja sekolah. Meja tu bahagian tepinya diperkukuhkan dgn besi. Bahagian besi tulah yg dijual kepada pembeli besi buruk utk RM3.

Kenapa? Sebab nak beli beras.

“Kami lapar sgt,” kata mereka.

“Saya tak sampai hati nak hukum diorang bila dpt tangkap,” kata Ustazah Norazainah. Beliau telah mengajar di KAFA Integrasi Al-Insaniah  sejak  2004. Malahan dia dan seorang guru lain yang bertanggungjawab menubuhkan sekolah itu di tgh2 kawasan PPRT  (Projek Perumahan Rakyat Termiskin) Lembah Subang.

“Sekolah kami ni mmg selalu kena pecah masuk, barang2 dirosakkan dan dicuri. Mmg frust betul sbb kami kumpul duit utk kemudahan sekolah ni dgn titik peluh sendiri. Bila dpt tahu yg pelajar kami sendiri yg mencuri, mmg sedih. Bila tahu kenapa, Tuhan sajalah yg tahu perasaan ni.”  

Dari nak dihukum akhirnya ditolong. Ustazah Zainah meminta Izam dan abangnya membawa beliau ke rumah mereka.

Runtun hatinya melihat keadaan tempat tinggal mereka. Izam punyai lima adik beradik. Mereka tinggal di sebuah unit flat yg keadaannya amat daif bersama2 bapa mereka, yg tiada di rumah ketika lawatan itu. Si bapa sibuk mencari rezeki di tepian Jalan Masjid India, menjual alat permainan.

Ibu mereka masih hidup, namun telah lama meninggalkan mereka. Tak sanggup menanggung keadaan hidup sedemikian, begitulah yg diceritakan kepada Ustazah Zainah.

Ketika beliau masuk, ternampak adik-beradik yg lain sedang duduk di atas lantai, sambil menjamah nasi kosong di dalam talam. Yg bongsu umurnya empat tahun. Badannya kelihatan lesu, lagaknya pasif, menurut Ustazah Zainah. Mungkin kerana terlalu lapar, mungkin kerana kurang nutrisi, mungkin kerana penyakit yg tidak kita ketahui.

Guru Besar sekolah, Ustazah Hawa, menceritakan pada saya tentang usaha mereka meminta kebenaran si bapa untuk menjaga dan membela nasib yg bongsu dan si kakak yang umurnya belasan tahun, namun tidak diizinkan. Mereka mati akal, tak tau mcm mana nak sampaikan pertolongan.

Izam dan abangnya tiada surat beranak. Jadi, tak dapat pergi sekolah kebangsaan. Kakaknya yang berusia 13 tahun dpt ke sekolah menengah, namun terpaksa juga menjaga yg bongsu ketika bapanya tiada di rumah. Tapi selalunya, Izam yg menjaga adik-adiknya ketika yang lain ke sekolah dan bapanya bekerja.

Pertama kali kami bertemu, Izam  senyap dan sugul. Baju sekolahnya comot dan berdaki. Katanya dia memakai baju yg sama setiap hari. Baju itu dibasuh di hujung minggu.

Kami bersembang. Katanya, matapelajaran kegemarannya Jawi. Saya minta dia tuliskan namanya di atas sekeping kertas. Dia dapat menulis (dalam tulisan Rumi). Ini sebenarnya mengkagumkan kerana dia tak pernah ke sekolah.

Saya tanya apa yang dimakannya ketika sarapan pagi tadi.

Tak makan, jawabnya.

Sebelum ke KAFA?

Tak makan.

Saya terdiam, sambil memandang pinggan berisi goreng pisang di hadapan kami.

“Jadi.. ni  baru Izam nak makan?”

Dia mengangguk.

Kata Izam, kadang-kadang dia tak lapar, sbb dah biasa.

Ya Allah. Saya tak dpt bayangkan apa yg dilalui anak ini setiap hari.

Saya tanya, Izam nak ke sekolah? Sekolah yg saya maksudkan ialah sekolah kebangsaan.

Wajah Izam serta-merta berubah. Ceria. Tersenyum. Senyuman yg penuh harapan.

Ustazah Zainah bertanyakan saya sama ada nak melawat rumah Izam. Saya setuju.

