CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, 26 December 2012

Kem Smart Solat

Hampir sebulan rupanya dibiar blog ni sepi...dah lama jugak entri ni terperam dalam draft..hari ni Alhamdulillah ada sedikit kelapangan selepas selesaikan kerja-kerja yang patut..sambil menunggu-nunggu jawapan daripada yang lain..saya ambil peluang habiskan entri ni. A must jot down entry for kakak..

--------oo------------------oo----------------------oo------------------oo----------------oo-------------

Cuti sekolah tahun ni, saya memang ada simpan hajat nak hantar anak untuk sebarang aktiviti yang berfaedah. Rata-rata iklan yang terjumpa kurang sesuai dengan umurnya. Mak dia ni berangan-rangan nak hantar anaknya ke program yang Ustaz Ebit Liew anjurkan, tapi umur anak tak cukup lagi..lagi pula bermalam..takut jadi 'culture shock' plak untuk si kakak yang belum pernah sertai mana-mana program sebelum ni..sungguh Allah itu Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui..dibuka jalan, hasil dari sembang-sembang Mamanya ni dengan kawan-kawan, dapat tahu ada satu kem smart solat dianjurkan di taman perumahan mereka. Memang satu peluang ke-emasan..tak boleh dilepaskan! Ehehe..


Satu permulaan yang baik untuk kakak sebenarnya kerana kem ni tak perlu bermalam..dan mudah dapat persetujuan kakak sebab ada kawan-kawan baiknya bersama. Kalau tak payah juga nak pujuk dia..maklum la pengalaman pertama..:D. Syukur..dalam hati memang yakin kem ni satu permulaan yang baik untuk kakak..lepas ni dah ada pengalaman..harap tak susah nak minta dia sertai program lain pula..

Didoakan semoga anak-anak ini menjadi muslimah solehah..
solat no. 1 itu pesanan saya pada anak-anak..
 Hari pertama kami sendiri hantar kakak ke program tersebut. Petangnya, minta jasa baik sahabat untuk tolong ambil dia. Malam tu kakak bermalam di rumah kawannya Nadea...pengalaman pertama sebenarnya bermalam di umah kawab..biarpun asalnya kakak keberatan, tapi sebab dengar kawan dah kemas bilik bagai..kakak mengalah..setuju jugak akhirnya..harap-harap kakak belajar nak bawa diri di rumah orang..Syukur mengikut auntie kakak pandai bawa diri..:D. Esoknya petang, kami ambil dia pulang. Nampak sangat excited sebab dapat main lompat-lompat (tak pasti apa namanya mende alah yang budak2 boleh main lompat-lompat tu..) lepas habis program. Minta nak pulang lewat sebab nak main punya pasal..

BFF..sahabat hingga ke syurga in sya Allah..

Program ni satu revision sebenarnya untuk kakak. Dah belajar pun di sekolah..tapi tak apa..saya hantar dia ke sana dengan harapan biar dia selalu dengar agar terdetik dalam hati dia nak amalkan apa yang dia belajar.  Ada penilaian praktikal di hari terakhir dan direkodkan untuk tatapan ibu bapa. Satu ingatan buat diri saya kerana kakak masih belum menguasai sepenuhnya bab solat. Kebanyakannya dinilai sebagai sederhana..maksudnya masih perlu diperbaiki. Bab solat memang sepatutnya tanggungjawab ibu bapa..satu peringatan buat diri untuk luangkan masa untuk periksa bacaan dan pergerakan solat kakak..

Saya pasti kakak seronok belajar sambil bermain-main..kakak beri tahu "Mama..tahun depan cuti sekolah kakak nak pegi kem smart solat lagi boleh?" heheh..seronok dengar..tahun depan kakak pergi kem lain yang lagi best plak eh...:D


Wednesday, 28 November 2012

Bila dah lama tak bersenam

Bila dah lama tak bersenam, badan pun mula jadi manja..bila lama tak bersenam, cuci umah sendiri sedikit pun, letihnya sampai berhari-hari..sakit-sakit badannya..tak payah cakap la..macam lari beribu-ribu kilometer lagaknya..

Masya-Allah..baru diri ini tersedar..sudah lama saya memanjakan diri..Semat dalam kepala, saya tak larat nak cuci satu umah sendirian..pikir je dah penat..heheh..syukur Allah izin, kurniakan kami seorang pembantu yang kerjanya mencuci calat rumah kami..datangnya tak selalu, sebulan sekali selalunya, namun sejak akhir2 ini, jadual saya seringkali tidak bertembung dengan jadual yang dia sediakan untuk mencuci rumah kami..natijahnya, sudah 2 bulan lebih rumah kami tak bercuci..boleh bayangkan betapa kotornya rumah..berhabuk sana sini..bilik air tak payah cakap lah. Itu lah akibatnya terlalu berharap pada orang, rumah sendiri dah jadik tongkang pecah!

Syukur, Allah beri saya sedikit pengajaran hujung minggu lepas. Memang terasa pedihnya semasa melalui saat-saat itu..namun saya paksa diri untuk melihat pengajaran yang saya boleh dapat daripada peristiwa itu, semoga pedihnya berkurang..juga paksa diri daripada mengadu pada orang lain..biarlah hanya mengadu pada yang Esa..namun terkeluar juga pada kakak dan mama..hmm..cakap soal hati, memang payah nak kawal..walaupun kepala kata tidak, hati tetap kata hendak..akhirnya mulut berkata-kata jua..namun saya harap kata-kata saya tidak membawa dosa..sekadar melepaskan apa terbuku di hati..

Apa peristiwa itu? Dipendekkan cerita, disebabkan janji saya dengan dia terbatal..dengan cara yang tidak menyenangkan, saya ambil keputusan untuk mengemas dan mencuci rumah sendiri. Syukur ada teknologi vakum..kerja dipermudahkan. Semasa bekerja-kerja itu, otak tak henti-henti berfikir, mencari-cari hikmah di sebalik peristiwa ini kerana tahu, setiap yang Allah tetapkan, pasti ada sebabnya..dan pastilah itu yang terbaik untuk kita. Terngiang-ngiang kata-kata Ustaz Muein, "apa yang Allah beri, tapi kita suka..itu bukan nikmat tapi ujian buat kita, tapi apa yang Allah beri, tapi kita tak suka..itu lah sebenarnya nikmat andai kita redha.." Jadinya saya tahu, hari tu saya diberi nikmat oleh Allah, kerana saya tidak suka, sangat tak suka dengan cara terbatalnya janji kami. Justeru, saya mencari-cari apa pengajaran yang saya peroleh..

Saya akui, dengan membuat kerja-kerja mencuci ini, Allah ingin ajar saya untuk menundukkan ego sendiri. Siapalah kita hendak meletakkan diri lebih baik daripada orang lain..Pernah terdengar tentang seorang yang alim (saya tak ingat siapa) yang akan membuat kerja-kerja mencuci bilik air bila terasa ada perasaan ujub dalam diri..apa salahnya kita ambil pengajaran sepertinya. Tidak boleh kita memandang rendah pada orang-orang yang pekerjaannya seperti mencuci ini. Biar pun nampak seperti kelas rendah, hakikatnya kerja itu sangat mulia, kerana dia memberi kemudahan pada orang lain yang secara tidak langsung memberi kegembiraan pada orang. Andai dia bekerja dengan ikhlas, pasti banyak ganjaran yang Allah berikan..kerana janji Allah, andai kita mudahkan kerja orang, pasti Allah akan mudahkan kerja kita..yang pastinya, kita semua adalah hamba Allah, sama saja kita semua ini di sisiNya..yang membezakan kita hanyalah tahap iman kita padanya..

Bila membuat kerja-kerja mencuci umah sendiri, barulah terasa sangat betapa bersyukurnya saya pada dia kerana banyak membantu kerja-kerja saya. Kerjanya selama ini memang tip top, sedangkan diri sendiri pun tak berjaya nak cuci rumah sendiri seperti dia. Sungguh hebat kudratnya yang Allah beri demi mencari rezeki..Terasa sendiri, selama ni saya tidak cukup menunjukkan rasa terima kasih pada dia. Selama ni bila pelawa dia makan dan minum, hanya sekadar "courtesy", sebab tahu itu adatnya, tapi tak cukup datang dari dalam hati. Kalau diberi peluang oleh Allah untuk dia datang cuci rumah saya sekali lagi, saya berhajat untuk mengubah cara saya mensantuni dia. Tak mahu saya fikir kalau kita terlalu baik pada orang, orang boleh pijak kepala kita. Sebab saya hanya mahu yakin, what we give, we get back. Kita mungkin tak akan dapat balik secara terus, kalau bukan daripada dia mungkin Allah berikan daripada cara yang lain..mungkin dari yang lain. Saya hanya mahu yakin Allah pasti membantu saya.
 
Antara pengajaran paling penting, sekali lagi yang Allah beri peringatan pada saya, jangan berharap dan bergantung harap pada manusia, kerana sifat manusia itu tidak kekal. Yang kekal hanyalah Allah, jadinya hanya padaNya tempat kita bergantung harap, memohon segala bantuan. Manusia tiada kuasa, sedangkan Allahlah yang Maha Berkuasa. Setiap ketentuaNya adalah yang terbaik untuk kita, biarpun pada padangan mata kita, sesuatu itu tidak baik untuk kita. Tapi pasti selalu kita tempuhi kan, setelah beberapa lama, mahu tak mahu kita pasti mengakui setiap apa yang Allah tetapkan untuk kita, adalah yang terbaik untuk kita..betulkan? Syukur, Allah berikan saya kudrat dan kekuatan, memberi ingatan pada saya, yang saya sebenarnya mampu..dengan izinNya selagi mana kita letakkan niat yang benar..semata-mata untuk mencari redhaNya
 
Saya juga belajar, untuk memaafkan orang lain biar betapa pedih hati kita disakiti. Saya terfikir, mungkin Allah izinkan orang sakiti hati kita kerana kita pasti ada sakiti hati orang lain. Saya tak sedar selama ini, entah siapalah sudah saya sakiti hatinya hingga saya sendiri disakiti. Yang pasti, ramai yang sudah saya sakiti..jadinya saya tidak mahu terus menerus sakitkan hati orang lain.. membuat saya berpesan pada diri sendiri..untuk lebih berhati-hati, terutamanya dengan kata-kata dari mulut saya ini bak kata pepatah "Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata membawa binasa". Teringat kata Prof Muhaya..hiduplah dengan penuh kesedaran.
 