Sesampainya di sana, kami dapati bapanya tiada di rumah. Beliau di surau, menunaikan solat Asar berjemaah. Namun anak perempuannya telah diarah agar tidak membenarkan sesiapa masuk ke rumah, melainkan keluarga. Tapi, kalau saya nak masuk pun, mmg takda masalah. Tombol pintunya hilang. Yang ada hanyalah sehelai kain buruk yg digunakan utk menutup lubang tombol dan menyelak pintu.  

Kami menghormati permintaan si bapa dan menunggu di luar. Bila beliau tiba, dia meminta maaf kerana tidak dpt membenarkan kami masuk.  

“Saya buat begini bukanlah sebab saya sombong, tapi Cik kan dah tahu keadaan rumah saya, sgt daif. Saya malu nak bagi masuk. Bimbang boleh dijadikan fitnah,” katanya.  

Beliau kurang selesa dgn kehadiran saya. Katanya sungguh pun mereka hidup dalam kemiskinan tegar, mereka bukannya pengemis. Beliau tak mahu media dtg ke rumah, merakamkan kedaifan hidup mereka dengan kamera video, menceritakan pada org ramai tentang kesedihan mereka. Beliau jengkel dengan  mereka yang meratapi nasib di dalam TV, dengan air mata bercucuran, ditatap umum.  

Saya berjanji tidak akan mengambil gambarnya dan tempat tinggalnya, atau mendedahkan identitinya di media. Namun saya tetap akan menceritakan kisah mereka, cuma bukan dgn cara yg tidak dikehendakinya. Saya di situ bukannya atas dasar mencari berita, tapi atas dasar kemanusiaan, kerana saya juga seorang ibu, punyai naluri kasih sayang pada anak2.  

Saya dan Ustazah Zainah berusaha memujuknya membenarkan sekolah itu menjaga si bongsu dan anak perempuannya di siang hari, agar beliau mudah mencari rezeki atau mencari punca pendapatan yg lebih baik. Namun beliau kurang yakin dgn cadangan kami. Katanya, kalau dia ke kerja awal pagi, siapa yg akan menyiapkan anak2? Memasak utk mereka?  

Cadangan Ustazah Zainah itu sebenarnya amatlah praktikal. Si bongsu akan dimasukkan ke program taska mereka pada waktu pagi, dan Ustazah sendiri akan menjaganya di sekolah selepas habis taska, sehinggalah si kakak atau bapa balik. Namun cadangan itu tetap ditolak.

Si bapa seolah2 gembira menerima kemiskinan ini sebagai taqdir yg akan merapatkan lagi hubungannya dengan Rasulullah s.a.w. Saya berkata kepadanya bahawa ramai para Sahabat alaihissalam yang juga kaya, dan mereka juga amat rapat dan dicintai Rasulullah s.a.w.  

Sebelum kita menuduh beliau menggunakan agama sebagai alasan kemiskinannya, harus juga kita ingat yg beliau seorang lelaki. Ego lelaki itu cukup kuat utk membuatkan beliau menafikan kesempitan hidupnya.  

Saya mmg kagum dgn dedikasinya menjaga anak2 setelah ditinggalkan isteri. Tidak mudah dilakukan, tidak ramai sanggup melakukan. Namun realitinya adalah budak2 itu tetap lapar, dan telah pun mencuri akibat kelaparan. Mereka perlukan pendidikan utk membebaskan diri dari cengkaman kemiskinan. Si bapa itu sendiri mengaku, Izam sering menyuarakan keinginannya utk ke sekolah, dan mengadu dirinya seperti diperlekehkan rakan2nya yg seronok ke sekolah ketika dia terperuk di rumah.    

Kami menawarkan pertolongan mendapatkan surat beranak utk anak2 itu, tapi balasnya “Buat apa? Dia sudah darjah 3..tidak ketinggalankah dia?”

Tidak, kata kami. Kami terus memujuk. Saya kata anaknya bijak, sgt berminat belajar. Sebenarnya, ramai pelajar sekolah itu yg sememangnya bijak walaupun dikongkong kemiskinan dan kelaparan. Cuma, mereka tak berpeluang mendapat kehidupan lebih baik.  

Bapa Izam berkata beliau malu anak2 nya ke sekolah KAFA itu tanpa membayar yuran, kerana beliau tak mampu. Ustazah Zainah kata takpa, asalkan mereka dtg.  

“Takkanlah saya tak bagi budak2 ni dtg..ini ilmu akhirat. Tanggungjawab saya nak mendidik mereka, dtg sajalah, takpe,” rayunya.  