Barulah saya sedar, segala teori2 yang saya dengar dari corong radio, yang saya baca-baca di laman-laman web dan facebook, Allah beri saya peluang untuk aplikasikannya. Andai tidak, pasti la ia tinggal hanya sebagai informasi, bukan ilmu selagi mana tidak kita amalkan. Alhamdulillah, syukur ya Allah, saya terima ini sebagai satu ujian. Juga ini sebagai satu ketukan dan teguran, bila saya sudah mula mendengar bisikan-bisikan syaitan sedikit demi sedikit..syukur Allah masih sayang..Allah tegur kita..syukur Alhamdulillah..
 
"Ya Allah bantulah aku untuk sentiasa mengingatiMu, mensyukuri nikmatMu dan memperbaiki amalanku.."

Wednesday, 21 November 2012

Bercakap dengan budak kecik Aisy

Anak Mama sorang ni makin petah bercakap..somehow this boy byk amik traits kakaknye masa kecik..dah le rupa pun ada iras as compared to Abang nye, perangai pun sangat2 dekat dengan cara kakaknya masa kecik2 dulu..sebab tu dia n kakak sangat close as compared to die ngan Abg..tapi Aisy lagi suke main dengan Abg dan sangat suke tiru gaya Abangnya..Apa Abang dia buat..itu la dia nak ikut..

Sejak akhir2 ni kepetahan dia bercakap memang sangat2 tak tahan di dengar..music to our ears actually. Perkataan-perkataan yang dia pilih kekadang buat kami terkedu..heheheh..so I decided to jot something down here..tho it will not reflect his intonation..takpe la cukup untuk dibuat kenangan..

1. Satu hari ayahnya baru pulang daripada masjid..Aisy tanya
   " Ayah..ayah dah solat?" Kebetulan ayah tak dengar sebab sibuk di dapur buat air. Jadi Aisy tanya lagik
   " Ayah..ayah dah solat?" mujur ayah dengar akhirnya..so ayah pun jawab
   " Daah.."
   Aisy: " Baguuuuss" hehehe Ayah sambung lagik..
  " Aisy dah solat?"
   Aisy: Dah! Aik masa bila awak solat sayang...? heheh

2. Sedang bersantai di dalam  bilik..tetiba ayahnya kata..
    "Aisy..tido lah.."
    Aisy sambil nyanyi2 melodi ciptaan sendiri.." Aisy tak boleh tido..Aisy tak bole tido.."
    dan seterusnya dia bersambung dengan lirik ciptaan sendiri..Mama berjaya record separuh jalan aje..

3. Di dalam kereta on the way nak pergi kenduri, Aisy sibuk nak duduk kat bahagian tengah kereta..rebut dengan kakaknya..terkodek-kodek bontot die adjust tempat duduk dengan kakak yang tak mau ngalah..somehow dia puas ati dengan position die tu..terus cakap.."Haa..macam ni baru la betul.."

4. Sempena cuti sekolah ni, Mama ada peluang nak hantar Aisy pergi taska dengan ayah. Selalunya ayah aje yang hantar Aisy..so dalam keta yang tak sampai 5 minit tu, sempat pesan ngan dia nak hantar dia pegi taska ni..takut karang dia tak mau pegi plak..
Mama: Aisy..nak pegi mana ni?
Aisy: Nak pegi jalan lah
Mama: Tak lah..Aisy nak pegi taska ni..
nampak je kelibat taska..trus Aisy cakap
"Haa..dah sampai.."

Ooh..intonasi nya memang sangat sedap didengar..comel sangat..subhanallah..syukur Alhamdulillah Allah masih pinjamkan dia untuk kami..Allah beri peluang untuk kami rasa terhibur dengan keletahnya yang sangat mencuit hati..Semoga Aisy membesar menjadi anak yang soleh..amiin..

Monday, 29 October 2012

Aidiladha 1433

Salam Aidiladha kepada semua..Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk merayakan Hari Raya Qurban pada tahun ini bersama-sama dengan keluarga tersayang. Tahun ini syukur perjalanan pergi dan balik ke kampung berjalan lancar..sebab hanya balik ke Seremban..kalau ke Kelantan, harus kena harung kesesakan yang luar biasa (ke dah jadi biasa untuk orang-orang Kelantan..hihi) setiap kali musim perayaan..
 
Syukur Alhamdulillah, Aidiladha tahun ini memberi makna yang tersendiri untuk keluarga kecil kami..Subhanallah! Segala puji bagi Allah berkat doa saudara mara dan sahabat handai semua, anak kami yang seorang ini, yang belum pernah menjamah sebutir nasi pun sebelum ini, akhirnya dibukakan hati oleh yang Maha Esa untuk mencuba dan makan nasi! Subhanallah..syukur ya Allah pada nikmat yang Engkau berikan ini..sangat-sangat bermakna untuk kami sekeluarga kerana di petang hari Arafah, beberapa minit sebelum menjelangnya Maghrib, Allah kurniakan ilham untuk En Suami memujuknya untuk mencuba nasi berlaukkan sup daging yang sedang saya suapkan untuk adiknya. Biarpun pada asalnya pujukan itu lebih berunsurkan paksaan, namun strategi itu berhasil juga..:D. Syukur ya Allah padaMu yang Maha Memberi..doa hamba-hambaMu dimakbulkan pada saat yang cukup2 berkat..yang cukup-cukup istimewa..Subhanallah.Nikmat mana satu yang hendak kami didustakan ya Allah..
 
Muka budak kena paksa makan nasi..bukan tak boleh telan pun sebenarnya..psycho aje selama ni..:D

Sejak hari tu, Abg Azeem tak miss lagi makan nasi, diitambah pula dengan motivasi nak dibelikan hadiah kereta kontrol..Biarpun tetiap hari nasi berlaukkan sup daging/tulang + kicap sempena Raya Haji ni, kami layankan saja dulu buat masa ini. It's already a big achievement for him, and I know he's proud of himself as we also did..Kata-kata pujian tak lekang di mulut kami, terutamanya Mama dia ni. Bila pakai baju, terus puji dia sebab seluar dah tak longgar..pastu konon-konon nampak dia dah besar, lepas ni musti cepat tinggi dan sebagainya. Kanak-kanak memang sangat suka dipuji..and yes, pujian adalah satu terapi yang sangat mudah dan sangat-sangat berkesan untuk menaikkan self confidence pada kanak-kanak. It works well on him..semalam buat pertama kalinya Abang ajak sepupunya makan nasi.."Nazif, jum makan nasi..Abg dah makan nasi dah!"..:D. So sweet..
 
Just want to jot down here few words from him for my remembrance:
"Mama..abang rasa abang dah besar skit sebab abang dah makan nasi"
"Mama, kakak mula makan nasi umur berapa? Abg makan nasi umur 5 tahun kan Mama?"
"Mama, lepas ni selipar abang ni musti dah tak muat, lepas ni abang cepat besar la sebab dah makan nasi"
 
Alhamdulillah, segala pujian hanyalah padaMu ya Allah. Mohon agar abang akan berterusan nak makan nasi..lepas ni pelan-pelan, kena introducekan dia dengan lauk2 lain plak. Kalau tak hari-hari mama die kena buat sup..ehehe. Nak kena carik resepi pelbagai jenis sup plak nampaknya..Terima kasih ya Allah..segala puji hanya untukMu..

Wednesday, 24 October 2012

Terima kasih Allah..

Syukur Alhamdulillah, segala pujian hanya milik Allah..Terima kasih Allah kerana masih meminjamkan sedikit lagi waktu untuk hambaNya yang seorang ni hidup di muka bumi..masih bernafas dengan kesihatan yang sangat baik Insya-Allah..masih diberi kudrat untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri, anak dan ibu..Inilah peluang yang sepatutnya digunakan untuk menuai sebanyak-banyaknya tanaman untuk dikutip di sana kelak..insya-Allah seringkali mengingatkan diri sendiri biar ada waktunya saya lupa dah alpa..
 
Bangun saja dari tidur pagi semalam, saya mengucapkan syukur kerana Allah masih beri peluang untuk saya bernafas genap satu tahun lagi tambahan pada umur yang Allah pinjamkan. Syukur masih dipinjamkan mama dan abah serta adik beradik, lebih-lebih lagi bersyukur masih berpeluang untuk hidup bersama dengan suami yang sangat-sangat memahami serta anak-anak yang menceriakan hidup dengan keletah mereka. Juga sangat-sangat bersyukur Allah temukan saya dengan sahabat-sahabat yang sangat-sangat best..tak kira jauh atau dekat, yang seringkali bertanya kabar atau tidak..sangat-sangat berterima kasih atas ucapan dan juga doa-doa yang dipanjatkan untuk saya. Syukur Alhamdulillah, sangat-sangat berterima kasih terutamanya pada mereka yang sudah lama tak saya tanya kabar berita tetapi masih sudi mengirim ucapan. Terima kasih pada Allah kerana dikurniakan ilham pada manusia untuk mencipta facebook sebagai jalan untuk mengeratkan silaturrahim..insya-Allah.
 
Buat pertama kalinya selama 9 tahun berumah tangga, suami mengajak saya bercuti sempena hari lahir saya. Tak semena-mena sebulan yang lepas suami kirimkan satu image - paparan skrin cuti yang telah dipohon pada 23 Oktober. Jadinya saya pun ambil cuti sama..tapi tiada perancangan apa aktiviti hari itu. Rupa-rupanya suami dah ada perancangan tersendiri..pagi-pagi lagi dah bersiap-siap uruskan perhantaran anak-anak ke sekolah dan taska, kemudian terus bersarapan di McD. Tak penah-penah breakfast di McD..semalam baru pertama kali..heheh.
 
Kemudiannya menguruskan hal-hal berkaitan dengan bank. Syukur Alhamdulillah saya sudah bebas daripada perbankan konvensional insya-Allah. Lama dah sepatutnya dilunaskan hutang-hutang seperti ini tapi tetap bersyukur di hari yang istimewa ini Allah izinkan ia berlaku..Alhamdulillah terima kasih Allah
 
Seterusnya suami bawa saya ke Petaling Jaya, kononnya mahu beli memory card telefon bimbit dia. Kebetulan ada panggilan daripada Mama, saya tidak masuk terus ke dalam kedai. Perbualan dengan Mama di luar kedai santai-santai sahaja, berkisar tentang Raya Haji yang bakal menjelma. Di belakang Mama terdengar suara Abah berbisik, "Selamat Hari Jadi"..hehe baru Mama teringat hari tu hari apa..hehe..It's OK Mama, dimaafkan sebab banyak lagi perkara lain yang Mama kena fikirkan, nak nak raya dah nak dekat ni..:D. Selesai perbualan telefon, saya terus masuk ke kedai, dan terus suami tanyakan mana satu pilihan hati..Subhanallah, rupanya nak belikan telefon baru untuk saya. Ok lah..menjadi surprise awak Yang..tak sangka awak ada plan cemni..saya ingatkan nak belikan jam tangan aje..sekarang ni hidup tanpa jam tangan sebab semuanya dah tak boleh pakai lagik..padanlah malam sebelumnya sibuk berwassup sana sini, tapi tak kasitau pasal apa..:P. Terima kasih Yang..syukur dengan rezeki yang Allah beri melalui awak..
 
Sementara menunggu si pemilik kedai set up kan telefon baru, saya perasan ada satu message daripada Abah..ucapan daripada Abah rupanya..entah kenapa hati saya tersentuh dengan kata-kata Abah..bergenang air mata, cepat-cepat saya sapu sebelum yang lain perasan. Terima kasih Abah, Abah jarang lupa harijadi anak-anaknya..dan yang paling saya hargai doa yang Abah titipkan untuk saya. Biarpun ringkas, tapi cukup bermakna..anak mana yang tak mengharapkan doa daripada emak dan ayahnya..
 
Kami kemudiannya ke Sogo..niat asal nak habiskan voucher yang rasanya sudah hampir tamat tempoh yang bernilai lebih kurang RM 100+ lagi hasil membeli belah untuk Aidilfitri yang lepas. Bila tiba waktu membayar, baru tersedar rupanya sudah pun tamat tempoh 9 hari lepas..Ya-Allah..tak perasan langsung. Ye saya dipersalahkan sebab tidak ambil pusing sebelum ni..namun kami sedar, itu bukan rezeki kami..sedikit sahaja yang Allah ambil semula sedangkan sudah banyak yang Allah beri. Syukur Allah ambil semula kerana yakin Allah bersihkan bahagian mana yang mungkin tanpa kami sedari tidak kami peroleh dengan cara yang baik..Setelah dapatkan perfume untuk en suami, kami terus ke sini untuk makan tengah hari..
 
Gambo pertama snap dengan phone baru..:D..hmm apesal tak snap gambo si yang membeli phone tu eh? heheh
 
Walaupun perut sangat-sangat lapar..hidangan yang diorder tak mampu nak dihabiskan. Tak sangka pulak yang diorder itu datang dengan sangat banyak..memang kami berdua ni perut Melayu..tak mampu nak abihkan
 
Ada lagi satu hidangan roti belum sampai waktu ni. Bila dah sampai tak ingat plak nak snap..heheh..lapor!
 
Hidangan ni akhirnya terpaksa ditapau..syukur Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah bagi ni, dapat jugak berkongsi dengan anak-anak yang tak dapat bersama dengan kami di restoran. Pulang rumah saya suapkan kakak makan, memang berselera sungguh la dia kalau mama yang suapkan..si kecik Aisy tak mahu makan, puas dikejar satu rumah tak mahu..lagi suka susu formula dia daripada nasi ni.
 
Itulah destinasi terakhir kami sebelum pulang ke rumah..biarpun simple..saya rasakan cukup-cukup bermakna. Maklumlah bukan tradisi kami untuk bercuti sempena hari jadi sesiapa..sangat bersyukur kerana dapat habiskan waktu sehari bersama suami.
 
Jadinya haruslah saya catatkan di sini semoga ingatan ini kekal..dan buat bekalan untuk saya sentiasa ingat apa yang pernah en suami berikan pada saya yang saya tahu sebagai tanda terima kasih dia pada saya. Terasa dihargai dan rasa syukur ini saya pulangkan pada yang Esa, kerasa sesungguhnya dia lah yang menggerakkan hati suami untuk bercuti dan ingin menghabiskan waktu sehari bersama saya. Benarlah kalau kita laksanakan tanggungjawab kita sebagai isteri, sebagai ibu di rumah dengan ikhlas kerana Allah (saya tahu memang sangat susah..memang kena paksa diri..ye saya memaksa diri saya untuk ikhlas), Allah akan berikan balasan yang sangat-sangat tak disangka-sangka. Biar pada pandangan yang lain nampak simple, tapi di hati saya cukup-cukup bermakna. Terima kasih Allah atas nikmatMu yang tak terhingga ini..
 
Malamnya pula, kakak berikan saya hadiah yang dibalut kemas ini..
 
 
 
Maklong dan Ucu..sila teka apa isi kandungan hadiah ini..cer teka cer teka..hehehehe

 
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 



Ini lah hadiah favourite kakak untuk Mama dan Ayah..Ayah hari tu dapat buku dan pen warna biru..hehe..Terima kasih sayang..Mama hargai sangat usaha kakak nak belikan Mama hadiah..You are such a thoughtful kiddo..thanks to Allah you inherit this from Ayah..kalau ikut Mama..memang fail..:P 
 
 
Akhirnya sebelum menutup tirai, kepada en suami..terima kasih daun keladi..ada rasa bersalah di dalam hati ini sebab saya tak mampu nak rancangkan sesuatu yang dapat menyentuh hatinya pada hari jadi yang lepas. Saya berharap dengan diri saya sendiri atas bantuan daripada Allah, saya dapat terus laksanakan tanggungjawab saya sebagai isteri dengan lebih baik daripada sekarang. Saya mahu redha suami kerana redha Allah adalah pada redha suami..
 
TERIMA KASIH YA RABB!
 


Friday, 19 October 2012

Isteriku Bukan Bibik

Topik menarik Semanis Kurma semalam..untuk para isteri dan suami..tapi malangnya tak de rezeki nak nengok sendiri..sebabnya semalam hujan, puas ditune sana sini tetap dapat "Service not available". TV1 boleh plak kuar gambo dan suaranya, maka tengok je lah Forum Perdana semalam. Tapi rasanya lagi banyak TV tu tengok saya daripada saya tengok dan dengar dia..hehehe..
 
Anyway, berterima kasih sangat2 pada sahabat FB yang kongsi isi-isi penting topik ni..jadinya saya catatkan di sini serba sedikit yang ada kaitan untuk kita2 yang sudah pun bergelar isteri..
 
1.   Membantu isteri adalah salah satu daripada perlakuan Nabi, berbuat baik dengan isteri adalah tuntutan agama..
 
2.   Suami perlu rasa dirinya bertuah dan bangga apabila membantu isteri kerana Rasulallah pun membantu isteri baginda..
     cik asz - teringat satu hadith popular ni: "Al-Aswad bin Yazid berkata, aku bertanya kepada Aishah r.a, Apakah yang dilakukan oleh Nabi s.a.w. di rumahnya? Aishah menjawab: Beliau membuat tugas keluarganya, iaitu membantu kerja keluarganya, maka apabila masuk waktu sembanhyang beliau pun keluar untuk bersembanhyang
 
3.  Banyak daripada kita tak mensyukuri apa yang kita miliki tapi sering menyesali apa yang belum kita miliki..- kata-kata Ibnu Abbas
4. Suami yang membantu isteri dapat mengurangkan kadar perceraian. Suami yang membantu isteri lebih panjang umur
        
5. Biasakan meminta bantuan dan pertolongan daripada suami. Jangan terlalu manjakan suami. Kalau dah susah sangat, minta tolong anak-anak atau cucu-cucu
 
6.       Tips untuk isteri:
a.       Menghormati suami
b.      Bila nak minta tolong, guna bahasa yang baik
c.       Berterima kasih
d.      Puji hasil pertolongan suami
e.      Gurau senda..

Dalam rumah tangga, it takes two..suami ada peranannya, isteri pun sama..jadi kita isteri-isteri bila nak minta tolong, biarlah dengan bahasa yang baik..dan yang lebih penting ringankan bibir ni ucapkan terima kasih bila suami tolong, dan musti rajin puji-puji..takde kos pun kalau nak puji kan..air liur je..itu pun Allah yang beri..:D. Dan yang penting, bersyukur ada suami yang baik dan beriman..kalaupun dia tak rajin menolong kita, sekurang-kurangnya dia bukan jenis suka keluar malam. Kalau sekali kala dia nak keluar dengan kawan-kawan, izinkan lah dia pergi dengan redha. Kalau niat dia keluar tu nak erat kan silaturrahim apa salahnya..
 