Di sini saya nak terus terang mengatakan bahawa walaupun ibu kepada budak2 ni org Malaysia, bapanya ini kemungkinan warga Indonesia. Pelatnya sukar dilindung. Terdahulu, saya pernah ditegur seseorang yg tak puas hati saya menolong pelajar miskin, yg bukan semuanya dari org Malaysia. Saya rasa komen mcm ni tak perlu. Bukankah dia tetap manusia? Bukankah budak2 ni, tetap budak2? Mereka berhak mendapatkan hak asasi seperti makanan, tempat tinggal dan pendidikan. Dan kita semua sesama Islam. Yg membezakan antara kita, taqwa. Itu saja yg perlu kita ingat.

Guru2 di KAFA Al-Insaniah ni bukan saja telah melaksanakan tanggungjawab mereka malah lebih dari itu. JAIS hanya mampu membayar guru2 ini bagi satu sesi pengajaran, sedangkan ada guru, spt Ustazah Zainah, yg mengajar dua sesi. Ada guru yg langsung tak dpt dibayar.

JAIS mengharapkan perbelanjaan sekolah dpt ditampung oleh yuran sekolah. Ya, secara teorinya takda masalah, kerana kebanyakan sekolah KAFA di Lembang Klang ni lokasinya di kawasan perumahan mereka yg berpendapatan sederhana atau agak berada. Jadi ramai yg mampu yuran RM20 sebulan.

Namun KAFA Al-Insaniah dibina di tgh2 kawasan PPRT. Kebanyakan keluarga yg tinggal di sini masing2 penerima zakat. Hampir separuh kanak2 yg ke sekolah itu juga dari keluarga penerima zakat, jadi tau2 sajalah tahap keperitan hidup mereka.

“Bagaimanalah kami sampai hati nak mintak budak2 ni yuran sekolah?” kata Ustazah Hawa. “Masa mula2 tu, kerana ramai yg tak bayar, kami mintak, tulis surat kat ibubapa. Lepastu, ramai yg tak dtg sekolah. Kami ingat takpalah, mari balik, tak payah bayar, asalkan dpt teruskan belajar.”  

Guru2 ini sanggup menerima potongan gaji semata2 agar sekolah ini terus beroperasi. Gaji mereka kira2 RM1,200. Itu pun baru2 ini dinaikkan kerajaan. Sebelum ini, RM1,000 ke bawah. Lagi menambahkan asam ke luka,  baru2 ini sekolah itu dipecah masuk. Habis yuran, komputer dgn data pelajar dan wang sumbangan dari jualan amal disapu. Dapur kantin juga dipecah masuk dan makanan dicuri. Penutup longkang dan pelbagai lagi barangan besi dan logam dicuri, membahayakan anak2 yg bermain di waktu rehat. Pagar dipotong, siling dipecahkan, memudahkan lagi pencuri keluar masuk.  Guru2 ini mati kutu bagaimana nak terus beroperasi bila berhadapan dgn cabaran sebegini besar.  

Setiap ringgit yg disumbang ke KAFA Integrasi Al-Insaniah dapat megenyangkan seorang pelajar, menggalakkan mereka ke sekolah, membantu mereka merubah kehidupan. Setiap ringgit membawa bersamanya harapan, membasmi kemiskinan, menggalakkan org lain beramal.

Tiada sumbangan yg terlalu kecil. Setiap sumbangan adalah amal baik yg berterusan faedah dan pahalanya.  

Aishah r.a. berkata Rasulullah s.a.w bersabda: “Amalan yang paling disukai Rasulullah SAW ialah yang kekal (istiqamah) sekalipun sedikit.” (Bukhari, Muslim)


---------------------------------------------------------ooooooo------------------------------------------------

Sumbangan boleh dimasukkan ke akaun berikut:

Maybank  

MBB account - 164388710655

(SAKINA BINTI HAJI MOHAMED).

Sila tulis  'For KAFA' di kotak komen dan email sakina_amx@yahoo.com .

 

RHB  

Account number 1-12479-00092090

(TENGKU ELISA BUSTAMAN BT TENGKU MOHD ALI)

Sila tulis  'For KAFA' di kotak komen dan elisa_taufik@yahoo.com .

 

Sumbangan terus kepada:  

Bank Islam  SAR AL-INSANIAH

Acc no: 12047010031372

Atau hubungi

Guru Besar Ustazah Siti Hawa 0139180191

Ustazah Norazainah 0173217971