Catatan hari ini lebih kepada peringatan untuk diri sendiri sebenarnya..perlu banyak motivasi ibu-ibu yang dah ada anak tiga dan tiada bibik..heheh..apa-apa pun, kalau semua kerja-kerja kita di rumah niat kerana Allah, nescaya ganjaran daripada Allah itu lebih berharga daripada penghargaan manusia..saya tutup catatan hari ini dengan satu hadith yang diriwayatkan oleh Alu bin Abi Talib bermaksud:
 
“Rasulullah SAW bersabda: Lelaki yang paling baik ialah yang amat baik terhadap isterinya, dan aku adalah yang paling baik terhadap isteriku. Tidak ada seseorang yang memuliakan wanita, kecuali dia seorang yang mulia. Tidak ada yang menghina wanita, kecuali orang yang rendah pekertinya.”(Riwayat Abu Daud).
 
 

Thursday, 18 October 2012

Doa Mati dalam Islam

Dah lama niat nak share pasal doa ini..tapi asyik2 terbengkalai..:D. Doa ini seperti biasa dapat daripada facebook..Facebook ni kalau pandai kita uruskan insya-Allah banyak manfaat kita akan dapat. Yang penting pasang niat yang betul, seperti untuk menjadi medium menambah ilmu atau memperbaiki diri..insya-Allah apa yang kita hendak dan focus itu yang kita dapat..


Doa ini petikan daripada ayat Al-Quran..yang pertama tu, ustaz kelas saya yang ajar..tapi sampai sekarang tak hafal lagik..heheh..so kekawan, sila hafal ye..jangan ikut cik asz ni..
 
Doa yang kedua ini, ada sedikit sentuhan hati secara peribadi... sebabnya jumpa sendiri masa baca Al-Quran di bulan Ramadhan. Masa baca terjemahannya, terasa macam kena sangat dengan diri saya yang sangat-sangat kurang bab sabar ni..terus niat nak amalkan..lepas tu bila digodek2 dalam pc ni, terjumpa, baru perasan doa ini juga untuk minta dimatikan dalam Islam..
 
Bagus doa2 ni kan kalau dapat kita amalkan..mesti la kita semua hendak mati dalam Islam kan? So jom kekawan kita hafal doa ni dan amalkan..kepada yang dah memang amal doa2 ni..you all memang best!

Tuesday, 9 October 2012

Life without Maid

Been wanting to write about this for so long..but then I decided to wait until the right time..well I guess the time is here now..why? Because it's October, and a year a go, this was the month our maid left us..so it's almost a year now that we have gone through life without her..how was it? In general I concluded that we are doing great! :D. Even greater than before she was around..
 
Subhanallah! Alhamdulillah..now I truely understand why Allah sent her to us..though it was just a short 8 months, it was just enough time I needed, (Allah knows very well) for me to step back and reflect on myself. During her around, I manage to look deep into myself, figure out my weakness and what I need to improve..yes am just too grateful to Allah, terasa sangat kemanisannya..:D.
 
Terngiang-ngiang plak kata2 yang disebut oleh Prof Muhaya, setiap orang yang kita temui, pasti ada pengajaran yang Allah mahu kita capai daripadanya..sekarang terasa sangat kebenarannya..dan saya sangat2 bersyukur Allah hadirkan dia dalam hidup kami..
 
Setelah dia tiada, saya belajar untuk bergantung hidup hanya pada Allah, bukan pada manusia. Walaupun masa dia ada, saya akui saya masih bergantung pada Allah untuk memelihara anak-anak saya, sekarang setelah dia tiada pergantungan saya hanya pada Allah bukan sahaja untuk pelihara anak-anak semasa saya bekerja, tetapi juga untuk menjaga kesejahteraan keluarga kami. Hakikatnya saya hanya ingin bergantung pada Allah..hanya padaNya untuk segalanya.
 
Alhamdulillah, tidak terasa kekurangan pun setelah dia tiada. Jadual harian kami masih hampir sama seperti semasa dia ada. Solat berjemaah Alhamdulillah masih lagi kami praktikkan setiap Maghrib dan Isyak. Mengajar anak-anak mengaji masih lagi diteruskan, biarpun jarang sekali dapat dilaksanakan setiap hari, kalau dapat 3 hari seminggu pun saya sudah cukup berpuas hati. Lebih manis, Ramadhan tahun ini, encik suami dapat solat terawikh di masjid setiap hari..dan yang paling best, saya relakan dia pergi tanpa ada rasa gusar sedikit pun ditinggalkan di rumah berempat dengan anak-anak. Sebelum ini saya sering gusar ditinggalkan hanya bersama anak-anak..Namun Alhamdulillah, Allah kurniakan ketenangan kepada saya, dan kesabaran dengan kerenah anak-anak. Tiada masalah untuk saya tunaikan solat maghrib dan isyak setiap hari dengan kakak dan abg. Si kecik itu sudah biasa main sendirian..:D.
 
Bila dibandingkan kembali cara hidup kami dahulu dan sekarang, Alhamdulillah syukur, saya lebih sukakan hidup yang sekarang ini. Dahulu walaupun ada pembantu, jarang sekali saya galakkan en suami solat di masjid, tapi sekarang ni, biarpun tiada pembantu, saya sangat-sangat mahu dia ke masjid. Dulu jahil, tak tau kita juga dapat habuan bila suami solat di masjid..sekarang dah tau..memang hendak sangat dia pergi. Saya pulak yang terlebih kecewa bila dia gagal ke masjid atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan..hehehe..
 
 
Syukur Ya Allah atas nikmatmu yang tidak terhingga ini..
 
Melihat pada kehidupan kami zaman sebelum ada pembantu, saya beralasan tidak ada masa untuk kami sekeluarga solat berjemaah, tiada masa untuk ajar anak2 mengaji dan masak untuk keluarga..bila ada pembantu, barulah boleh kami sama-sama solat jemaah dan mengajar anak-anak Al-Quran. Kini, bila tiada pembantu kembali, kami masih teruskan rutin yang sama..Alhamdulillah. Jadinya, saya belajar sebenarnya apa yang membantutkan kita untuk mengerjakan apa yang kita mahu, akan terbengkalai selagi mana kita mengada-adakan alasan. Tiada pembantu tiada kena-mengena dengan tiada masa untuk buat itu ini..:D. Cuma satu masih saya gagal kekalkan sekarang ini, memasak untuk anak-anak. Ye, beralasan lagi..sedang kumpul kekuatan untuk laksanakan. Dah lama pasang niat nak memasak hujung minggu dan freeze kan lauk dalam freezer..hajat masih belum kesampaian..:P
 
Apa pun, saya sangat2 bersyukur Allah berikan saya kekuatan untuk menguruskan rumah tangga biarpun sibuk dengan kerja di pejabat hari-hari. Sangat2 bersyukur, Allah lembutkan hati saya, dan beri saya kekuatan untuk memperbaiki kelemahan diri. Saya akui, tidak semuanya mudah, memang ada kalanya fizikal dan mental terasa sangat letih, namun saya cuba sedaya upaya melihat kelebihan yang ada dalam keluarga kami daripada kekurangan yang ada. Memang terpaksa banyak memujuk hati, ingat pada Allah dan mengharapkan bantuannya. Sering teringat pesan Ustaz Pahrol, kita hamba yang lemah, bila dekat dan berdamping dengan Allah yang Maha Kuat, kita pasti akan jadi kuat! Jadinya, bila hati kurang tenang, bila badan rasa letih, cepat2 zikir Subhanallah Alhamdulillah Walailahaillallah Allahu Akbar, sambil2 basuh pinggan, sambil2 sidai baju..Subhanallah insya-Allah akan datang kekuatan itu daripada Allah! Cuba dan yakinlah! :D
 
Biar kadangkala rumah bersepah, biar kadangkala kain bertimbun..tapi hati senang..tenang..tiada rasa iri hati, tiada rasa nak marah sebab orang yang kita harapkan membuat kerja-kerja rumah tidak laksanakan seperti yang kita harapkan. Kalau osmet tanya nak maid ke? Jawapan saya masih kekal tidak..kerana setakat ini Alhamdulillah everything is still manageable..syukur pada Allah..terima kasih Allah kerana beri saya inspirasi daripada insan2 lain yang sangat kuat dan kental semangat, terima kasih kerana temukan saya dengan mereka agar saya dapat mengambil iktibar dan pengajaran serta praktikkan mana yang baik dan tinggalkan yang tidak baik. Memang benar kata Prof Muhaya, bila cara kita berfikir berubah, lihatlah sekeliling kita, dunia kita pasti berubah. Saya pohon pada Allah agar terus diberikan saya kekuatan, dan semangat serta istiqamah di jalannya agar ketenangan abadi akan dikecapi..
 
"Ya Allah bantulah aku mengingati Mu, mensyukuri nikmatMu dan memperbaiki amalanku.."
 
 
 

Monday, 24 September 2012

Happy Belated Birthday Osmet, Happy Birthday Alysa!

Last Friday was osmet's birthday..nothing special..we went to work as normal and infact he didn't make it early at home that day..so dinner pun ala-ala biasa aje..well at least I manage to be the first one to wish him "Happy Birthday!" hehe..kalo tak harus lagi sedey cik abg sorang tu.
 
And today is my one and only little girl (setakat ni la..heheh) birthday..yang kelapan. Dah besar budak sorang ni..kakak has been very2 co-operative few weeks back..sejak menjak bertukar transit ke sekolah Abg..happy with that..and I know I have made the right decision then. Sekali cakap terus saje ikut and buat..but then I didn't know why last weekend she's a bit unco-operative..maybe partly because osmet and I buat acuh tak acuh je bila dia tanya pasal goody bag die..determine sungguh nak bagi goody bag kat orang..well, we did have some plans..a last minutes one cause weekend je full..weekdays is a No-No. Thank you Allah, for my very2 helpful siblings and Tok Mama yang terinvolve jugak last minutes, tau tau dah siap beli dah siap pack sume dah..Fuhh boleh la rasa nak rehat skit..ye la as I mentioned in my last post, our weekends in Sep are full with activities. Dah rasa nak pancit dah ni..a last one to go next weekend. Teringat je dah penat..ok ok..it's all in your mindset..just do it..don't even think about it okey? <self motivation sat sebab yesterday I broke down..eheheh>
 
By the way, birthdays has given me a different kind of meaning lately..I know for kids it's among the bestest days in their life..they want to celebrate, they want to be happy..but lately deep down in my heart birthdays is more that just a celebration..been asking myself is that the correct way to remember the day you were given birth? Am afraid if I teach my kids the wrong way about birthdays..I know akan ada orang kata..they are just kids..they deserve to be happy and enjoy thier birth day..dah la dieorg ni anak2 syurga, yang tak ada dosa..tapi entah la..
 
Been telling myself silently bagi goody bag is good ape..it's sort of beri hadiah ape kan? Somehow don't know why I feel a bit uneasy about it..well, my problem I guess..I been thinking so much..takut sangat tak pasang niat yang betul..pagi tadi tanya Kakak..apa niat bagi goody bag kat orang? Nak menunjuk2 ke atau nak buat org happy? She didn't answer, but I hope she chose the later answer..
 
Sebelum terus melalut-lalut and out of topic sebenar, better conclude my entry today..I just wanna again wish my two very2 important person in my life..Osmet and Kakak Alysa a very happy birthday..I do wish both of you find a better meaning in your birthdays..
 
To osmet, please know that you are always in my prayers..lets continue to become a better person..together..and oh..of course I love you..
 
To kakak, you might not understand what I'm trying to convey to you..but I just need to jot down it here, in case in future you are big enough to understand..Kakak..ingat umur akan makin bertambah dari tahun ke tahun, takkan pernah berkurang..Maksudnya, masa yang kita tinggalkan, lebih banyak daripada apa yang akan kita hadapi..teringat satu lirik lagu nasyid.."Pangkalnya jauh, hujungnya belum tiba.." Tanyalah pada diri sendiri, apa kakak nak daripada hidup ni..apa tujuan hidup kita, dari mana kita datang dan ke mana kita hendak tuju..Jawapannya Mama dah selalu bagitau kakak..Kalau jawapan kakak sama dengan Mama, insya-Allah akan selamat dunia akhirat..Ingat ni sampai bila-bila..and ingat I love you always tho you might not see or feel it..

Friday, 14 September 2012

September

September datang lagi..dah nak setengah bulan baru nak cakap..:P. well as normal, Sep is month full of important events..buka dengan our anniversary as per my last post, then Abah's birthday yesterday..Happy Belated Birthday Abah! Tak sempat nak buat entry..hihihi..and then next coming up would be osmet's birthday and then Alysa's birthday..kalau tahun lepas letih makan kek coklat..tahun ni tak tau nak letih ngan ape plak..heheh. At the very least, we missed the part makan kek tuk anniversary..selamaaaat...:D

And this year so happen there's a lot of family activities every weekend..of course la with conjunction to Raya, ada few open houses..nak plak masa ni la banyak plak majlis walimah. This weekend would be a gateaway with close friends to Pangkor..it's been a while since we last manage to gather the whole 4 families for vacation. Last year we missed the boat to Langkawi..so don't wanna miss this year's then..kesian kat kekawan..

Next weekend would be week to clean out the house..nak kena panggil cleaner..and maybe will have to do some small celebration with the family for Alysa's birthday. Budak sorang ni dok sibuk minta Mama dia buat goody bags for her friends..maklum la belum pernah sekali pun Mama die ni rajin nak buat..tahun ni masih ada rasa malas..tak plan satu hape pun..but I know she must be very dissapointed if I couldn't make it..so Mama please ye..err..calling for Ucu and Maklong! Tolooong! Hik Hik..

Next next weekend will be going to Utara semenanjung plak for my sister in laws convo..then dengarnya macam nak singgah ke Langkawi dah alang2 dekat sana..syok jugak ni..

Memang sonok berjalan2 but doesn't it sound so tiring all the weekend is full?..I do feel that I need some "me" time..rasa macam nak duduk je atas katil for the whole day doing nothing..ape2 pun Syukur Alhamdulillah Allah gave us close family and good friends that fulfill our life..yang penting syukur! :D

Friday, 7 September 2012

9 years full of blessing...

Cukup pantas masa berlalu..hari ini genap 9 tahun masihi kami melayari bahtera rumah tangga..Alhamdulillah masih diizinkan Allah untuk bersama-sama menikmati suka-duka kehidupan bersama-sama. Alam rumahtangga tak selalunya indah..pasti ada suka duka yang harus dilalui..kata orang, first five years then 10th years pasti ada dugaan dalam rumah tangga..If that's true, then we have passed the first test, and will be facing the next one..ada sedikit rasa debar di situ..tapi hakikatnya, setiap hari adalah ujian..dunia ini adalah pentas ujian..jadi kenapa harus takut nak hadapi ujian? ye dak?
 
Alhamdulillah, sangat syukur kerana dijodohkan dengan suami yang sangat SABAR dengan kerenah isterinya yang seorang ini. Satu perkataan dah cukup nak gambarkan kerenah isterinya ni..DEGIL. Banyak lagi yang perlu saya perbaiki sebagai seorang isteri..untuk mencapai tahap standard isteri solehah, bukan satu perkara yang mudah. Kerana ganjaran yang sangat besar dari Allah, mana mungkin boleh dilalui dengan mudah..kerana saya seorang wanita yang sangat byk kelemahannya. Andai Allah izinkan saya kembali ke 9 tahun yang lepas, pada hari ini..I would have wanted to start the marriage all over again in different ways..sekarang baru saya faham, betapa pentingnya ilmu rumahtangga sebelum melangkah masuk ke alam rumahtangga. Baru faham, betapa pentingnya persediaan sebelum bernikah, setting up goals of the marriage, the path towards it etc. I missed that part, to be honest. Bila ditanya pada diri sendiri, apa tujuan aku kahwin dulu? Jawapannya bukan satu jawapan yang tepat, seharusnya saya jawab dari sudut pandangan yang Maha Pencipta.
 
Tapi tak guna menyesal apa yang dah lepas, have to look forward and perbaiki apa yang boleh selagi Allah pinjamkan nyawa dikandung badan. Syukur, Allah masih beri kesempatan untuk sedar dari tidur yang panjang. Masih punya waktu untuk perbaiki diri, sedikit demi sedikit. Tidak mudah untuk mendidik diri, mengubah tabiat yang sudah sebati dengan diri selama 30 tahun ini.. namun jalan berliku itu harus ditempuhi juga. Semoga Allah kurniakan saya kekuatan, dan keazaman yang berterusan untuk menjadi isteri solehah buat suami saya dan juga ibu solehah untuk anak-anak2 kami.
 
To my other half, TQ so much Yang for being with me through ups and down..I appreciate so much your patience and love. May our love strenghthen and blooms from day to day and may we be reunited in Firdaus insya-Allah.
 
"Cinta kerana Allah..moga kekal hingga ke syurga.."

Monday, 3 September 2012

Quotes of the day #15

Minggu cuti semasa di kampung, berpeluang menonton rancangan tanyalah ustaz tv9 bertajuk semarakkan cinta oleh Ustaz kegemaran saya Ustaz Pahrol. Entah kenapa, setiap kata-kata Ustaz Pahrol, byk yang menyentuh hati saya..mudah untuk diserap dan saya fahami. Setiap kali ada peluang mendengar slotnya di radio ikim atau di rancangan2 tv, memang jarang kali saya lepaskan begitu saja..sayang! Kata-katanya sangat berhemah, perkataan-perkataan yang dipilih diatur menjadi satu ayat yang sangat sedap didengar sebagai halwa telinga..argh..orang beriman, Allah campakkan rasa suka dan sayang pada mereka..kerana itu tanda cinta Allah pada mereka..

Saya petik kata-kata ini yang saya kira ditulis di dalam bukunya "Tentang Cinta". Dan disebut beliau di rancangan Tanyalah Ustaz TV9, dan diulang lagi di blog beliau genta-rasa.com

"Sentiasa lah berdoa...

       Pertama, minta supaya Allah beri kecintaanNya.
       Kedua, minta Allah berikan cinta orang yang menyintaiNYa. (yakni Rasulallah)
       Dan ketiga, minta diberi segala jalan dan perbuatan yang boleh membawa kepada kecintaanNya."

Saya mahu ingat ini selalu dan kalau boleh sampai bila-bila..

uhuk pesal sayu plak ni..

Thursday, 30 August 2012

Kad Raya

Sudah hampir 2 minggu Syawal menjelma, hari pertama kembali ke rumah sendiri barulah saya dapat kad raya..setelah bertahun-tahun tak dapat..tahun ni Alhamdulillah dapat..the one and only the real card raya..


So meaningful..hati tersentuh dapat kad raya daripada kakak..kes tak ingat nak bagi before raya, dah nak masuk sekolah semula baru teringat..hehe..it's OK sayang, the thoughts that counts right?

Ayahnye pun dapat jugak...


Perasan tak ada satu sentence terlebih pada kad ayahnye? Tak aci!

Anyway, thanks so much Kakak..kakak memang sangat thoughful orangnya..Mama tahu kenapa kakak tertinggal ayat tu..sebab sebelum kakak berjaya beli kad raya ni, kakak dah pun start buat kat raya handmade untuk Mama..appreciate that so much!

Sayang Kakak..mama doakan kakak bahagia dunia dan akhirat..amiin

Thursday, 16 August 2012

Salam Lebaran 1433H

Diam tak diam Ramadhan sudah sampai ke penghujungnya..Syawal bakal menjelma..bertanya pada diri sendiri, adakah terasa sedih untuk kehilangan Ramadhan tahun ini, atau gembirakah untuk menyambut Syawal yang bakal menanti..jawapannya..entah..perasaan tahun ini tak sama dengan tahun lepas..sukar untuk sendiri hendak menafsirkan..biarlah Dia sahaja yang Mengetahui

Insya-Allah, besar harapan yang Ramadhan tahun ini lebih baik dari sebelumnya..namun masih banyak ruang untuk diperbaiki. Sentiasa berharap tidak mensia-siakan Ramadhan kali ini, namun akur ada waktunya tertewas. Memang sukar untuk istiqamah, namun menyerah kalah jangan sekali..terus-terusan la berusaha selagi hayat dikandung badan..semoga amalan sepanjang Ramadhan diteruskan di 11 bulan yang akan datang, sehingga insya-Allah kalau diberi rezeki bertemu semula dengan Ramadhan yang akan datang..ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami, terimalah amalan kami dan temukan lah kami dengan Ramadhan yang akan datang..

Sempena Syawal yang akan menjelma, disamping bergembira, rupanya ada amalan-amalan yang boleh kita amalkan sebagai ibadah..alhamudillah tahun ini Allah beri peluang untuk timba sedikit ilmu. Amalan ini tidak asing sebenarnya..yang sudah acap kali ustaz sebut, jadi memang wajib dikongsi. Terima kasih pada sahabat yang berkongsi..semoga menjadi ilmu yang bermanfaat


Amalan pertama tu, satu zikir yang ringan dibibir tapi berat ditimbangan, serta disukai Allah. Zikir-zikir ini bukan malam raya sahaja boleh diamalkan..jadikanlah amalan harian kita..insya-Allah

Sempena bulan Syawal yang bakal menjelma, saya petik kata-kata yang dinukilkan oleh seorang sahabat, yang sangat bertepatan dengan apa yang ingin saya sampaikan pada semua..

                    Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi
                     Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa
                      Dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata
                       Dalam gurau dan senda tentu ada khilaf dan dosa

                           KU POHON AMPUN & MAAF DI ATAS SEGALANYA



Taqabballahu minna wa minkum..:)

Wednesday, 1 August 2012

Wordless Wednesday - Ramadhan Al Mubarak 1433H


Muhasabah diri sendiri..:'(



Itu lah harapan besar kita..

Monday, 30 July 2012

Sedekah

Sedih bila dikenangkan masih ada yang berkira-kira bila tiba masa untuk menderma. Tambah-tambah pula di bulan Ramadhan yang mulia ini..Bukankah Allah telah jelaskan, semua rezeki ini datangnya daripada Allah, semua itu milikNya..bukan milik kita. Mengapa kita manusia ini, bila Allah beri pinjam sedikit rezeki, kita anggap semuanya hak milik kita, melekat dalam hati hingga timbul rasa sukar untuk menghulurkan pada mereka yang memerlukan? Astaghfirullah..

Dari Abu Hurairah r.a - "Tidak akan berkurang hartamu kerana SEDEKAH"
(HR Muslim)

Rezeki itu datangnya daripada Allah, kenapa kita takut rezeki akan berkurang bila kita salurkan ke jalan Allah..Teringat kata ustaz, andai ada perasaan begini, ulamak mengatakan kita seolah-olah bersangka buruk pada Allah..Astaghfirullahalazim..Nauzubillah!

Tidak yakinkah kita dengan janji-janji Allah? Antaranya:

"Perumpamaan orang-orang yang membelanjakan harta mereka (bersedekah) pada jalan Allah laksana sebiji (benih) yang tumbuh menjadi tujuh tangkai, setiap tangkai ada seratus biji. Dan Allah akan melipatgandakan ganjaran-Nya kepada siapa yand dusukaiNya dan Tuhan itu Maha Luas pemberianNya dan Maha Mengetahu" - Al Baqarah : 261

Ya Allah, besarnya ganjaran yang Allah janjikan di akhirat sana, namun rata-rata kita manusia lebih kejarkan nikmat yang sedikit dan tidak kekal di dunia ini..marilah kita sama-sama berusaha bina keyakinan pada Allah s.w.t. Sesungguhnya janji-janji Allah itu pasti benar!

Thursday, 19 July 2012

Ramadhan Al Mubarak

Assalamualaikum semua,

Diam tak diam, Ramadhan dah sangat-sangat hampir..membuatkan saya tertanya sendiri apa yang saya harapkan daripada Ramadhan kali ini. Honestly, saya belom pun membuat perancangan jadual harian saya sepanjang Ramadhan ni..walaupun tahu kalau tak mau Ramadhan ditinggalkan dengan sia-sia, haruslah kita persiapkan diri seawal mungkin..hanya mampu berdoa semoga Ramadhan tahun ini adalah lebih baik dari sebelumnya..saya tidak meletakkan target yang terlalu tinggi spt menghabiskan 30 juzuk Al-Quran tahun ni..lebih memadai bagi saya kalau saya membaca Al-Quran bersama terjemahannya, dan berusaha memahaminya dan cuba mengamalkannya sebaik mungkin. Saya rasa sungguh mencabar nak mencari masa membaca Al-Quran..sedangkan hari-hari biasa pun sukarnya nak pegang Al-Quran..namun saya cuba mencari keazaman, berkat Ramadhan tahun ini, Allah lapangkan waktu untuk membaca Al-Quran..saya yakin, kalau kita niat hendak membuat kebaikan, diiringi dengan doa memohon bantuan Allah, pasti Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang akan memakbulkan doa kita..insya-Allah..bersangka baiklah kita pada Allah seperti hadith Qudsi yang saya sharekan sebelum ini di sini

Sempena bulan Ramadhan yang penuh barakah ini, saya memohon ampun dah maaf kepada semua yang mengunjungi blog ini, samada yang saya kenal melalui alam maya ini sahaja atau pun di luar sana. Saya dengan rendah diri dan penuh keinsafan memohon agar sahabat semua mengampunkan salah dan silap saya sama ada terkasar bahasa melalui pertuturan saya mahupun penulisan saya, juga andai ada tingkah laku saya yang menjelikkan hati sahabat-sahabat semua.



Marilah kita sama-sama ambil peluang keemasan yang Allah tawarkan pada kita kali ini untuk berusaha bersungguh-sungguh mencari keampunanNya serta keredhaanNya..semoga kita dapat 'graduate' dengan cemerlang, dan berazam untuk terus istiqamah dengan amalan-amalan sepanjang Ramdahan pada 11 bulan berikutnya..belum tahu kita bakal bertemu semula dengan Ramadhan tahun depan atau tidak..peringatan buat diri sendiri..

Wallahualam..

Tuesday, 3 July 2012

Quotes of the day #14



Pertama kali saya dengar kalimah ini, adalah melalui radio ikim slot Usrati..pada hari Jumaat dalam pukul 10 kalau tak salah. Waktu tu, cuti menjaga si kecik yang kena chicken pox..dah lama jugak eh sebenarnye..namun baru beberapa minggu lepas jumpa dengannya semula..mengingatkan saya pada pesanan Ustazah Norhafizah.

Ustazah berkongsi, inilah perkataan yang Rasulallah sering kongsikan bersama dengan kanak-kanak.."Peliharalah Allah, nescaya Allah akan memelihara kamu.." Jadi Ustazah sarankan kita kongsikan hadits ini bersama dengan anak-anak kita. Mungkin pada masa mereka kecil ini, mereka tidak mampu nak hayati maksud sebenarnya, namun ia pasti akan melekat di minda mereka..dan setelah mereka membesar, mereka pasti akan lebih memahami maksudnya..dan saya sendiri mengambil pengajaran dan mengingatkan diri saya sendiri, yang saya mesti mendahului Allah dalam kehidupan saya, kerana hanya dengan itu Allah akan menjaga kita..insya-Allah..

So, jom kita sama2 ajar pada anak kita, dan ulang2 ingatkan pada mereka..:D

Thursday, 21 June 2012

Apabila yang Hilang Dikembalikan...

Alhamdulillah, barang berharga yang saya pasti sudah hilang sudah dijumpai..Subhanallah Maha Suci Allah..sesungguhnya segala di bumi ini adalah milik Allah, apa yang kita rasa milik kita hakikatnya hanyalah milik Allah yang dipinjam pada kita..

Subhanallah..semalam saya mendapat pengajaran yang sungguh2 berharga secara terus daripada Allah s.w.t. Saya rasa begitu..menusuk ke lubuk hati yang sangat dalam..saya pasti ini satu ujian kecil buat diri saya yang sungguh kerdil, yang masih jauh daripadaNya..saya tak pasti berapa markah lulus saya semlm..namun saya harap saya lulus ujian tersebut biarpun kurang cemerlang..

Semalam, setiap waktu solat fardhu semasa di opis, saya ambil peluang untuk muhasabah diri. Terkesan dengan kata-kata Yasmin Mogahed, saya berfikir panjang..apakah barang yang hilang itu sudah saya gunakan selama ini untuk menuju Allah..jawapannya jelas, hanya satu yang digunakan..yang lagi dua hanyalah perhiasan untuk kepuasan diri semata-mata. Maka jelas di mata, mana satu alat yang lebih diperlukan. Saya sedar, barang yang paling disayang itu, bukanlah barang yang sangat saya perlukan..itu pengajaran pertama..

Kedua, kita perlu belajar untuk tidak terlalu 'attach' dengan nikmat dunia..kena belajar supaya apa yang ada kita ada tidak lekat di hati, hanya di tangan untuk dikongsi dengan mereka yang memerlukan. Tidak salah kita mencari harta untuk keselesaan hidup di dunia, namun keselesaan itu harus digunakan sebagai alat untuk kita lebih dekat dengan Pencipta kita..harta itu bukan matlamat, harta itu hanyalah alat!

Ketiga, belajar untuk mengakui bahawa segala2nya adalah milik Allah, justeru Allah punya hak untuk memberi dan mengambil semula pinjamanNya pada kita..pada bila-bila masa. Ini sangat saya terkesan kerana berjumpa semula dengan barang2 yang hilang itu, di tempat yang mana telah saya cari sebelum ini...tak nampak dek mata saya ini biar pun berkali-kali saya menjengah ke tempat rutin tersebut. Namun akhirnya bila Allah pinjamkan semula pada saya, jelas barang itu terletak hanya di atasnya sepanjang hari, tidak sedikit pun tersembunyi..ya Allah, saya terasa sangat kekuasaan Allah..jika Allah tak izinkan kita melihat, pasti kita tak akan dapat melihat..Subhanallah! Lebih terkesan, apabila turutan ketiga-tiga barang tersebut dijumpai, adalah mengikut turutan yang mana saya lebih perlukan..Subhanallah!

Terus saya sujud syukur..syukur sangat2 pada Allah kerana beri pengajaran yang sangat-sangat berharga pada diri saya yang hina ini..sungguh! Terasa Allah sangat dekat..sangat dekat..

Pagi ni Alhamdulillah, Allah ajarkan saya lagi bila dengar Motivasi Pagi daripada Ustaz Ebit..yang saya kira akan saya cuba amalkan kiranya saya mengalami peristiwa seumpama ini..Doa di bawah ini adalah doa yang Rasulallah ajarkan pada Ummu Salamah daripada Hadith Riwayat Muslim, ketika Ummu Salamah ditimpa musibah kematian suami tercinta.

إنّا للهِ وَإنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ ، اللَّهُمَّ  أجِرْنِي في مُصِيبَتي وَاخْلفْ لِي خَيراً مِنْهَا

Maksudnya: Sesungguhnya kita milik Allah, dan kepadaNya lah kita akan dikembalikan. Ya Allah, kurniakanlah bagiku (ganjaran) dalam musibahku dan berilah aku ganti yang lebih baik daripadanya.

Ini lah yang sepatutnya kita doakan bila mana kita menghadapi sebarang kehilangan, tak kira kematian atau sebagainya..kita harus yakin, apa yang Allah ambil dari kita, pasti akan digantikan dengan ganjaran yang lebih baik..kalau tidak pun di dunia ini, pastilah di akhirat sana yang kekal abadi..

Saya memohon keampunan daripada Allah..

Wednesday, 20 June 2012

Hilang..

Just notice that I lost something valuable this morning..been searching them high and low..and at this point of time, am telling myself that I got to admit I might lost them forever..sedih..memang sedih sebab utamanya diri sendiri selalu lalai..but then I quickly realise that..all those didn't belong to me..sume ini milik Allah..terus berkata-kata dalam hati.."Ya Allah..andai ini masih lagi rezekiku, pulangkan semula padaku..andai tidak Ya Allah, kau redhakan lah hati aku.. aku rela kehilangan sume itu ya Allah daripada aku hilang kasih dan sayang darimu ya Allah.."

 Allah ingin menegur saya..atas kelalaian saya..atau sebenarnya lebih kepada mengajar saya..apa yang saya tak sedar selama ni bila mana saya terbaca status FB Yasmin Mogahed sejurus selepas saya berdoa dalam hati tadi..

"There is nothing wrong with making duaa for 'worldly' things as long as they are halal. The problem is when we confuse the tool (everything created) and the goal (Allah). Even when we get or use 'worldly' things, their ultimate intended purpose is to aid us in our journey to our End: Allah. Instead we use Allah to aid us in our journey to worldly things."

"As soon as we realize this Truth, we start seeing our lives, and the whole world completely differently:  We try to use God like a ‘genie in a bottle’. We make a wish, and when it doesn’t come true, we throw away the bottle. But Allah isn’t a tool we use to get to Dunya. Dunya is a tool we use to get to Allah."


Astaghfirullahalazimm..istighfar panjang saya..termenung sekejap..memang inilah silap saya dan syukur..Allah tunjukkan dan tegur saya..nikmat mana satukah yang harus hambaMu di dustakan Ya Allah!

Tuesday, 12 June 2012

Doa Lembutkan Hati Anak

Pagi ni sambil2 browse through FB, terjumpa dengan satu link ke you tube yang dishare oleh seorang sahabat..ceramah Ustaz Farhan pasal cara nak melembutkan hati anak..banyak sebenarnya yang saya dengar doa-doa yang boleh kita amalkan..sebelum ni ada saya share kat sini daripada surah Al-Hashr ayat 21 yang saya kira selalu disebut2..lepas tu ada sebelum ni dengar dekat rancangan Tanyalah Ustaz kalau tak salah daripa Ustaz Hassan Din..boleh amalkan Surah Thoha ayat 1-5..Alhamdullah pagi ni dapat satu lagi, yang kalau boleh saya nak amalkan..jadi haruslah saya jot down kat sini kan..to be honest, those two ayat mentioned, saya jarang2 amalkan..huhu..lamaaa sangat dah tak amalkan..tetiba rasa rugi..ilmu yang tak diamalkan..tinggallah sebagai information..bukan ilmu..tahu tu tp sokmo pun tak ingat nak amalkan..Insya-Allah hari ni nak tanam semangat la lagik tuk amalkan pulak ayat baru dapat ni..daripada Surah Asy-Syura ayat ke -19.


Maksudnya : Allah Maha Lembut tadbirNya ( serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihNya) kepada hamba-hambaNya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yand ditetapkan), dan Dialah Maha Kuat lagi Maha Kuasa

Saya tertarik dengan kata-kata ustaz ni, kita ibu2 boleh amalkan masa memasak tuk keluarga. Sambil potong sayur, baca ayat ni, sambil basuh ikan/ayam baca ayat ni..pastu yang bestnya, garam or gula letakkan dalam dulang, pastu ukir dengan tangan sambil baca ayat ni..(ala2 ukir tulisan kat pasir pantai tu...). Kat beras pun boleh buat, kut byk sgt nak letak dlm dulang, cukup dengan baca ayat ni lepas tu tiupkan ke dalam bekas beras..boleh jugak kita baca dan tiupkan pada ubun2 anak2..dan yang penting, mestilah yakin yang Allah pasti akan bantu kita berdasarkan usaha tadik..

oh..kalo rasa cam tak puas ati ngan penerangan cik asz ni, boleh la tgk n dengar sendiri kat youtube..nih link dia http://www.youtube.com/watch?v=_r86fsNlckU&sns=em

Friday, 8 June 2012

Amalan Penambahan Rezeki

Sempenah hari Jumaat yang berakah ini, dikongsikan di sini 8 amalan penambahan rezeki..sumbernya daripada wall Ustad Don..saya suka sangat sebab setiap amalan tu, disertakan nas-nas dari Al-Quran dan juga Hadith..


Dah khatam sume di atas? heheh..saya pun kali kedua buka baru baca betol2.sebab first time came across ni through phone..puas focus mata nak baca, akhirnya mengalah sebab penat sgt rasanya. Maklumlah phone kecik comel..Alhamdulillah Allah beri peluang saya buka sekali lagi kat laptop ni..

Apa kata setiap ilmu yang kita dapat, kita cuba amalkan sedapat mungkin..jadi di sini, sebagai membuka peluang kawan-kawan semua amalkan salah satu di atas, jom kita sama-sama bantu pembinaan lebuhraya Kota Bharu-Kuala Kerai ni..saya pun baru tahu pasal projek ni masa on the way balik ke kampung suami. Dalam perjalanan tu tak sempat nak capture no akaunnye kat banner yang tergantung di tepi-tepi jalan..syukur Alhamdulillah Allah tunjukkan arah, akhirnya ditemukan dengan website Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Saya rasa, insya-Allah ini sumber yang sahih untuk kawan-kawan suma refer. Details pasal lebuhraya ni, boleh la direfer kat sini aje eh..cik asz malas nak ulas..heheh

Kepada yang rasa percaya aje la ngan cik asz ni..boleh la sumbangkan terus kepada akaun ini:


Selamat beramal! :D

Thursday, 7 June 2012

Tips mendidik anak-anak

Quoting this from Ustazah SNB from her facebook..satu peringatan untuk diri sendiri sebenarnya. Bila direnungkan kembali, dah byk kesilapan yang saya lakukan dlm hal mendidik anak2 ni..ironinya, kesilapan yang sama seringkali berulang..susah sebenarnya nak mendidik anak2 ni kan? Amanah Allah beri, bukan senang tuk kita ibu2 nak pelihara. Secara peribadi, saya terasa bertanggungjawab supaya apabila mereka kembali pada Allah, masih dlm keadaan fitrah mereka..Ooh..rasa sangat fail hal2 ini..:(. Nevertheless, we should not stop trying and terus menerus berusaha untuk perbaiki diri..mudah-mudahan, dengan perubahan diri kita, dapat memberi pengaruh yang besar kepada perkembangan anak-anak kita..
 
Tips mendidik anak-anak:
1.Didik anak kenal Allah.
2.Didik anak cinta Rasul.
3.Ibubapa jadi contoh.
4.Bercerita kisah nabi,sahabat,syurga dan neraka.
5.Didik anak kenal musuh iaitu syaitan.
6.Didik anak konsep pahala dan dosa.
7.Didik anak dengan penuh kasih sayang.
8.Sentiasa memberi hadiah.
9.Sentiasa memberi nasihat dan galakan.
10.Sentiasa bersama anak seperti solat bersama,makan bersama,cuti bersama.
11.Maafkan anak-anak.
12.Berdoa ayat 74 dari surah al Furqan.<saya pernah share sebelum ini di sini 


Bila saya renungkan tips2 ringkas di atas, kalau nak buat perkara 1-6, diri sendiri kena ada ilmu..kalau sendiri takde ilmu, macam mana nak kongsi dengan anak sendiri..<terasa fail lagi disitu..uhuk>. So asasnya, kena ubah diri sendiri dulu, baru orang sekeliling kita berubah..

Wednesday, 30 May 2012

Weaning off journey - Aisy Hakimi

Uish..lama plak saya tak bersiaran ye..nak kata busy, tak jugak..workload biasa-biasa aje..nak kata tak de idea..tak jugak..ada idea tp akhirnya tak de mood plak nak menaip..bukan apa, saya lebih suka bila tulis dari hati..lebih bermakna dan harapnya lebih sampai kepada org yg membaca..cewah..apa pun itu sume hanya alasan semata-mata..:D

Well, back to the main topic, my little angle Aisy in now on formula milk already..akhirnya, setelah cukup 2 tahun seminggu, perut Aisy dah merasa susu formula..Alhamdulillah, Allah izinkan saya merasai betapa tak sampai hatinya nak bagi die susu formula..but I guess it's time..otherwise bekalan yang ada maybe tak ckup lagi tuk die. Ramai yang menegur sebenarnya, nampak susut badan Aisy..dan saya takut salah satu sebabnya ialah tak ckop bekalan susu..

His reaction at first was..tak suke! <bangga kejap sebab Aisy lagi suka susu ibu dr susu formula..heheh>  Sampai nampak botol susu trus tak mo..nangis tak payah cakap la..sayu sgt hati ni dengarnya..kadang2 rasa macam nak mengalah, tp kenangkan dah sampai waktu, Aisy kena la belajar minum susu formula. Memang ada rasa macam tak puas lagi nyusu dia, rasa cam kejaap je dia dah 2 tahun, tp saya tahu, lambat laun musti kena gak kan? Lagipun saya dah jalankan tanggungjawab saya selama 2 tahun ni..so tak perlu ada rasa bersalah di situ..iye dak?

Alhamdulillah, dengan kerjasama dari nursery, after a week, Aisy dah boleh terima susu formula. Cuma kat rumah aje die tak mau sebab mamanya ada..tapi masuk minggu ke-2 dia dah boleh terima susu formula even masa saya ada kat umah pun. Sekarang ni dah masuk minggu ke-3, Alhamdulillah nampak dia dah boleh terima sepenuhnya. Tp Aisy tak fully weaning off lagik..Mamanya ni macam tak sampai hati lagi..biarlah it happens naturally..meaning biar Aisy sendiri yang lupa..so far malam waktu tido Aisy masih on mom's milk. Hujung minggu, siang kadang2 dia nak manja..dia carik mama dia..

Budak kecik yang pandai buat muka pelik..eheh

I would saya Aisy is still in the transforming process from EBM to Formula..still supply EBM to nursery plus formula milk until today. Alhamdulillah ada sebulan lagi stock EBM tuk Aisy..and am sure akan rasa sedih when we reached the last bottle..oh just for my reference in future the process and perhaps this would be benificial for others as well.

         First day & 2nd day                   - 1 bottle of formula milk, the rest EBM
         The next 3rd day until a week   - maintain the same quantity
         Second week                              - 2 bottle of formula milk, the rest EBM
         3rd week  until EBM exhausted - 3 bottle of formula milk, the rest EBM

Slow and steady..provided you have ample EBM stock that is..

Cuma satu saja hajat saya yang masih belum kesampaian..naluri saya hendakkan Aisy amik susu formula yang susu kambing..cause the next best milk after mom's milk is susu kambing. Tp buat masa ni, ada sedikit berbeza pendapat di situ dengan en suami..jadi saya pasrah saje dengan susu lembu itu..for those yang berhajat nak tau pasal susu kambing formula, boleh la jenguk website karihome ni. Kredit to my dear friend CT yang introduce this to me. Thanks CT..tp belom sampai hajat ni..saya hanya mampu berdoa dlm diam2 semoga ada rezeki Aisy tuk ni..if not full, part time pun OK..:D

Well, looks like my breastfeeding journey has almost come the its end..skang sedang mengumpul botol2 kosong tuk disimpan. ..Alhamdulillah, ada rasa puas dapat susukan Aisy full selama 2 years..Alhamdulillah kerana dengan izinNya Allah kurniakan pada saya kekuatan, keazaman dan kesabaran untuk capai tahap ini..syukur ya Allah..

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan"

Monday, 14 May 2012

Mommy's Day 2012

Yesterday was Mother's Day..hari yang dipilih khas untuk memperingati ibu2 seleuruh dunia..tapi sebenarnya hari2 ada lah hari Ibu..Hari2 kita seharusnya menjaga hati ibu kita, bersabar dengan mereka..hari2 menyusahkan mereka..<cik asz le tu..huhu> dan sebagainya..hari2 jugak hari ibu sebab hari2 pun like it or not, kita melaksanakan tanggungjawab kita sebagai ibu kepada anak2 kita..tak de makna rehat setelah jadi ibu..sempena hari ibu tahun ni, saya menjalankan tugas2 ibu..sehingga terasa seperti full housewife..heheheh walaupun hakikatnya jauh lebih daripada betul..hihi..

Mana taknye, disebabkan kakak periksa lagi minggu ni..<minggu lepas dah peksa sekolah kebangsaan, minggu ni peksa sekolah agama plak>, kitorg decided to just stay at home sambil2 support kakak baca buku n buat revision..so masa terluang di umah, saya sibuk uruskan hal2 umah tangga..biasa la basuh basuh bermesin2 dari hari Sabtu sampai le Ahad..gosok baju sekolah kakak 5 pasang, baju sekolah Abang 2 pasang..baju keje Mama 4 pasang..baju keje en suami sepasang..<apakah? sila tahu suami saya sangat rajin gosok baju sendiri...suami yang sangat memahami..:) TQ yang!>

Dah sudah bab baju, oo bab masak plak..ala..itu pun masak simple2...knowing me yang sangat tak suke memasak..:p. Senang je nak kasik anak2 dan ayahnye makan menjilat jari..masak lauk ayam kicap..heheh..malamnye makan lamb burger home made....itu ari Sabtu..semalam tgh hari goreng mee aje..habih sebungkus mee kami 4 beranak..<Abg terkecuali sebab Abg mmg cerewet bab makan>. Dah lepas lunch, dah siap lipat baju bagai..tengok2 macam awal plak lagik..tetiba jadi rajin plak nak buat minum petang..goreng la plak kepok + air teh panas..hahah..cik asz sungguh bangga sebab semlm ala2 rajin sediakan makanan daripada breakfast sampai dinner...iye la apa sangat setakat goreng mee n goreng kepok kan..ape kelas kan? Tapi inilah satu kejayaan besar utk saya ye..yg sgt liat nak memasak..:P sila beri tepukan tuk diri sendiri..clap clap..

Alhamdulillah bagi saya hari ibu tahun ni satu hari ibu yang paling bermakna untuk diri saya..byk kelemahan diri saya, saya cuba atasi satu demi satu..rasa sangat puas sebab dapat sediakan makanan daripada air tangan sendiri..Alhamdulillah Allah letak jauh perasaan penat dalam diri ni..dan Allah gantikan satu rasa puas..dan rasa kenyang bila tgk suami dan anak2 makan dengan selera..to be honest, tak banyak yang saya makan sepanjang hujung minggu lepas. Tapi tak tahu kenapa ada rasa kenyang di situ..membuatkan saya terpk patut la Mama saya selalu makan skit je..die rasa kenyang bila tgk anak menantunye enjoy masakan dia..

Dan lebih bermakna, tahun ni bila anak2 dengan cerianya bawa balik hadiah tuk Mama dieorg Jumaat lepas..Hari Jumaat malam tu, Abg tetiba kuarkan barang dari beg sekolah die terus beri pada saya dengan muka yang sangat2 manis..Kakak plan asalnye nak kasi ari Ahad sebab Ahad ari Ibu..tak jadi terus je kasik sebab Ayahnya cakap takpe boleh je kasi terus..:D
 
Wajah2 ikhlas beri hadiah pada Mamanya..love you both!


Zoom down hadiah2 daripada dieorg


Yang ini daripada Abg..tak kisah la teacher yang tolong buatkan ke idak..the thots that count tau Abg!

So sweet..love this!

Yang ini daripada kakak, masa masih dalam balutan..it takes her all effort to wrap this..Appreciate that so much Kakak!


Ada cerita disebalik hadiah ni daripada kakak. A nite before, kakak ada cakap pada saya..

Kakak: Mama, kakak nak buat kejutan untuk Mama..kakak tak boleh bagitau Mama tapi kakak tak tahan la..kakak dah bagitau dah kat Mama..

Mama: Lenkali nak buat surprise kena la tahan jangan kasitau..

Kakak: Kakak nak beli hadiah esok kat Mama..nak beli pembalut kertas, nak balut hadiah.. boleh tak Mama kasik kakak 2 ringgit lebih esok?

Hahah..sungguh la kejutan kan? And tara..inilah hadiahnye..


Thanks Kakak! A flower with little teddy in side..and not to forget buku 555!

 
Kakak ada tanya saya, Mama kakak ingat nak beli buku 555 lekat sekali kat hadiah tu..Mama nak tak? Mamanya mengiakan aje..tak kisah la nak ape saja yang anak2 nak bagi musti Mama terima!
Tak tau apa significantnye buku 555 ni pada kakak. Tuk diri sendiri ada la 2 ke 3 buah die dah beli..yang pasti kakak suka sgt buku 555 ni..sudahnya buku 555 yang dia bagi pada Mama dah amik buat mainan sendiri..it's Ok sayang..Mama tak berkira sume tu..

Anak2 Mama adalah anugerah terindah daripada Allah..Sangat2 bersyukur kerana Allah kurniakan dan pinjamkan anak2 yang sihat dan sempurna..menjadi tanggungjawab Mama mendidik anak2 Mama menjadi anak yang solehah dan soleh..You guys are always in my prayers..everyday insya-Allah..jadilah anak2 yang beriman dan bertakwa..